DERMOID CYST ? Pada setiap bulan, ovari akan mengeluarkan ovum, iaitu telur wanita, pada hari subur. Pengeluaran ovum ini dinamakan ovulasi.
Sebelum ovum dikeluarkan, ovari akan membentuk kelompong (folikel) yang berisi cecair. Dalam kelompong ini ovum akan menjadi matang. apabila kelompong ini membesar sehingga 20mm, ia akan pecah dan mengelaurkan ovum.
Apabila telur dilepaskan dari folikel semasa ovulasi, saiz folikel biasanya mengempiskan. Kadang-kadang terdapat sedikit cecair terkumpul di dalam folikel, dan membentuk cyst yang mengandungi cecair. Kebanyakan cyst ini akan hilang dengan sendirinya.
Walaupun jika cyst itu berasal dari sel-sel yang disebut totipotential germ cells, (yang hadir semasa kita masih bayi ketika dilahirkan), ia akan membesar dan membentuk sel yang matang seperti rambut, gigi, lemak (wax) dan kuku.
Dermoid cyst ini sangat bahaya kerana strukturnya tidak stabil, ia boleh berpuntal (twisted), pecah, dan mengalami jangkitan kuman.
Ianya tanda kebesaran ALLAH yang mencipta kita, bagaimana ALLAH boleh menumbuhkan rambut dan gigi dalam abdomen wanita.
sumber : dr zubaidi
WANITA PERUT BUNCIT TAPI KERAS, DATANG BULAN X TERATUR ADALAH TANDA-TANDA ADA “CYST” DALAM PERANAKAN TANPA DISEDARI???
Ovarian Cysts adalah nama yang diberikan kepada cyst atau kantung yang berisi lendir/air yang berada di dalam kilang telur ovari. Lendir atau cecair ini boleh jadi seperti air, pekat likat dan ada di antaranya yang mengandungi tisu-tisu seperti rambut dan gigi.
Ovarian Cyst adalah kejadian yang kerap berlaku di kalangan wanita muda dan kebanyakannya wanita tidak menyedari yang mereka mengalaminya kerana ia jarang memberikan simtom atau gejala. Jika ada simpton pun jarang mereka akan prihatin terhadap diri sendiri.
Ia hanya akan disedari apabila sesorang wanita itu membuat ultrasound ketika menghadapi masaalah kesuburan. Kehadiran ovarian cyst mungkin menunjukkan sistem peranakan yang bermasalah dan berkaitan dengan masalah ketidak-suburan anda.
Cyst sebenarnya berkait-rapat dengan sistem reproduksi wanita. Ovarian Cyst yang normal adalah cyst-cyst yang mengandungi telur dan apabila ia matang, ia akan pecah untuk melepaskan telur untuk persenyawaan. Cyst jenis ini dinamakan sebagai Follicular Cyst.
Kadang-kadang, cyst-cyst lain juga boleh tumbuh di dalam ovari dan cyst inilah yang selalu memberi masalah kerana jika ia tidak pecah, saiznya akan bertambah besar serta membahayakan.
Siapakah yang Berisiko Untuk Mendapat Cyst ?
Ovarian cysts sebenarnya agak kerap terjadi . kebanyakkan wanita mungkin sekurang-kurangnya akan mendapat satu cyst sepanjang hidupnya. Kebanyakkanya adalah cyst biasa dan tidak complicated.
Walaubagaimanapun, sekiranya cyst ini terjadi pada wanita berusia 50-70 tahun, ia lebih cenderung kepada kanser dan lebih merbahaya.
Apakah Simptom atau Gejala Ovarian Cysts ?
Ia pada umumnya tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya ia terlalu besar anda mungkin perasan perut sedikit buncit dan terdapat ketul pada bahagian bawah perut. Lain-lain gejala yang jarang-jarang ialah:
> Muntah dan Loya
> Sakit Perut (Senggugut)
> Sakit semasa hubungan seks
> Sukar atau kerap kencing
> Rasa perut penuh dan tidak selesa
> Rasa berat pada ari-ari
> Haid yang banyak/ sikit serta berpanjangan.
Adakah Cyst Penyebab Masaalah Ketidak-Suburan ?
Cyst mempunyai pelbagai jenis dan kebanyakanya tidak menjadi penyebab dan tidak memberi kesan kepada keupayaan untuk hamil. Kebanyakan cyst tidak menganggu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda mengalami Endometriosis atau Polycystic Ovaries (PCOS), ia mungkin berkait rapat dengan masalah kesuburan.
Bagaimana untuk Merawat Cyst ?
Rawatan masalah cyst bergantung kepada jenis cyst yang dialami oleh pesakit. Bagi folikular cyst atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Selalunya doktor akan memantau samada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk/ saiz.
Bagi mereka yang mengalami masalah yang serius, pembedahan adalah sesuatu yang terbaik. Rawatan hormon juga boleh menolong untuk mengawal cyst ini pada sesetengah wanita melalui kaedah moden.
7 Makanan Perlu Dielakkan Penghidap Dermoid Cyst Fibroid
1. Gula Ringkas (Refined Sugar)
Pantang utama cyst, fibroid dan sebarang ketumbuhan abnormal ialah gula ringkas. Pengambilan gula ringkas yang tidak dikawal akan mengaktifkan sel sel ketumbuhan dan menyebabkan ia semakin membesar. Elakkan makanan manis dan bergula yang semakin menjadi trend dizaman ini. Gula adalah punca sistem tubuh cepat mengalami kerosakan.
2. Jeruk
Jeruk mengandungi bahan pengawet makanan untuk proses penapaian dan menggunakan kadar gula yang sangat tinggi semasa pembuatannya. Elakkan dari makan jeruk dan manisan yang tinggi gula ini kerana ia membantu mempengaruhi pertumbuhan cyst dan fibroid.
3. Daging merah
Daging merah antara makanan yang berkhasiat. Seperti daging lembu dan kambing ia merupakan sumber protien yang tinggi. Walau bagaimanapun bagi meraka yang sihat sekali pun, ia tidak boleh diambil secara kerap dan berterusan kerana ia mengandungi kolesterol. Protien dari daging merah juga berupaya untuk mengaktifkan sel sel abnormal seperti cyst dan kanser. Jadi, penghidap cyst adalah sgt tidak digalakkan mengambil menu daging dalam makanan harian mereka.
4. Daging proses
Processes food adalah makanan yang harus dielakkan oleh penghidap cyst dan juga bagi mereka yang menjaga kesihatan. Daging proses adalah seperti sosej, nugget, dan daging burger sangat tinggi bahan pengawet dan tidak seharusnya diamalkan.
5. Kentang goreng atau chips
Satu lagi makanan perlu dielakkan penghidap cyst atau fibroid ialah kentang gorang dan chips kentang. Makanan ini sangat tinggi kandungan garam dan minyak. Walaupun ia sedap dimakan, tetapi ia juga mampu meningkatksn saiz cyst anda!.
6. Makanan dalam tin
Ok, yang ini terang terang sudah tidak berkhasiat. Makanan dalam tin juga telah dicampur dengan bahan pengawet agar ia mempunyai jangkahayat yang lama.
Tetapi, pengawet tersebut adalah sangat memberikan kesan kepada keaktifan sel sel cyst dan fibroid anda. Belajar untuk makan dari sumber yang segar.
7. Air karbonat
Terakhir sekali ialah air berkarbonat, kandungan gula yang tinggi di dalam air berkarbonat sangat merbahayakan kesihatan.

Cyst Hilang Dalam Masa Sebulan. Apa yang Wanita ini Lakukan?
Terkejut lah juga. Tapi syukur sebab tahu tu awal juga. Bila dapat tahu memang terus tak berani nak tinggalkan GLA dan VIVIX. Memang jadi teman rapat lah.
Saya ambil dalam sebulan juga konsisten. Sebelum tu memang ada rasa tak selesa di bahagian perut dan kerap sakit kesan sama macam mengandungkan Khaulah dulu.
Bila Doc scan rupa-rupanya ada Cyst. Doc refer pada pakar sakit Puan. Mula-mula cek selepas scan tu cyst tu masih lagi ada.
Doc kata nanti after sebulan datang lagi. Kita tengok bagaimana dan tentukan sama ada nak operate atau macam mana.
Huh! Bila dengar operate memang kecut perut. Serius takut! Tak mahuuuu! Memang ikhtiar dengan GLA dan VIVIX. Doa pada Yang Maha Pemberi tak putus.
Sebulan tempoh yang diberikan pun tiba. Dug dag dug dag. Bila Doc mula scan tu rasa cam nak tercabut jantung.
Doc pusing kiri pusing kanan. Taraaaa! Alhamdulillah cyst tu hilang dan saya bebas dari cyst.
Seronok dan happy sangat. Syukur pada DIA dan makin jatuh cinta lagi lah dengan VIVIX dan GLA ni.
Nikmat sihat tu mahal tau kawan-kawan. Jom jaga amanah Allah ni sebaiknya. dermoid cyst.