Posted in

Vitamin Shaklee Bukan Ubat

vitamin shaklee bukan ubat

Vitamin Shaklee Bukan Ubat. Selalu org sebut “Ubat Shaklee ni….” Okay. Jangan confuse ye. Shaklee bukan ubat tau. Sebetulnya ia adalah pr0duk makanan tambahan yang tinggi dengan khasiat, vitamin’ dan mineral.

Fungsi Shaklee

Fungsi’ utama untuk bekalkan’ nutrisi’ sihat’ kepada badan’ manusia, bukannya merawat’ penyakit’.Dengan inovasi lebih 100 tahun, Shaklee jamin semua pr0duknya adalah semulajadi’ dan sangat envir0nment friendly’. Kira lembut’ jee selamat untuk alam sekitar. Memang dijamin tidak akan membahayakan’ walau satu sel’ dalam badan’, bahkan membantu’ meningkatkan’ kualiti’ kesihatan’ dan hidup secara menyeluruh.

Dengan visi dan konsep Shaklee ini, seha terus pilih untuk berkonsisten dengan Shaklee.Alhamdulillah sejak konsisten amalkan set’ harian termasuklah Omega Guard dan Vitamin’ C ni, kesihatan’ dan tenaga bertambah osem! Korang nak juga rasa sihat’ bertenaga bahagia positif gembira dengan Shaklee?

Shaklee bukan lah ubat. Shaklee tak dicipta untuk merawat atau menyembuhkan apa apa penyakit. Shaklee adalah supplement tambahan atau vitamin yang setiap badan perlukan. Keperluan harian.
Bukan semua makanan yang kita ambil membekalkan nutrisi yang badan kita perlukan. Contohnya, buka puasa hari nie kita goreng sayur bayam. Bila kita goreng sayur, kebanyakan nutrisi dalam sayur bayam itu dah hilang.

Melainkan kita makan mentah buat ulam. Kita rasa kita dah makan banyak sayur. Tapi, masih kekurangan nutrisi. Itulah fungsi supplement. Dia mengisi ‘nutrition gap’ dalam tubuh.Setiap kali customer beli supplement, setiap kali tu kakjan pesan. Shaklee bukan ubat ya. Gaya hidup kena aktif. Supplement nie bantuan. Selamat pagi semua

UBAT

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Mereka tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya dipertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

3. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan, sering mengasar.seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

8. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu system.

9. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

Supplement ( Vitamin )

1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain factor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya member kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan khasiat, oleh kerana factor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah.

Bila saya akan merasai kesannya?

Sekiranya anda mengambil supplement sebagai merawat atau mengatasi masalah2 tertentu, berikan masa sekurang-kurangnya 1-3 bulan untuk melihat perubahan. Misalnya sekiranya anda mengidap elergi. Kesan pengambilan supplement bukan serta-merta seperti anda mengambil ubat (ubat biasanya berasaskan dadah yang bertindak segera). Supplement bertindak secara lembut dan perlahan-lahan ke atas badan anda.

Bila keadaan atau waktu yang sesuai untuk ambil supplement?

Supplement bukan ubat yang kita ambil semasa sakit atau keadaan tertentu. Umpama menjaga sebuah kereta, kita menjaganya dari mula agar tidak berlaku kerosakan yang menelan belanja besar dan menyusahkan kita. Begitu juga dengan supplement. Pengambilan supplement terutama anti-oksidan adalan untuk menjaga tubuh badan kita dari terkena penyakit kronik yang semestinya menelan belanja yang besar untuk rawatan.

Bolehkah saya kekal sihat dengan supplement sahaja?

Ingatlah, supplement bukan pil ajaib. Kita tetap memerlukan makanan seimbang, bersenam, pengawalan diri dari tekanan, jauhi habit yang tidak baik dan rehat yang cukup untuk kekal sihat. Supplement adalah pelengkap dan penyokong kepada amalan gaya hidup sihat yang kita amalkan dan meningkatkan imuniti.

Siapakah yang patut saya jumpa untuk dapatkan nasihat tentang supplement?

Berjumpalah dengan pengedar produk yang mahir tentang supplement, nutritionist, ahli farmasi, doktor atau yang mempunyai minat dan pengetahuan dalam bidang nutrisi (Ingat, bidang nutrisi dan medikal adalah sangat berbeza!). Jauhkan nasihat dari mereka yang tidak tahu apa-apa tentang supplement, atau penjual yang sekadar mahu untung menjual tanpa sebarang ilmu tentang supplement, atau mereka yang tidak pro-supplement.

Satu botol supplement ada beratus biji pil, adakah ia akan kekal elok?

Vitamin natural boleh bertahan selama lebih setahun selepas dibuka, atau apabila ia melepasi tarikh luput (yang mana tiba dahulu). Simpan vitamin di tempat sejuk dan gelap, seperti dalam laci atau almari kerana membiarkannya terdedah kepada udara, kepanasan dan cahaya matahari boleh merosakkannya.

Pengetahuan tentang supplement adalah penting, tatkala anda mengambilnya, kerana apa yang anda masukkan ke mulut menentukan masa depan kesihatan anda. Pastikan supplement yang anda ambil adalah dari sumber semulajadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *