Sakit Perut Semasa Ramadhan

Sakit Perut Semasa Ramadhan. Semasa bulan Ramadan, pernahkah kita merasa sakit sehingga mengganggu ibadah puasa kita? Selalunya, sakit-sakit ini kerap kita hadapi kerana dipengaruhi oleh perubahan dalam corak pemakanan kita.

5 PUNCA SAKIT PERUT SEMASA BULAN RAMADHAN

Ada lima penyakit yang sering berlaku dalam kehidupan kita pada bulan Ramadan. Berikut adalah perkongsiannya.

1. Tidak cukup minum air atau dehidrasi

Walaupun ia memang boleh dijangka, terdapat segelintir individu yang akan mengalami simptom dehidrasi yang lebih teruk. Ini terutamanya bagi mereka yang bekerja berat ketika sedang berpuasa. Badan manusia terdiri daripada 75% air yang memenuhi ruangan sel.

Apabila terdapat lebih banyak air yang tersejat keluar berbanding dengan air yang masuk, anda akan mengalami dehidrasi. Oleh sebab itu, amat penting bagi setiap individu yang berpuasa untuk mengambil air pada corak yang berpatutan.

Saranan masih pada 8 gelas sehari namun bahagikan waktu selepas berbuka sehingga sahur. Kurangkan daripada membuat kerja berat untuk elak mendapat penyakit dehidrasi bulan puasa. Jika anda masih perlu melakukan kerja berat, bergantung kepada simptom, anda perlu tentukan jika perlu berbuka ataupun tidak.

Walaupun jarang berlaku dehidrasi teruk hanya kerana berpuasa, tapi faktor persekitaran membuatkan ia tidak mustahil untuk berlaku.

2. Gula dalam darah rendah

Sama seperti dehidrasi, oleh sebab mereka yang berpuasa tidak mengambil sebarang makanan dan minuman, jadi paras gula di dalam darah kebiasaannya lebih rendah daripada biasa.

Walau bagaimanapun, penyakit bulan puasa ini lebih lazim berlaku kepada mereka yang mempunyai masalah kencing manis terutamanya bagi yang mengambil rawatan insulin.

Antara simptom yang boleh dialami oleh:

  • Pening kepala
  • Rasa lapar yang teramat
  • Kekeliruan
  • Perpeluhan
  • Menggeletar
  • Penglihatan kabur
  • Perubahan personaliti

Bagi mereka yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik, perkara ini tidak merisaukan.

Apabila gula di dalam badan rendah, insulin juga akan kurang dirembeskan. Ini membuatkan badan akan menggunakan stok bekalan lemak. Apa yang anda perlu tahu berkaitan dengan penggunaan lemak, enzimnya sangat sensitif dengan insulin.

Jika terdapat insulin, ia tidak akan bekerja. Maka, pesakit kencing manis yang tidak mengawal pengambilan insulin boleh mempunyai tahap insulin yang tinggi. Ia merupakan salah satu penyakit bulan puasa yang kerap berlaku pada populasi tersebut.

Badan tidak boleh menggunakan lemak sebagai tenaga berikutan paras insulin yang tinggi. Perkara ini menyebabkan simptom seperti yang dinyatakan.

3. Keracunan makanan

Mungkin ia bukan keracunan makanan, namun gejala cirit-birit kerap berlaku dalam bulan puasa. Ia berikutan pengambilan makanan berlebihan ketika berbuka puasa.

Tidak dinafikan bahawa pada bulan ini, kadar pembelian makanan dari luar meningkat terutamanya bagi pasangan suami isteri yang bekerja. Pembelian makanan di kedai yang terletak di persekitaran kotor meningkatkan risiko masalah keracunan makanan.

Selain itu, pengambilan makanan pedas juga punca kepada penyakit bulan puasa ini. Oleh itu, anda perlu menjaga kebersihan sebaiknya. Amalkan tabiat basuh tangan sebelum dan selepas menguruskan makanan.

Lebih baik jika anda boleh meluangkan masa untuk memasak sendiri. Namun, jika tidak boleh, pastikan anda mencari makanan di lokaliti yang bersih.

4. Sakit kepala

Ia bukanlah satu penyakit namun gejala ini kerap berlaku kepada setiap individu yang berpuasa. Setiap individu mempunyai daya ketahanan tubuh yang berbeza bergantung kepada faktor tertentu.

Mereka yang berpuasa tanpa bersahur lebih cenderung untuk mengalami masalah sakit kepala memandangkan mereka tidak mengambil air yang cukup.

Begitu juga umat Islam yang menetap di negara luar. Terdapat negara yang mempunyai waktu berpuasa melebihi 16 jam berikutan waktu siang yang panjang.

Bayangkan jika anda menetap di Iceland dan Norway. Anda perlu berpuasa selama 20 hingga 21 jam! Ia bukanlah satu perkara yang mudah dan penyakit bulan puasa ini mudah berlaku kepada umat di negara tersebut.

Namun, perlu diingatkan, pening kepala tidak semestinya berpunca daripada kurang pengambilan makanan dan minuman. Ia juga boleh berlaku jika tabiat tidur anda tidak terjaga.

5. Sakit perut

Sakit perut pada bulan Ramadan sering berlaku berikutan kebanyakan individu mempunyai konsep pemakanan yang salah apabila tiba waktu berbuka. Bayangkan jika anda makan lebih daripada apa yang perut anda boleh tampung pada satu masa.

Ia bukan sahaja boleh menyebabkan simptom sakit perut, malah pedih ulu hati yang boleh berlaku akibat penyakit refluks gastroesofagus.

Perkara ini lazim berlaku kepada mereka yang baring sejurus selepas makan. Untuk elak daripada mengalami simptom sakit perut, tabiat makan merupakan kunci utama. Anda perlu bersahur bagi mengelakkan masalah gastrik dan makan secara besederhana ketika berbuka.

Sakit Perut Semasa Ramadhan

Puasa Cergas Shaklee

Cergas Bertenaga Dengan Set Berpuasa Shaklee. Alhamdulillah, dah sehari kita berpuasa. Bagaimana keadaan kita berpuasa hari ini? Bertenaga dan dapat menjalankan amal ibadah, solat tarawih dan solat malam dengan terbaik tak?

Yang gastrik, anak-anak yang baru nak mula nak belajar berpuasa tu jangan risau.Dengan Set Berpuasa Shaklee anda pasti kekal cergas dan bertenaga sampai petang. Insyaallah dengan Izin-Nya. Bagi ibu-ibu yang menyusu takut susu merudum pun jangan risau.

Set berpuasa shaklee juga sangat membantu dalam mengurangkan masalah penurunan penghasilan susu semasa berpuasa nanti. Apa dia ye Set Berpuasa Shaklee yang femes sangat dan meletup-letup ni.

Aha..Inilah dia Mighty Tripple Gem atau Mighty 3pple Gem atau Set Berpuasa Shaklee atau jugak set tambah susu. Haihh..banyaknya boleh gunakan. Multipurpose.hehe..Tapi. Abang-abang, pakcik-pakcik, encik-encik atau Cik adik manis yang tak kawin lagi atau tak menyusukan bayi janganla korang risau takut susu badan keluar dari payudara korang pulak.

100% pasti susu badan takkan keluar. Sebab korang tak de hormon susu ibu macamana nak ada. Cuma orang yang mengandung dan baru melahirkan bayi je ada susu ibu dok mengalir.

Kelebihan Set Berpuasa Shaklee

1. MEAL SHAKE SHAKLEE – Membekalkan multivitamin yang dieperkaya dengan protein lengkap dengan 9 jenis asid amino, kalsium, magnesium dan vitamin D untuk keperluan minda, tumbesaran serta untuk tulang dan gigi yang sihat.Sebagai milk booster ibu menyusu.

2. PERFORMANCE DRINK SHAKLEE – Minuma isotonik semualajadi rendah sodium dan gula. Mengawal dan mengurangkan kehilangan bendalir yang menyebabkan tubuh cepat letih dan mengelakkan penyahhidratan. Juga mengekalkan kelembapan kulit.

3. ESP Membekalkan LONG LASTING ENERGY – Mengurangkan rasa lapar keterlaluan. Sebagai Milk Booster bagi ibu menyusu. Mencantikkan walaupun tak bermekap sakan semasa berpuasa. Diperkaya dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan soya.

Jadi mengurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa.Set berpuasa shaklee juga rendah glisemik, sodium dan kolestrol membuatkan set Migthy Tripple Gem ini sesuai dinikmati oleh pelbagai golongan umur, pesakit-pesakit kanser, penghidap gastrik, anak-anak yang baru belajar berpuasa dan juga sangat-sangat sesuai dinikmati dikala anda lambat bangun tidur tak sempat nak masak atau makan sahur. Sakit Perut Semasa Ramadhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *