Kolera Boleh Membawa Maut ? Jangan main main sekarang, dahla musim covid, lepas tuh pulak menteri kesihatan kata dah mula balik wabat taun kolera. Jaga jaga semua.
Kes kolera dikesan di Selangor
Kes kolera dikesan di Selangor – Khairy. Khairy menasihatkan orang awam supaya hanya minum air yang telah dirawat atau dididihkan dan mengelakkan makanan mentah serta menjaga kebersihan diri. KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengesahkan kes taun atau kolera dikesan di daerah Petaling, Selangor. “Jabatan Kesihatan Selangor telah mengesan satu kes kolera di daerah Petaling, Selangor,” kata Ahli Parlimen Rembau itu dalam satu ciapan di Twitter pada Ahad.
Tambah beliau, orang ramai dinasihatkan supaya hanya minum air yang telah dirawat atau dididihkan dan mengelakkan makanan mentah serta menjaga kebersihan diri. Jelasnya, maklumat lanjut berhubung kes kolera tersebut akan diperincikan kelak. Penyakit kolera atau taun merupakan penyakit bawaan air dan makanan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit manakala gejala serius boleh membawa maut akibat dehidrasi yang teruk.
Penyakit Taun
Penyakit kolera (cholera) adalah penyakit berjangkit yang menyebabkan gejala seperti cirit-birit, dehidrasi yang teruk. Ia menyebabkan kematian jika tidak dirawat dengan sempurna terutama pada bayi, kanak-kanak dan warga emas. Penyakit taun lebih mudah merebak di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air bersih dan kemudahan tandas yang sempurna. Mereka yang pulih biasanya mempunyai imuniti jangka masa panjang.
Ia berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria Vibrio cholera (V. cholera). Vibrio cholerae adalah bakteria yang ditemui dalam makanan atau air yang tercemar oleh najis daripada orang yang dijangkiti. Sumber-sumber bakteria ini termasuklah:
- Bekalan air yang tercemar
- Ais diperbuat daripada air yang tercemar
- Makanan dan minuman yang dijual oleh penyedia makanan yang dijangkiti
- Sayur-sayuran yang disiram dengan air yang mengandungi air kencing atau najis manusia
Tempoh pengeraman: Beberapa jam hingga 5 hari. Biasanya 2 hingga 3 hari. Simptom,Bakteria akan membebaskan toksin di dalam usus yang akan menyebabkan cirit-birit yang teruk. Hanya sekitar 1 daripada 20 jangkitan kolera adalah teruk, dan kebanyakan tidak menunjukkan sebarang gejala. Antara gejala yang mungkin dihadapi adalah:
- Cirit-birit yang teruk
- Muntah
- Kaki kejang
- Demam
Kebanyakan jangkitan adalah asimptomatik. Kes ringan hanya mengalami cirit-birit tanpa gejala lain. Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit. Gejala yang teruk boleh membawa maut kerana dehidrasi yang teruk. Komplikasi Penyakit Taun / Kolera. Bagi kes yang tidak dirawat, dehidrasi teruk boleh menyebabkan asidosis, gangguan peredaran darah dan kegagalan buah pinggang. Kematian boleh berlaku kerana komplikasi ini.
Cara Pencegahan
Nasihat umum pencegahan jangkitan melalui laluan najis ke mulut (faeco-oral):
- Basuh tangan dengan sabun sebelum makan, mengendali makanan dan selepas menggunakan tandas.
- Hanya minum minuman yang dimasak sahaja
- Makanan yang kurang memerlukan pengendalian adalah lebih selamat.
- Kupas semua buah.
- Pastikan salad atau ulam-ulaman dibasuh bersih sebelum dimakan.
- Pastikan bahawa makanan laut, ikan dan daging dimasak dengan sempurna pada suhu yang betul dan seboleh-bolehnya makan semasa makanan masih panas.
- Makan awal jika memakan hidangan buffet, sebaik-baiknya dalam tempoh 4 jam dari masa makanan siap dimasak.
- Jika mengalami cirit-birit, minum banyak air bersih dan larutan rehidrasi oral (ORS).
- Jika cirit-birit berterusan selama lebih daripada 48 jam dan individu tidak mampu minum, segera dapatkan rawatan.
Kita boleh melindungi diri dan keluarga dengan menggunakan hanya air yang telah dimasak. Semoga bermanfaat.
