kanser ovari

Strategi Mencegah Kanser ? Secara mudahnya boleh lah dikatakan kita boleh meningkatkan pemakanan dengan lemak sihat . Bagus juga mengurangkan pengambilan gula dan karbohidrat berglisemik indeks tinggi.

Beberapa strategi boleh kita amalkan untuk mencapai matlamat ini, iaitu:

1. Mengurangkan Pengambilan GULA dalam makanan dan minuman

Kita telah memahami bagaimana gula menggalakkan pertumbuhan sel-sel kanser. Oleh kerana itu, gula adalah karbohidrat yang bersifat tinggi indeks glisemik (GI) dan meningkatkan insulin hendaklah dihentikan dalam pemakanan seharian. Insulin sendiri menggalakan pertumbuhan sel-sel kanser dan perlu kita kawal parasnya dalam darah.

Oleh kerana itu juga kita perlu mengambil lebih banyak minyak sihat sebagai sumber utama kalori dan pengambilan protin yang sederhana. Jika kita mengambil terlalu banyak protin ia akan menjadi gluconeogenik, iaitu ia menyebabkan lebih banyak glukosa terhasil daripada protin.

Sel kanser mempunyai reseptor insulin yang sangat banyak dipermukaan membran selnya dan sangat dikawal metabolisma glukosa nya. Ini bermakna, bergantung kepada tahap perkembangan sel-sel kanser, ia akan ‘mencuri’ gula untuk tumbesarannya daripada sel-sel normal.

Ini bermakna gula akan memberi ‘makan’ kepada sel-sel kanser . Sel-sel yang normal perlukan jasad ketone untuk sumber tenaga untuk melawan pertumbuhan sel-sel kanser. Bagus apabila seseorang mula mengurangkan pengambilan karbohidrat dalam pemakanannya.

2. Mengurangkan Ketagihan kepada GULA

Oleh kerana sel-sel kanser ‘mencuri’ glukosa daripada sel-sel normal oleh itu akan kekurangan glukosa untuk sumber tenaga. Oleh itu otak akan menghantar isyarat bahawa tubuh memerlukan lebih tenaga atau kalori . Ianya menghantar isyarat lapar untuk makan makanan berkarbohidrat dan manis(carbohydrate craving).

Ini akan menjadi ketara dipermulaan apabila seseorang pesakit kanser memulakan ‘diet ketogenik’. Penting terutamanya kerana mereka mempunyai mitokondria yang kurang dan lemah.

Oleh kerana itu amat penting bagi mereka mengambil nutrisi yang akan menambah jumlah mitokondria dan menguatkannya. Pengambilan lemak yang kaya dengan asid lemak tepu rantaian sederhana; MCFA (Medium Chain Fatty Acids) . Minyak kelapa yang mengandungi asid laurik yang mengandungi C8 dan C10 rantaian asid lemak.

Pengambilan beberapa jenis suplemen, rempah ratus dan herba juga membantu meningkatkan jumlah mitokondria. Curcumin (kunyit), halia, omega 3, asid alfa lipoik, N-asetil sistein (NAC), resveratrol, teh hijau, quercetin dan koenzim Q10.

Apabila mitokondria telah mula aktif dan bertambah maka masalah ‘craving’ ini akan hilang. Bersenam, pengambilan suplemen mineral amat penting. Selain itu, dapatkan air secukupnya untuk kekalkan hidrasi tubuh adalah amat penting bagi pesakit kanser yang mencuba kaedah ini.

3. Mengamalkan Ketogenik Diet

Baik tidak mengambil gula dan karbohidrat proses dalam pemakanan seharian seseorang pesakit kanser. Perlu mengambil sumber tenaga alternatif untuk terus membekalkan tenaga kepada sel-sel normal.

Ini boleh dilakukan dengan mengamalkan ‘diet ketogenik’ iaitu mengambil lebih lemak sihat. Minyak zaitun, minyak kelapa, mentega, minyak ikan, minyak kelapa sawit, avocado dan sebagainya.

Ini sangat penting dalam strategi kita untuk melawan penyakit kanser. Sel-sel kanser yang agresif akan mencuri semua glukosa untuk tumbesaran sel-sel kanser daripada sel-sel normal. Ini akan menyebabkan seseorang pesakit kanser merasa sangat lemah, tidak bermaya dan kurang bertenaga.

Sel-sel kanser tidak boleh menggunakan jasad ketone sebagai sumber tenaga. Oleh itu pesakit perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat dan megambil lebih banyak lemak sihat. Ia akan menyebabkan sel-sel kanser menjadi ‘kebuluran’ dan akhirnya akan membunuh sel-sel kanser ini secara beransur-ansur.

Dengan mengurangkan pengambilan gula pasir adalah satu cara terbaik untuk melawan penyakit kanser ini.

4. Berpuasa secara berkala

Selain daripada mengamalkan diet ketogenik, seseorang boleh mengamalkan berpuasa secara berselang (interminttent fasting) . Ini satu lagi kaedah yang sangat berkuasa untuk mengawal paras insulin dan meningkatkan aktiviti AMP-K.

Berpuasa secara berkala juga akan meningkat imuniti tubuh dengan meningkatkan aktiviti sel-sel darah putih untuk memusnahkan sel-sel kanser.

Ini sangat berkuasa meningkatkan proses penyingkiran sel-sel abnormal, rosak dan mati dari sistem tubuh dengan kaedah yang dipanggil ‘cellular autophagy’.

Kajian menunjukkan dengan berpuasa akan meningkatkan fleksibiliti atau kebolehubah sistem metabolisma tubuh . Ini menjadikan sel-sel dalam keadaan ketosis yang lebih cepat. Dengan keadaan ini maka ia akan memusnahkan sel-sel kanser dan menjadikan sel-sel normal terus kekal sihat.

Kaedah berpuasa tanpa makan tetapi mengambil minuman air kosong, air lemon. Teh seperti teh hijau atau teh herba sahaja selama 12 jam. (kaedah yang dicadangkan oleh saintis Barat) boleh juga diamalkan jika kita tidak mahu berpuasa sebagaimana dalam syariat Islam.

strategi mencegah kanser

5. Kaedah Super Hidrasi

Semasa mengamalkan kaedah berpuasa perubatan iaitu hanya tidak makan selama 12 jam dan minum air yang banyak. Ini memastikan hidrasi tubuh yang sempurna ia akan menggalakkan proses detoksifikasi tubuh secara natural dan lembut.

Pastikan anda minum air mineral beralkali tanpa klorin atau florida didalamnya. Proses superhidrasi dilakukan dengan minum air mineral beralkali ini sebanyak lebih kurang 1 liter dalam jam pertama selepas bangun dari tidur. Selepas itu minum lagi 1 liter hingga 1.5 liter air sehingga tengah hari.

Untuk sepanjang hari atau 12 jam berpuasa itu, jika boleh minum air dengan lebih banyak sehingga 3 ke 4 liter. Jika berat badan 70kg, maka boleh minum sehingga 4 liter air mineral, air teh O (tanpa gula), teh hijau.

Anda akan kerap ke tandas untuk buang air kecil dan itu lah proses detoksifikasi tubuh melalui perkumuhan buah pinggang. Walaupun jumlah air yang diminum agak berlebihan, tetapi jika buah pinggang anda berfungsi secara normal ia tidak mengundang masalah. Air yang diminum juga mengandungi mineral yang secukupnya ia tidak memudaratkan.

Anda boleh menambah secubit garam ke dalam botol 1 liter air untuk menambahkan garam mineral didalam air tersebut. Dengan mengekalkan hidrasi secukupnya ia akan mengurangkan rasa lapar dan keinginan melampau (craving) untuk makan manis atau karbohidrat.

6. Pengambilan Garam sihat

Kebanyakan daripada kita menyangka bahawa kita perlu mengurangkan pengambilan garam dalam makanan. Kita telah diajar selama ini garam berlebihan boleh menyebabkan masalah tekanan darah tinggi.

Kajian menunjukkan apabila seseorang memulakan pemakanan ketogenik akan mengalami perkumuhan garam berlebihan kerana berlakunya penurunan paras insulin.

Oleh kerana itu, seseorang yang mengamalkan pemakanan ketogenik akan mengalami kekurangan mineral dalam tubuh yang perlu di ganti semula. Jika tidak diganti semula mineral yang hilang maka seseorang itu akan mengalami simptom seperti selsema.

Amat penting untuk kita mengambil garam mineral yang berkualiti tinggi. Garam merah jambu dan garam kelabu atau minum sup tulang dalam pemakanan.

7. Bersenam secara kerap

Bersenam secara selangan berintensiti tinggi (HIIT) adalah satu bentuk senaman yang sangat baik di lakukan selalu. Kajian menunjukkan senaman jenis ini akan meningkatkan paras AMP-K dan meningkatkan fleksibiliti dan pengoksigenan tisu-tisu tubuh.strategi mencegah kanser

Bersenam secara sederhana iaitu 15 ke 20 minit sebanyak 2 ke 4 kali seminggu. Jangan bersenam keterlaluan dan terlalu keras akan menyebabkan peningkatan paras kortisol dan mengeluarkan kita daripada proses ketosis.

‘Berkaki ayam’ secara berkala, semasa bersenam juga adalah kaedah tambahan yang baik . Ianya dapat membantu kita mendapat ‘elektron percuma’ untuk menyahcas tubuh dengan bumi secara semualajadi dan menstabilkan frekuensi elektromagnetik tubuh kita.

Ini membantu menenangkan respon stres dan mempercepatkan proses pemulihan tubuh dan meningkatkan rasa sihat dan segar tubuh.

8. Lawas Buang Air besar

Ramai antara kita tidak menyedari bahawa masalah sembelit memang teruk. Tidak lawas buang air besar adalah satu faktor yang menyebabkan peningkatan hormon stres (kortisol). Ianya boleh mengeluarkan kita dari proses ketosis. Ramai akan mengahadapi masalah sembelit semasa mengamalkan pemakanan ketogenik.

Oleh itu amat penting untuk mengambil langkah-langkah mencegah sembelit . Wajib makan banyak sayur-sayuran berserat tinggi dan makanan yang diperam (budu,cencalok, belacan, kicap, tempe etc). Selain itu minum air secukupnya, mengambil garam secukupnya dan jangan makan semasa stres.

Ini adalah kerana semasa stres akan berlaku gangguan kepada pergerakan usus dan penghadaman. Berdoa dan baca bismillah sebelum makan boleh menurunkan stres sebelum makan.

Pengambilan probiotik amat penting untuk mengawal masalah pertumbuhan bakteria jahat berlebihan dalam usus. Mengambil suplemen magnesium juga amat penting membantu mengawal masalah sembelit dan membantu kesihatan yang lebih baik.strategi mencegah kanser

.9. Kawal jumlah pengambilan Protin

Mengambil terlalu banyak protin boleh meransangkan proses gluconeogenesis . Proses ini adalah penghasilan glukosa daripada protin yang akan menyebabkan kenaikan paras glukosa darah dan akan mengeluarkan dari proses ketosis.

Secara umumnya setiap seorang daripada kita perlu mengambil 20 ke 30 gram protin setiap kali makan. Dalam sehari keperluan umumnya adalah diantara 60 ke 75 gram sehari. Jika seseorang itu bersenam secara aktif dan melakukan senaman mengangkat beban makan keperluan protinnya akan meningkat.

10. Mengambil Lemak MCT

Untuk menghasilkan keadaan ketosis adalah sesuatu yang membebankan kepada tubuh terutamanya jika anda mempunyai masalah dysfungsi mitokondria. Oleh itu penggunaan minyak MCT (medium chain triglyceride) amat baik untuk ditukarkan menjadi ketone . Selepas itu meningkatkan kadar ketosis tubuh.strategi mencegah kanser

Untuk memudahkan kita boleh mengambil minyak kelapa dara yang tinggi asid lemak laurik iaitu sejenis MCT. Terdapat juga minyak MCT yang dijual secara komersil yang lain yang mengandungi asid kaprik (capric acid) . Asid kaprilik (caprilic acid) yang juga lebih mudah ditukarkan menjadi ketone.

11. Tidur secukupnya

Mengawal stres adalah kunci kepada mengekalkan tahap ketosis yang optimum. Mendapatkan tidur yang mencukupi adalah amat penting dari aspek ini. Tidur yang tidak mencukupi berkait rapat dengan paras glukosa darah dan risiko kanser yang lebih tinggi.

Tidur lah lebih awal dan pastikan bilik tidur benar-benar gelap untuk tidur yang sihat . Tambahan suhu bilik yang selesa untuk tidur yang nyenyak. Elakkan pendedahan kepada ‘cahaya biru’ (blue light) sekurang-kurangnya 4 jam sebelum tidur . Baiknya perlu menggunakan penapis cahaya biru atau memakai cermin mata dengan penapis cahaya biru.

Kita boleh amalkan rutin yang menenangkan diri sebelum masuk tidur seperti bersolat, berzikir atau bermeditasi . Ianya memberikan kita rasa tenang sebelum tidur.strategi mencegah kanser

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *