Set Kencing Tikus Shaklee. Penyakit kencing tikus atau Leptospirosis merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Lestospira yang disebarkan melalui air kencing haiwan yang dijangkiti dan berjangkit selagi ia masih lembab.
Kencing Tikus
Tikus dan mondok dikenalpasti sebagai haiwan yang menyebarkan bakteria ini sebagai hos pertama. Namun begitu sejumlah besar mamalia lain termasuk anjing, rusa, arnab, landak, lembu, biri-biri, rakoon, possum, skunk, dan mamalia laut tertentu mampu membawa dan menyebarkan penyakit sebagai hos kedua. Anjing mungkin menjilat kencing haiwan yang dijangkiti dari rumput atau tanah, atau minum dari lopak yang dijangkit.
Simptom-simptom penyakit kencing tikus
Pesakit yang mengidap penyakikt kencing tikus akan melalui 2 fasa.
Fasa pertama bermula dengan simptom seperti selsema (demam, sejuk, myalgia, sakit kepala yang kuat). Apabila pesakit sembuh pada fasa pertama,
fasa kedua akan bermula dimana ia akan memperlihatkan ciri meningitis, kerosakan hati (menyebabkan demam kuning), dan kegagalan buah pinggang. Simptom ini akan kelihatan selepas 4-14 hari selepas pengeraman bakteria di dalam tubuh manusia.
Pada fasa ke dua, sering berlaku kesalahan dalam diagnosis penyakit disebabkan oleh simptom-simptom yang luas.
Kompilasi penyakit kencing tikus
Komplikasi termasuk meningitis, kelesuan melampau, kehilangan pendengaran, masaalah pernafasan, azotemia, dan masaalah buah pinggang (“renal interstitial tubular necrosis”, yang menyebabkan kegagalan buah pinggang dan sering kali kegagalan hati dan juga Masaalah kardiovaskular. Ia juga boleh membawa MAUT.
Bagaimana mencegah daripada terkena jangkitan kencing tikus?
Mengelakkan daripada berkunjung ke kawasan yang mempunyai air bertakung seperti kawasan perkelahan.
pastikan anda menyimpan makan dan minuman dengan baik.
Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
Pastikan kebersihan kawasan sekeliling.
Membersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar
Meningkatkan sistem imun tubuh.
Cara Atasi Penyakit Kencing Tikus Dan Perlu Saranan Doktor Terlebih Dahulu
Vivix – Membantu membaik pulih sel yang rosak akibat serangan bakteria dan radikal bebas serta memelihara DNA tubuh supaya dapat berfungsi dengan baik. Kaya dengan resveratrol dan polifenol yang sangat tinggi antioksidan. Membantu meningkatkan imun sistem badan
Nutriferon – Merupakan immune booster yang sangat berkesan dan hebat dalam mengaktifkan sistem pertahanan imuniti dan menggerakkan pertahanan semulajadi dalam badan kita iaitu pasukan cari dan musnah dengan lebih cekap cara atasi penyakit kencing tikus
Vivix dan Nutriferon adalah supplemen yang menguatkan sel. Rawatan hospital perlu juga diteruskan dan pemantauan kesihatan hendakla sentiasa terus dilakukan.
SR Vitamin-C – teknologi sustained release membebaskan vitamin C secara perlahan-lahan, untuk menghasilkan sel-sel darah merah dan mengekalkannya dalam plasma darah, “bekerja” dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan sistem imun serta fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.
Performance Drink – membantu mengimbangi kadar elektrolit – mengekalkan paras bendalir dalam badan. Minuman istonik yang bebas karbonat dan kurang gula serta lengkap dengan garam natrium yang penting untuk sistem tubuh kita.
Apa keistimewaan VIVIX Shaklee?
Kaya dengan resveratrol dan polyphenol dari tumbuh-tumbuhan.Apa fungsi Resveraterol dan Polyphenols?
Melindungi dan baikpulih DNA dengan melawan radikal bebas (antioksida)
Melawan penuaan di peringkat sel dengan melambatkan pembentukan AGE protein
Menggalakkan kesihatan telomeres yang memelihara kromosom
Apa dia buat?
menurunkan tekanan darah
menurunkan AGE protein disebabkan pengambilan gula berlebihan
anti-radang – melindungi sel terutamanya di otak dari sebarang kerosakan.
tingkatkan sensitiviti insulin
melegakan sakit sendi
merencatkan sel-sel kanser
Untuk maklumat lanjut mengenai VIVIX, sila baca di sini…Siapa yang perlukan produk ni?
Lelaki / Wanita Berusia 35 tahun ke atas yang mengutamakan penuaan sihat.
Orang sakit, terutama sakit yang tiada ubat seperti denggi, kencing tikus
Warga tua – melambatkan penuaan sel
Mereka yang tidak boleh telan pil.
Mereka yang tercari-cari cadangan hadiah paling awesome untuk insan-insan tersayang semperna hari lahir, ulang tahun perkahwinan, persaraan, hantaran perkahwinan dan sebagainya.
SAKIT KENCING TIKUS BERANSUR PULIH SELEPAS AMALKAN VIVIX DAN NUTRIFERON
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 45 : MOHD AMIRUL BIN BADRI
Sebelum ni saya hanya pernah dengar tentang kencing tikus di berita dan saya tak sangka saya akan menjadi salah seorang yang mengalaminya. Kisah ni pada tahun lepas sekitar Ogos.
Pada mulanya saya berak darah lebih kurang dalam seminggu. Saya tak fikir ia sesuatu yang serius. Sebab saya tak ada sakit apa-apa. Kemudian lepas seminggu baru datang gatal-gatal badan, badan rasa lemah dan sakit kuat sangat di bahagian belakang. Rasa bisa-bisa badan.
Saya mula demam kebah, demam kebah dan saya cuba bertahan dua hari. Hari ketiga saya dah tak mampu tahan sakit sangat. Masa tu jam 4 pagi Subuh saya beritahu isteri dan isteri saya bawa saya ke hospital bahagian kecemasan. Saya diletakkan di katil kritikal dan dimasukkan air 8 botol. Masa tu tekanan darah terlalu rendah. Saya diletakkan di bahagian kecemasan lebih kurang 5 jam. Kemudian saya terus dihantar ke wad ICU.
Di sini saya diberitahu saya kena virus KENCING TIKUS. Ahli keluarga semua risau, yela kan KENCING TIKUS ni orang cakap PEMBUNUH SENYAP. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Mau tak risaunya. Semua risau terutama mak saya.
Di sini ICU saya dipantau rapi. Masa ni saya rasa sakit dada, muka bengkak, nak tidur pun tak selesa dan memang tak berdaya rasanya. Hati terubat bila ramai ahli keluarga, jiran-jiran dan sahabat yang datang melawat.
Saya ditahan di ICU selama dua hari. Masa hari kedua tu kakak saya datang dari Tanjung Malim hantarkan Vivix dan Nutriferon. Kali pertama dia bagi saya minum Vivix di katil ICU, dia bancuhkan ke dalam air botol. Merah. Pekat. Macam air sirap. Kakak saya pesan makan jugak Nutriferon yang diberi dalam bentuk sachet tu. Saya tuangkan je ke dalam mulut.
Selepas keluar dari ICU saya diletakkan di wad biasa selama 6 hari. Isteri saya terus berikan vitamin setiap hari. Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu.
Kakak saya beritahu vitamin yang diberi tu dapat membantu menguatkan imun badan saya melawan jangkitan virus dan bakteria dan memberi tenaga pada sel badan saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan. Terima kasih Shaklee.
Leave a Reply