Rawatan Zink
Apabila tersedia, suplemen (20 mg zink setiap hari pada kanak-kanak berumur 6 bulan atau lebih) harus dimulakan dengan segera. Satu kajian di Bangladesh menunjukkan bahawa suplemen zink secara signifikan mengurangkan tempoh dan keterukan cirit-birit pada kanak-kanak yang menghidap taun. Kajian itu dijalankan dengan 179 kanak-kanak, berumur 3-14 tahun, yang dimasukkan ke hospital dalam tempoh 24 jam dari permulaan simptom kolera.
Dalam kajian itu, semua kanak-kanak menerima antibiotik dan terapi rehidrasi seperti yang diperlukan, tetapi mereka dalam kumpulan intervensi juga menerima suplemen zink. Kanak-kanak yang menerima suplemen zink mempunyai 8 jam lebih sedikit penyakit cirit-birit dan 10% kurang jumlah najis cirit-birit, secara purata. Zink juga telah ditunjukkan mempunyai kesan yang sama pada kanak-kanak dengan cirit-birit yang disebabkan oleh jangkitan selain kolera, dan disyorkan untuk rawatan cirit-birit kanak-kanak secara umum.
Cirit Birit dan Kolera
Musim banjir sekarang amat mudah terkena masalah cirit birit. Ini kerana air merupakan medium penyebar wabak penyakit yang paling cepat. Tak hairanlah ramai yang akan terdedah dengan masalah cirit birit ini jika kebersihan tempat tinggal, makanan dan minuman tidak dipentingkan.
Menurut statistik Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), cirit birit adalah penyebab kematian kedua tertinggi dikalangan kanak-kanak terutama yang berumur lima tahun kebawah. Kebanyakkan kes disebabkan dehidrasi badan yang sangat teruk berpunca dari cirit birit yang berpanjangan.
Menurut WHO, seseorang dikatakan mengalami cirit-birit apabila pembuangan najis lembut dan berair tiga kali atau lebih dalam sehari. Jika pembuangan najis melebihi tiga kali sehari tetapi najis berbentuk keras/normal bukan dikategorikan cirit birit. Cirit birit biasanya dikaitkan dengan gejala jangkitan salur pencernaan yang disebabkan oleh bakteria atau parasit.
Pesakit yang mengalami cirit birit turut mengalami rasa loya, muntah-muntah serta kekejangan perut. Punca-Punca Berlakunya Cirit Birit
1. Amalan minum air yang tidak bersih merupakan faktor utama cirit birit.
2. Sistem penghadaman yang kurang berkesan terutama sekali kanak-kanak.
3. Bekalan air domestik yang mungkin telah dicemari dengan mikroorganisme penyebab cirit birit seperti Bakteria Escherichia Coli, Vibrio Cholera, Shigella Spp, Salmonella Spp dan Campylobacter adalah di antara bakteria yang boleh menyebabkan jangkitan salur pencernaan.
4. Bencana alam seperti banjir meningkatkan potensi penyebaran bakteria penyebab cirit birit.
Cirit birit yang berpanjangan akan menyebabkan badan mengalami dehidrasi akibat kehilangan cecair dalam badan dan elektrolit utama (natrium, klorida, kalium dan karbonat) melalui najis, muntah, peluh, air kencing dan pernafasan.
Rawatan utama bagi mangsa yang mengalami dehidrasi adalah melalui pengambilan Garam Hidrasi (Oral Rehydrasi Salt) atau dikenali sebagai ORS. Ia mengandungi elektrolit utama dan sukros pada kepekatan yang rendah. Elektrolit dalam ORS berfungsi mengekalkan cecair dalam badan, manakala garam berkepekatan rendah membantu menambah tenaga. ORS seharusnya diberikan seawal mungkin apabila pesakit mula menunjukkan gejala cirit birit.
Akan tetapi untuk kes yang lebih kronik, pesakit perlu mendapatkan rawatan. Bagaimana Vitamin Shaklee Membantu Masalah Cirit-Birit?
Performace Drink – Menggantikan cecair serta elektrolit yang hilang akibat cirit birit. Kelebihan PD berbanding sumber isotonik yang lain adalah tidak mengandungi perisa, pewarna serta gula tiruan.
ESP Soy Protein Isolate Powder – Memberi tenaga segera kepada pengidap cirit birit
Nutriferon – Meningkatkan imun tubuh dari serangan bakteria penyebab masalah cirit birit
Sustained Vita C Plus – Meningkatkan imun tubuh dari serangan bakteria penyebab masalah cirit birit
Peppermint Ginger Plus – Memberi kesan lega kepada perut serta membantu membuang angin