Sayur Ubah 500 Gene ?

Sayur Ubah 500 Gene ? Satu research kontroversi, dijalankan oleh dean ornish dan elizabeth blackburn tentang kesan pemakanan terhadap pesakit prostat kanser. Memang ada perubahan terhadap pesakit tersebut, walaupun ada yang pertikai tentang data.

Tapi analisis mereka berdua mendapati 500 gene boleh bertukar dalam masa 3 bulan bila kita amalkan vegan diet. Hahaha dasyat bebenor tuh. Siapa mereka berdua nih ?

sayur ubah 500 gene

Dean Ornish nih seorang MD , yang popular dengan Ornish Diet.

Beliau pernah menyarankan supaya makan banyak sayur buah untuk reverse sakit kronik. Kejayaan besar bila beliau berjaya approach mantan presiden amerika Bill Clinton. Bill clinton dah buat bypass, buat pembedahan, tapi masih struggle . Jadi Dean Ornish minta Bill Clinton tukar diet beliau. Kesannya Bill Clintom makin sihat, dan makin kurus berbanding era beliau menjadi presiden amerika yang mengebom iraq. sayur ubah 500 gene.

Elizabeth Blackburn pula ialah pemenang nobel kategori perubatan,

berjaya menemukan telomere yang menentukan jangka hayat manusia. Nak lagi best, sejak 2009, elizabeth blackburn menjadi penasihat saintifik untuk SHAKLEE. Banyak kajian beliau bermanfaat untuk penghasilan produk shaklee.

Pengalaman abam ? bila makan sayur nih, abam berjaya memecah kebuntuan BMI yang tersekat dekat lebih 24. Bila makan sayur banyak, buat IF, baru berjaya capai BMI, bawah 24. Sekarang pun progress untuk capai BMI bawah 23 dengan bantuan produk Shaklee.

Shaklee tengah promo nih. Sahur dengN protein shake Shaklee boleh membantu kuruskan badan. Journer kurus abam pun bermula masa bulan ramadan. Jom sapa nak follow, pm tepi !!! sayur ubah 500 gene.

PROTEIN TERLEBIH MAKAN JADI KANSER ?

” Uncle, boleh ambil gambar tak ? ” uncle tuh membalas ” Hoo you mau kelentong orang ka ? “

Terbaik sungguh lawak uncle nih. Alhamdulillah, sebenarnya pagi ni rezeki hantar anak dr Ainal Faezah pergi training bola, dapat nasihat paling power dari uncle 75 tahun nih.

Pagi 7:40 nak cari sarapan untuk adam, biasanya nak pergi mamak yang biasa pergi. Tapi kali nih nak try mamu penang sini. Ramai pulak orang. Sampai order sarapan pun lambat.

Tunggu punya tunggu, uncle nih duduk sebelah, tanpa hanphone goyang tangan, dia pun rilek je menunggu. Sampai aku simpan handphone , dengar dia tegur selamat pagi. Tapi dalam hati dah perasan, uncle nih muka menten bersih, badan tak gemuk, smart takde uban.

Saya cuba main teka umur, saya jawab 65, tapu saya salah. Uncle tuh jawab umur

” 75 tahun , 1948″

Fuh memang dasyat, terus saya tanya, uncle makan apa hari hari ? Dari dapatan kami sembang, ada beberapa point penting.

Makan banyak sayur

Dia kata dah 4 tahun tak makan ayam, daging ,ikan telur. Cuma fokus makan sayur. Dia kata dulu susah, nak makan daging pun setahun sekali, itupun sharw sorang sikit.

Makan Sikit

Dia kata makan ni macam simpan duit dal poket. Kalau simpan duit dalam poket , tak boleh banyak, nanti duit jatuh. Macam tulah bab makan.

Jangan over protein

Dia kata kalau terlebih protein, nanti dia jadi asid, dan dari asid dia jadi kanser. Rasanya kata kalau jadi gemuk takpa lagi, tapi bahaya protein terlebih nih boleh tukar jadi kanser.

Binatang kuat makan rumput.

Dia kata manusia tak pandai melihat. Ada lagi kata binatang yang kuat kuat, macam kuda lari laju pun makan rumput/tumbuhan.

Ambil rumput rawat luka

Dia kata binatang macam kucing/anjing akan makan rumput bila sakit. Dia pernah gigit rumput lepas tuh ambil rumput tuh letak dekat luka dia.

6.Ubat doktor tak merawat.

Dia kata badan manusia yang healing sendiri. Ubat panadol ni tutup signal sakit je.

Melayu ramai kena strok

Sebab melayu ni jenis suka makan daginng banyak, lepas tuh kena strok.

Makanan kalau sedap kena berhenti

Dia kata mahathir boleh hidup lama sebab kalau makanan tuh sedap, dia akan berhenti. Sebab tuh dia tak gemuk.

Budak sekarang ramai gemuk

Dia cakap makanan sekarang senang betul dapat. Dulu kfc pun setahun sekali. Sekarang senang dapat.

Hahaha. best betul sembang. selalu jugak baca pasal plant based diet nih.

Aku tahu yang ni betul betul PETUA, sebab yang bagi nasihat ni orang TUA. kalau orang tuh masih muda, kita panggil tips.

Aku memang confident nasihat uncle nih, sebab tengok muka dia bersih je. Ramai kat luar bagi nasihat kesihatan. Tapi aku akan fikir banyak kali.

Aku tengok muka , kalau nasihat kesihatan tuh bagus, muka dia akan makin muda, tapi aku tgk dia kurus, tapi nampak tua.

Lepas tuh jenis yang suka cakap tanpa backup dengan kajian. Atleast aku ni jenis membaca. Bila kita minta kajian, kena berani bagi. Dalam Islam pun nak beramal bersandarkan dalil, begitulah kehidupan kita.

Aku perasan sekarang ramai tak membaca. hahaha, sikap malas membaca dan berfikir nih buat ramai kena tipu.

Tq uncle untuk pendapat dan nasihat. Cuma aku nak bagitahu. Point kat atas tuh cuma pendapat beliau je. hehehe.

RICE DIET

Biasa kita dengar kalau nak kurus kena buang nasi. Nak diet kena rendah karbo, high fat. Oh macam macam lagi. Ada macam keto , IF, dan macam macam diet. makan sayur, makan daging , eh macam macam lah.

Ada satu terbaca nih, rupanya ada RICE DIET. Walter Kempner dah buat sejak lama. Pesakit beliau dia suruh makan nasi putih, gula, dan buah. Hahhaa lain macam result dia, boleh cure darah tinggi, kencing manis, dan lain lain. Pesakit makin kurus pulak tuh.

Bunyi macam pelik, tapi hakikat orang Asia dah lama makan nasi, berkurun lama. Macam orang chinese menten lean , tak berapa gemuk. Cuma sekarang ni je rakyat China dah makin gemuk. Sebab ? mudah je, depa dah dirasuk oleh Western Diet.

Artikel terbaru ni lagi panas. Hadoi, macam macam. Tapi pengalaman kami ? kami suka nasi, sebab dia memang bentuk dia camtuh. Mee , roti, beehun, semuanya kena proses dulu, dah berubah bentuk dari yang asal. Makan nasi perut sedap. Bila makan mee, beehun, berat susah nak turun, berak pun susah.

Bila kami jumpa orang, kami cakap je kalau nak kurus mesti makan HALALAN THOYIBAN. Bab thoyiban tuh perlukan penerangan lebih. Alhamdulillah, kalimat quran tuh yang kami sentiasa sebut, sebagai usaha dakwah kami .

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *