Jangan tangguh kesan kanser. Kanser bukan penyakit biasa2. Ia berlaku setelah beberapa proses berbeza yang bersaling kait antara satu sama lain terjadi pada salah satu sel pada badan kita. Ia boleh jadi pendedahan pada asap rokok, bahan kimia, terlebih hormon, jangkitan virus dan banyak lagi. Rentetan proses2 ini ( evolusi kanser) di dalam tubuh kita, mengambil masa yang lama.

Mungkin 2 tahun, 5 atau 10 tahun. Pengakhirannya adalah berlaku mutasi pada sel, sel berubah menjadi sel kanser yang seterusnya tumbuh dengan giat dan menjalar dan merebak ke organ lain. Mengubati kanser, mengatasinya tidak mudah. Godaan atau claim konon boleh sembuhkan kanser dengan cara yang mudah seperti makan 6 jenis sayuran atau hanya minum air miracle atau b17, keladi tikus atau inject vitamin C adalah tidak benar sama sekali.

Mengapa kita jangan membuang masa ( delay) setelah kanser dikesan pada badan kita?

Kanser boleh sembuh jika dikesan dan dirawat pada peringkat awal! Kanser tumbuh secara exponen. Mula-mula sewaktu jumlah sel belum banyak dan kanser belum dapat dikesan di badan kita, kadar pertumbuhan adalah lambat. Kanser yang dapat dikesan , jika sebesar kacang mungkin mempunyai sebanyak 1 juta-400 juta sel.

Lagi kecil kanser itu, lagi rendah tahapnya dan lagi tinggi potensi untuk sembuh jika di rawat pada tahap awal ini. Lagi kita tunggu lagi besar kanser, lag tinggi kadar pertumbuhannya dan sedar2 dah merebak ke berbagai bahagian badan. Jadi jangan bertangguh.

Ambik masa secukupnya untuk menerima dignosis, berdoa, berbincang, mencari pendapat dan merancang perawatan. Don’t take too long as it can be detrimental. Jangan terpedaya dengan golongan yang memperdaya atau yang memberi pendapat yang tidak logical atau sahih.

Jika sesiapa notice ada ketulan di payudara, batuk berpanjangan, berak berdarah, atau lain2 gejala yang mana simptom ini berterusan selama 2, 3 atau 4 minggu atau lebih maka BERJUMPA DENGAN DOKTOR. Jangan tunggu lagi. Lagi lama tunggu lagi teruk kanser itu nanti.

Setiap kanser adalah unik. Setiap pesakit kanser berbeza.

Elakkan dari memberi nasihat sekiranya ia tidak tepat dan mungkin mengelirukan penerima nasihat. Apabila bertanya soalan perlulah spesifik jadi tidaklah jawapan atau saranan diberi tersasar dari objektif pertanyaan kita. Pilih juga pada siapa kita bertanya.

Perlu ambil tahu akan penyakit kita, nama kanser, apa bahagian kanser tu, tahap apa, apa rawatan. Berapa lama. Apa kesan sampingan, perlu dijangka, rawatan susulan dan lain. Jika tak pasti, tuliskan dan bertanya. Itu namanya empowering ourselves.

Anggap lah diagnosis kanser sebagai ‘ a gift” . suatu anugerah yang membawa suatu kebaikan yang bererti pada kita dan yang tersayang dan maybe pada the general public pada masa akan datang. jangan tangguh kesan kanser.

jangan tangguh kesan kanser , guna polifenol rawat kanser

Istilah bebas kanser

Apabila pesakit melalui rawatan kanser dengan tujuan penyembuhan, segala rawatan yang diberi bertujuan untuk membunuh kanser sehingga ia tak dapat dikesan di dalam badan, melalui pemeriksaan fizikal, ujian makmal atau melalui scans seperti CT scan, ultrasound pet scan bone scan dll. Ini kami panggil ‘remission atau kanser terkawal’.

Jadi bila dr kata pada anda ‘ pet scan awak bagus, tiada lagi kanser dijumpai’ selepas baru habis rawatan chemo setahun maka itu bukan bermakna ‘ bebas kanser”. Ia bermakna tiada kanser pada mata kasar. Ada kemungkinan kanser masih ada tapi di bawah radar detection. Pesakit masih perlu follow up sehinggalah pesakit tiada di dunia lagi.

Saya tak bersetuju dengan klinik yang discharge pesakit selepas follow up selama 5-10 tahun dan pesakit kekal in remission. Pesakit masih boleh datang setahun sekali. Ini kerana pesakit masih ada risiko kanser berulang, dapat kanser baru yang lain ( another primary), mendapat kesan sampingan jangka masa panjang dari rawatan terdahulu dan banyak lagi.

Waktu in remission

Sewaktu rawatan telah habis, pesakit memasuki fasa ‘ a new normal” samada di rumah, di ofis atau di mana2. Ada pesakit merasa ‘ lost’ atau sedikit slow atau merasa tidak dapat cope overwhelmed apabila masuk ke fasa ni. Mula2 rasa excited selepas tu rasa down. Ada macam rasa void atau lonely pun ada. Sometimes hubungan suami isteri juga terjejas.

Ada yang dapat depression and panic anxiety attacks dan ini mungkin ada impak yang kurang baik bagi kesihatan pesakit. Apatah lagi bila mendengar rakan2 seangkatan ada yang mendapat kanser berulang atau mengalami beberapa kesan sampingan rawatan dll. ambil tahu mengenai perkara ini. Ia real dan boleh kita baikinya. jangan tangguh kesan kanser.

Perkara ini perlukan masa dan setiap pesakit berbeza. Again saya ingin highlight disini yang BE KIND TO YOURSELF. Kasihani diri anda dan kasihi diri anda. Jangan push diri kita nak jadi sebaik dulu atau nak jadi sebaik si polan si polan.

Boleh menyertai kumpulan sokongan , boleh search internet, boleh membaca dengan meluas, bolehbincang sampai dinihari dengan group whatsapp tapi at the end of the day you are you. You yang menanggungnya.

Your family yang menanggungnya. Jangan miss your follow up appointments dan surveillance utk cancer relapse. Jangan lupa utk terus mengamalkan no a) sampai f) pada item no 3 di atas. Jika tidak dapat mengatasi proses2 murung, panic attacks, anxiety – bincang dengan your dr, boleh jumpa dengan kaunselor, psychologist, psychiatrist, accordingly.

Sertai program kanser.

Sertai clinical research. Menderma lah ke any cancer charity. Hentikan beli supplemen ang tidak membantu atau mesin air atau tilam electrostatik dll. Lebih baik kita guna utk derma pada cancer NGO atau pesakit lain yang memerlukan duit kita itu. Hentikan mengforward info2 yg tak sahih atau scam. Itu buang mada dan tenaga kita. Masa yang ada spend dengan keluarga dan buat perkara yang lebih berfaedah

Di malaysia movement pesakit untuk melobi ahli parlimen atau health authority belum berapa kuat tetapi kita boleh menuju ka arah itu jika ramai2 bersuara. Siapa yang pandai menulis, tulis dan hantar suara hati anda ke majalah atau akhbar dll. Lets all of us learn together.

Sesungguhnya ia adalah perjalanan yang panjang tapi kita ada pilihan untuk terus hidup dengan lebih bermakna . we can fight and win this. Together. Assalamualaikum and may Allah bless all of you. jangan tangguh kesan kanser.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *