Roger Barnett dari Shaklee Berkongsi Rahsia Kehidupan Sihat, Satu Shake Pada Satu Masa
Daripada tidur ke pemakanan dan shake serba boleh yang sempurna, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee ini berkongsi tip gaya hidup serta nasihat untuk hidup sihat.
Roger Barnett telah menjadikan kesihatan dan kesejahteraan sebagai teras hidup peribadi dan profesionalnya. Sebagai Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Shaklee Corporation, sebuah syarikat pemakanan yang terulung, beliau menerajui jenama yang sejak tahun 1956 telah membantu orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lestari.
Dengan rangkaian produk dari suplemen pemakanan hingga penjagaan diri mesra alam, komitmen Shaklee terhadap kesihatan dan alam sekitar telah direalisasikan sepenuhnya pada tahun 2000 apabila ia menjadi syarikat pertama di dunia yang memperoleh pensijilan Neutral Iklim, memastikan jejak karbonnya diimbangi sepenuhnya.
Roger Barnett berkongsi tip gaya hidup pilihannya untuk kekal sihat dan bertenaga dengan penuh tujuan. Dari rutin yang penuh kesedaran hingga pilihan harian kecil yang memberi impak besar, beliau memberi panduan untuk gaya hidup seimbang antara kesihatan dan kelestarian.
Apakah yang mencetuskan minat anda terhadap umur panjang? Adakah ada detik tertentu yang membawa kepada gaya hidup ini?
Saya memang meminati sains dan penyelidikan. Apabila saya mencecah umur 40 tahun, dua perkara berlaku: saya mula lebih mengambil berat tentang kesihatan diri agar saya boleh hidup muda lebih lama, dan saya membeli Shaklee – syarikat yang menerajui gerakan kesejahteraan. Saya belajar daripada para saintis bahawa sebahagian besar kesihatan kita tidak ditentukan oleh genetik, tetapi oleh pemakanan dan gaya hidup. Saya menjadi bersemangat untuk berkongsi maklumat serta produk yang terbukti secara klinikal mampu membantu orang ramai kelihatan, berasa dan hidup lebih muda lebih lama.
Bagaimana rutin harian anda berubah setelah lebih memahami kesihatan dan penuaan?
Saya tumpukan pada tiga tonggak kesihatan: tidur, senaman harian dan pemakanan optimum. Saya bersenam sekurang-kurangnya lima hari seminggu, dan pastikan badan saya mendapat nutrien mikro dan makro yang mencukupi — bukan sekadar untuk bertahan, tetapi untuk berkembang.
Apakah prinsip utama yang membimbing pendekatan anda terhadap umur panjang?
Setiap orang patut melakukan yang terbaik sambil tetap mengekalkan kehidupan yang seimbang dan menyeronokkan. Kesihatan adalah usaha berkumpulan. Dikelilingi oleh rakan, komuniti dan sokongan adalah sebahagian besar daripada hidup yang sihat dan panjang.
Apa kesilapan biasa orang buat tentang umur panjang?
Ramai fokus kepada jangka hayat — berapa lama mereka boleh hidup. Itu salah. Kita patut fokus pada berapa lama kita boleh hidup dengan sihat. Peralihan fokus ini membantu orang menambah bilangan tahun hidup yang aktif dan sihat.
Bagaimana rutin pemakanan harian anda? Apakah makanan yang wajib ada?
Setiap pagi saya mulakan dengan Shaklee Life Shake — 20g protein, serat dan 24 vitamin serta mineral penting. Itu wajib. Makan tengah hari saya terdiri daripada sup vegan dan salad dengan ayam atau ikan. Tengah hari, saya ambil tambahan protein Shaklee. Makan malam pula salad dengan sayur dan protein tanpa lemak.
Saya bukan vegan atau vegetarian — lebih kepada pescatarian dan juga makan ayam. Keseimbangan adalah kunci.
Apakah suplemen harian yang paling penting bagi anda, dan kenapa?
Protein penting bagi mengekalkan jisim otot tanpa lemak, terutamanya bila usia meningkat. Selain Life Shake, saya ambil multivitamin, omega-3, probiotik, Vivix (dengan 27 paten global, terbukti melambatkan penuaan selular), dan MindWorks untuk fokus dan daya ingatan.
Apa pandangan anda tentang kopi, alkohol dan ‘indulgence’ gaya hidup lain?
Kopi dan teh hijau mempunyai manfaat berdasarkan data saintifik. Alkohol pula semakin terbukti tidak baik — minum kurang adalah lebih baik. Tapi, jika ia sebahagian daripada kehidupan sosial yang sihat dan membina komuniti, itu juga ada nilai tersendiri.
Apa rutin kecergasan anda? Bagaimana anda seimbangkan kekuatan, kardio dan pemulihan?
Saya bersenam lima hari seminggu — gabungan latihan berat dan kardio. Hujung minggu saya berlari, main tenis dan padel. Ahad saya berehat. Saya juga buat cold plunge setiap hari.
Senaman bantu saya urus tekanan. Kadang saya tak suka semasa buat, tapi saya tahu saya akan rasa hebat selepas itu — itu motivasi saya.
Bagaimana anda optimumkan kesihatan otot seiring usia?
Protein dan leucine. Leucine adalah asid amino penting yang mencetuskan sintesis protein otot — membantu pembentukan dan pemulihan tisu otot. Ia penting untuk kekuatan dan mobiliti. Shaklee sudah guna leucine dalam produk kami sejak 20 tahun lalu. Kini, dengan peningkatan penggunaan ubat GLP-1, risiko kehilangan otot meningkat. Solusinya: protein berkualiti tinggi dengan leucine dan senaman kekuatan.
Apakah perkara wajib untuk tidur yang berkualiti?
Saya pastikan bilik tidur bebas gajet. Telefon dan iPad dicas jauh dari katil. Saya guna Kindle dalam mod gelap untuk membaca sebelum tidur atau jika terjaga tengah malam.
Bagaimana anda urus tekanan dan kekalkan ketahanan mental?
Senaman nombor satu. Ia benar-benar membantu. Selain itu, cari makna dalam kerja anda — jika anda rasa kerja anda beri impak positif kepada orang lain, anda akan lebih tabah hadapi cabaran hidup.
Apakah peranan komuniti dan hubungan sosial dalam pendekatan umur panjang anda?
Sangat penting. Genetik cuma beri kesan kecil. Gaya hidup dan komuniti sekeliling memainkan peranan besar. Kesunyian terbukti memberi kesan buruk kepada kesihatan. Jadi, bangunkan dan sertailah komuniti yang menyokong anda.
Jika anda hanya boleh cadangkan satu tabiat untuk panjangkan jangka hayat sihat, apakah ia?
Sukar untuk pilih satu, tapi mungkin — keseimbangan. Tiga perkara utama: senaman, pemakanan dan komuniti. Itulah kunci untuk tambah jangka hayat sihat, bukan sekadar jangka hayat.