PRODUK SHAKLEE SELAMAT ATAU TIDAK?
Apabila kita nak amalkan sesuatu makanan tambahan atau supplement, sudah tentu kita selidiki terlebih dahulu adakah ianya selamat atau tidak.
Produk makanan tambahan yang tidak selamat sudah tentu mengundang bahaya, bukannya menambahbaik kesihatan kita!
Benar, tidak semua makanan tambahan selamat!
Jadi, kembali kepada persoalan kita,
Produk Shaklee Selamat Atau Tidak?
Baiklah, untuk menjawab soalan ini, marilah kita kaji terlebih dahulu apa itu Shaklee.
Shaklee percaya bahawa alam semula jadi mengandungi 1001 rahsia untuk kehidupan yang lebih lama, sihat dan produktif.
Kisah Shaklee bermula sekitar 60 tahun yang lalu apabila Dr. Forrest C. Shaklee, dengan falsafah kehidupannya Living in Harmony with NatureĀ® telah mencetuskan gerakan yang berterusan untuk membantu ke arah kehidupan yang lebih bahagia dan lebih sihat.
Hari ini, Shaklee merupakan syarikat pemakanan semulajadi #1 di Amerika Syarikat, dengan pejabat di seluruh dunia dan tenaga pakar terkemuka dalam bidang penyelidikan pemakanan. Kami melepasi dan melangkaui piawaian industri setiap masa bagi memastikan produk kami Sentiasa Selamat, Sentiasa Berkesan dan Sentiasa Mesra Alam.
Keselamatan dan Standard Shaklee Tiada Tandingan!
Keselamatan dan standard Shaklee tiada tandingannya bagi memastikan produk Shaklee Sentiasa Selamat.
Shaklee telah melaburkan lebih USD 250 juta untuk ujian klinikal, penyelidikan dan pembangunan produk.
Setiap tahun, Shaklee menjalankan 350 ujian bagi setiap kandungan dan 100,000 ujian kualiti produk, serta 23,000 ujian keaslian dan keselamatan.
Shaklee hanya memilih bahan semula jadi paling asli dan paling tulen dalam ramuan produk kami.
Produk Shaklee tidak mengandungi sebarang bahan tiruan dan bahan kimia berbahaya yang terdapat di dalam produk pesaing.
Shaklee bekerjasama dengan Ahli Toksikologi untuk mengembangkan senarai bahan kimia yang berpotensi berbahaya kepada manusia dan Shaklee sentiasa mengemaskini senarai ini untuk memastikan bahan-bahan kimia ini tidak mencemari sebarang produk Shaklee.
TIADA Bahan Tiruan:
TIADA Perisa Tiruan
TIADA Pemanis Tiruan
TIADA Pengawet Tiruan
TIADA Pewarna
TIADA MSG
TIADA Lemak Trans
TIADA Bahan Kimia:
TIADA Paraben
TIADA Bisfenol-A
TIADA Dakwat Toksik
TIADA Peluntur Klorin
TIADA Formaldehid
TIADA Natrium Hidroksida
PRODUK SHAKLEE ADA KAJIAN?
Para saintis Shaklee sentiasa mencari bahan dan ramuan yang tulen dan mujarab dari alam semula jadi, semakan terbitan saintifik dan melakukan kajian mereka sendiri untuk mengesahkan keberkesanan dan kemujarabannya.
PERTAMA: LEBIH 100 PEMBENTANGAN DAN KAJIAN SAINTIFIK DITERBITKAN
Produk kami disokong oleh lebih daripada 100 pembentangan dan kertas saintifik yang diterbitkan, yang membuktikan bahawa ia membawa perubahan kepada kesihatan anda. Salah satu ujian ini ialah Kajian Penanda Aras, yang menunjukkan bahawa orang yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tiada suplemen sama sekali.
KEDUA: KAJIAN TELOMERE
Kajian Telomere menunjukkan bahawa pengguna Shaklee yang mengambil suplemen selama 5 tahun mempunyai telomere lebih lama berbanding pengguna sihat tanpa suplemen.
KETIGA: PATEN SHAKLEE
Produk Shaklee mempunyai lebih daripada 70 paten dan sedang-dipaten..
KEEMPAT: SISTEM PELEPASAN BERPATEN
Sistem pelepasan berpaten Shaklee dicipta untuk memperbaiki dengan ketara kadar penyerapan nutrien utama dalam tubuh, menyediakan nutrien yang betul, di lokasi yang betul dan pada masa yang tepat.
Layari healthresource.shaklee.com untuk lampiran lengkap penyelidikan yang ditaja oleh Shaklee.
Shaklee terus menerajui dengan Inovasi Produk Hebat
Di Shaklee, inovasi tidak pernah terhenti. Sejak kami memikul tanggungjawab dan dedikasi untuk melaksanakan legasi dan warisan inovasi Dr. Shaklee untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih baik, kami sentiasa mencari peluang dari sains dan alam semula jadi untuk mendapatkan penyelesaian baharu demi kehidupan yang lebih baik.
Dr. Forrest C. Shaklee Global Innovation Center memiliki peralatan saintifik yang moden dan termaju untuk memastikan produk Shaklee memenuhi dan melangkaui standard tertinggi industri untuk ketulenan dan keselamatan produk. Semua produk dalam portfolio Shaklee akan dibangunkan dan diuji di dalam kemudahan ini menggunakan fungsi R&D, termasuk penyelidikan pemakanan dan nutrisi, pembangunan bahan dan ramuan, pembangunan produk/proses, jaminan kualiti, dan kawalan kualiti. Dengan adanya kemudahan ini, Shaklee kini mempunyai lebih daripada 60 Saintis yang berpusat di perbandaran Pleasanton.
“Inovasi dan sains adalah nadi dan teras untuk segala yang kami lakukan di Shaklee. Pusat inovasi ini adalah satu langkah lagi sebagai pelaburan berterusan kami di masa hadapan, dengan matlamat terunggul untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang lebih lama, lebih sihat.” – ROGER BARNETT, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation.
PRODUK SHAKLEE BERKESAN?
Landmark Study: Kajian Diet Pemakanan Tambahan Shakle
Satu Kajian Penanda Aras
Kajian Diet Pemakanan Tambahan Shaklee adalah kajian perintis tentang penggunaan suplemen pemakanan jangka panjang yang menunjukkan bahawa: mereka yang mengambil suplemen Shaklee memiliki kesihatan yang jauh lebih baik berbanding mereka yang mengambil multivitamin jenama lain atau tidak mengambil makanan tambahan samai9 sekali.
Kajian Diet Pemakanan Tambahan
Shaklee (Shaklee Dietary Supplement Study) adalah kajian bebas oleh University of California, Berkeley, ke atas corak penggunaan, status kesihatan dan nutrisi pengguna jangka panjang pelbagai suplemen pemakanan. Kajian rentas-silang ini telah diterbitkan dalam Nutritional Journal, jurnal saintifik ulasan-sejawat atas talian pada Oktober 24, 2007. Sila klik
http://www.nutritionj.com/content/6/1/30 untuk maklumat lanjut.
Hasil kajian ini membantu mengesahkan apa yang telah kami di Shaklee tegaskan selama ini.
Pendekatan gaya hidup sihat jangka panjang Shaklee merangkumi pilihan pemakanan bijak dari segi pemakanan seharian dan suplemen, serta bersenam untuk mencapai dan mengekalkan berat yang sihat ternyata akan menyokong kesihatan dan kesejahteraan yang optimum.
Dan kami mahu anda memastikan bahawa gaya hidup sihat anda turut merangkumi diet yang bijak, pengambilan suplemen, dan strategi senaman semasa anda berusaha untuk mencapai kesihatan yang optimum.
… dan keputusannya amat Mengagumkan!
Tahap Nutrien Darah yang Baik
Penanda Bio Utama Kesihatan Jantung yang Baik
Kekerapan Penyakit Lebih Rendah
Tahap Selamat Vitamin D dan Zat Besi
PENGGUNA SUPPLEMENT SHAKLEE MEMPUNYAI:
Risiko Penyakit Jantung Lebih Rendah
11% Nisbah Kolesterol Lebih Rendah
33% Tahap Trigliserida Lebih Rendah
Penyakit Berkaitan Otak dan Jantung Lebih Rendah
36% Tahap Homosisteina Lebih Rendah
Risiko Penyakit Jantung, Kanser, Kencing Manis Lebih Rendah
59% Tahap Protein Reaktif-C Lebih Rendah
39% Risiko Peningkatan Tekanan Darah Lebih Rendah
73% Risiko Kencing Manis Lebih Rendah