Pil Kemam Shaklee Ganti Gula-Gula Elak Mengantuk Masa Drive. Alhamdulillah, dah 22 hari kita berpuasa, semuanya sihat ke semua ? Oklah tuh, bagus-bagus, ada yang tak pergi tarawikh ke ? hhehhe, oklah, takpa, nanti kita semua kejar apa yang patut. Nak cerita pasal kemam vitamin, sedap ke ? Hehehe, oklah, bila cerita pasal pil kemam ini, semua orang ingat, vitamin untuk budak-budak, tapi sebenarnya orang dewasa pun bagus kemam vitamin.
3 kebaikan Pil Kemam Shaklee
Sebenarnya ada banyak kebaikan vitamin yang boleh di kemam. Hhaha, jangan ingat kanak-kanak, ada orang dewasa yang tak suka juga vitamin kena telah ini. tahu sebab apa ? Ada kebaikannya juga vitamin kemam ini.
- Mudah telan – jangan tak tahu, ada orang dewasa yang ada dilema nak telan ubat. Cuba bayangkan bila nak kena telan ubat sampai 4 hingga 5 pil dalam satu masa, memang merana jugak, kekadang tu sampai termuntah balik sebab pil terlalu besar. Bila kemam, lagi rilek, lebih santai, sambil telan, layan lagu dangdut
- Senang di perut – vitamin biasa perlukan kita makan, maksudnya, kena ambil semasa makan, lepas makan, jawabnya kena makan. Tapi vitamin kemam biasanya boleh ditelan walaupun perut kosong.
- Dos yang rendah – ada beberapa vitamin yang dosnya sangat tinggi, ia, lebih dari keperluan, dan boleh menyebabkan toksin. Jadi vitamin kemam mudah, biasanya dos lebih rendah dari vitamin telan.
Jom hisap vitamin shaklee
Best gile kemam vitamin shaklee, hehehe. Ada dua jenis vitamin jenis chewable, memang layan, jadi sangat berkhasiat, sesuai untuk orang dewasa dan lagi-lagi kanak-kanak riang gembira.
- Chewable Vitamin C – ada vitamin C, biasanya khasiat vitamin C untuk kanak-kanak, untuk sistem pertahanan badan dan antibodi kanak-kanak.
- Chewable Vitalea – yang ni berperisa anggur, bukan sahaja vitamin C, tapi ada macam-macam vitamin, lengkap, dan seronok digunakan oleh anak anda.
Anak kurang makan JAJAN
Pengalaman puan Ainul, tengok anak dia, hahaha, dulu ye suka akan jajan, tapi bebaru ini dia cerita, selepas anak dia makan vita-lea, dia perasan anak dia dah jarang makan gula-gula murahan, kurang makan jajan, jadi bagus juga telan vita-lea children berbanding telan lolypop yang confirm tak sihat.
Gula-gula hilangkan mengantuk
Boleh juga kalau nak tiru gaya abang kat bawah ini, memang sempoi, sambil memandu pun telan chewable-C, itulah hebatnya, jadi selain nak ambil gula-gula yang tak berapa sihat, jadikan vitamin kemam shaklee ini sebagai peneman korang ketika membawa kereta menuju rumah bonda yang tersayang.
Chewable Vita-C Pil Kemam Shaklee
Chewable Vita-C Shaklee telah mengalami revolusi baru apabila formulasinya ditingkatkan dengan tambahan Bioflavanoid Complex dan menjadi supplement vitamin C paling lengkap dipasaran. Ia sekarang menggunakan nama baru iaitu Chewable Vita C Plus.
Lebih menarik, Chewable Vita-C ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas malah turut boleh dinikmati oleh orang dewasa yang tidak suka vitamin berbentuk pil yang perlu ditelan dengan air. Mudah sahaja untuk makan Chewable Vita C ni. Hanya perlu hisap atau kemam sahaja di dalam mulut.
Keperluan Vitamin C dalam badan kita
- Membantu meningkatkan antibodi dalam tubuh supaya sistem imun tubuh lebih tinggi
- Mempercepatkan proses penyembuhan luka dan demam
- Menguatkan struktur gigi dan gusi
- Perokok @ mereka yang bergaul dengan perokok memerlukan vitamin C
- Membina kolagen (sebagai bahan pengikat/pelekat) dalam membinan dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan
- Pengambilan vitamin C yang mencukupi dalam diet seharian dapat mengurangkan risiko tekanan darah tinggi
- Membantu proses penghadaman & penyerapan zat besi
- Individu yang sering stress (tertekan), penat, letih, lesu serta sibuk dengan urusan harian memerlukan vitamin C. Pengambilan vitamin C yang mencukupi dapat membantu mengembalikan hormon stress (hormon yang melawan stress)
- Bertindak sebagai anti kimia yang menjadi racun dalam tubuh seperti nitrates dan nitrites
- Memberi perlindungan terhadap penyakit jantung dan mengehadkan ‘oxidation’ terhadap kolestrol jahat
- Membentuk Sel-sel darah yang baru (setiap 3 bulan darah dalam badan akan bertukar)
- Membantu memulihkan selesema, resdung dan bersin waktu pagi.
- Membantu dalam proses pemulihan kudis
- Mengurangkan risiko /melawan penyakit barah seperti kanser oral cavity, kanser kerongkong, kanser saluran penghadaman, kanser serviks, kanser usus besar (rektum), kanser payudara dan kanser paru-paru
- Bertindak sebagai “Protector Gate” – setiap masa mesti berada dalam badan kerana sifat vitamin C adalah larut air.
Kenapa Vitamin C Mudah Rosak ?
- Mudah musnah oleh pencemaran udara dan air. Perokok yang merokok sekotak rokok sehari membakar 500mg vitamin C dalam tubuh.
- Mudah musnah disebabkan stress (tekanan) – fizikal dan mental
- Mudah termusnah oleh oksigen. Pendedahan buah-buahan dan sayuran yang telah dipotong dan dibiar terdedah terlalu lama pada udara sebelum digunakan akan mengurangkan kandungan vitamin C. Selain itu, memasak terlalu lama @ suhu tinggi juga merosakkan vitamin C dalam makanan
Manfaat Vitamin C dalam Chewable Vita C Shaklee
- Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
- Antioksidan penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan melambatkan penuaan
- Chewable Vitamin C Shaklee menguatkan tulang, gigi dan gusi yang sihat
- Meningkatkan sistem imun tubuh
- Sangat sesuai untuk orang sukar atau tidak suka makan pil atau tablet
- Rasa oren semulajadinya sangat selamat untuk kanak-kanak dan orang dewasan
- Tidak mengandungi sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
- Tabletnya lebih kecil dari SR Vitamin C Shaklee jadi mudah untuk makan atau telan
- 1 biji Chewable Vita C Shaklee bersamaan 1/2 biji oren iaitu bersamaan 100mg
- Manfaat Vitamin C Sangat bagus untuk menjaga kecantikan kulit dan awet muda
Hero Kiddo Pil Kemam Shaklee Elderberry
Adakah anda risau dengan keadaan anak anda di luar apabila sekolah sudah dibuka? Jangan khawatir, kerana Shaklee telah melancarkan produk baru untuk kanak-kanak yang dikenali sebagai Hero Kiddo. Hero Kiddo adalah suplemen kanak-kanak yang berbentuk gummy yang sangat sesuai untuk memperkukuhkan sistem imun anak-anak. Ibu bapa juga boleh mengambilnya bersama-sama anak-anak.
Kandungan Hero Kiddo Shaklee terdiri daripada elderberry yang kaya dengan antioksidan, nutrien sokongan imun yang sangat penting untuk anak-anak seperti vitamin C, vitamin D dan zink serta rasa ceri semula jadi yang tiada kandungan gula.
Keistimewaan produk Hero Kiddo Shaklee adalah ia diformulasikan khas untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas dan memberikan sokongan kepada sistem imun anak-anak. Ia berperisa ceri semulajadi yang lazat dan berbentuk beruang yang mesra gigi. Selain itu, produk ini juga bebas gula, tidak mengandungi bahan pengawet, bukan GMO, bebas gluten dan bebas soya.
Hero Kiddo Shaklee juga tidak mengandungi perisa, pemanis atau pengawet buatan dan ia dibuat tanpa menggunakan sirap jagung, melainkan pektin.
Kebaikan Hero Kiddo Shaklee adalah ia dapat membekalkan nutrien penyokong kekebalan tubuh seperti gabungan nutrien yang kuat untuk menyokong kekebalan tubuh termasuk zink, vitamin C dan D. Produk ini juga dapat menyampaikan antioksidan dan nutrien yang terbukti dapat menyokong fungsi imun yang sihat serta manis secara semulajadi dengan menggunakan eritritol dan xylitol yang tidak akan merosakkan gigi. pil kemam shaklee