ostenutrix

WELCOME OSTENUTRIX ! Lamanyaaaaa nak tunggu ketibaan si botol purple ni !! Ramai sangatttt orang carik! Kalau dulu OSTEMATRIX, but now NO MORE OSTEMATRIX tau! Kita dah tukar OSTENUTRIX ! Apa bezanya? Diupgred Formula dengan penambahan 20% Kandungan Kalsium untuk membantu penyerapan yang lebih optimum.

PENGGANTI KALSIUM

NAK TAHU TAK KENAPA ISTIMEWANYA SHAKLEE NI? Selalunya ramai yang amalkan untuk

  • SAKIT SENDI – Jika anda kerap sangat mengalami sakit sendi, sengal-sengal badan, boleh cuba amalkan Ostenutrix setiap malam sebelum tidur. Ostenutrix akan bantu kurangkan rasa sakit.
  • SEMBELIT – Ostenutrix juga sangat bagus untuk anda yang susah nak membuang. Kadang tu 3 4 hari baru nak membuang. Bila makan ostenutrix malam sebelum tidur, insyaAllah esok lancar je membuang.
  • TAK SUKA MINUM SUSU – Anda yang tak suka minum susu, alternatif lain ialah makan pil kalsium. Sebabnya ia mudah untuk kita telan.1 biji oste ni bersamaan kita minum 1 gelas susu berkalsium tinggi dan makan 80biji badam. Terbaik! Kan
  • IBU MENYUSU/ HAMIL – Kalsium sangat baik dan penting bagi ibu menyusu dan hamil. Kerana ibu dan bayi sangat memerlukan kalsium yang cukup. Jika ibu hamil makan Ostenutrix, insyaAllah bila nak kena tarik mengkarung/krem kaki tu memang susah. Ibu yang menyusu pula, ia bantu ibu dapatkan susu yang lebih pekat dan kaya dengan kalsium.
  • PATAH TULANG – Ostenutrix sangat bagus bagi individu yang patah tulang akibat accident ka, pengambilan konsisten ostenutrix membantu menguatkan semula tulang yang patah. Kepada yang kemalangan atau ada masalah tulang rapuh boleh di sarankan cuba lah osteneautrix hari ini. Pasti membantu masalah anda.

Cegah dari Awal kita pun happy SUMBER KALSIUM TERBAIK⁣. Jangan pandang rendah pada OSTENUTRIX ni. Kecik comel je dia tapi manfaat super

Tak cukup vitamin D boleh sebabkan tulang jadi lembut

VITAMIN D adalah salah satu vitamin yang diperlukan tubuh bagi memastikan kesihatan anda berada di tahap terbaik. Kekurangan vitamin D akan mendedahkan anda kepada jangkitan, kemurungan dan kesihatan tulang yang merosot. Pembantu Profesor Neurosains, Nicole Avena di Sekolah Perubatan Gunung Sinai di New York, Amerika Syarikat dan pakar pemakanan berdaftar Kelli McGrane menjelaskan tentang kepentingan vitamin D kepada kesihatan individu.

“Salah satu kepentingan utamanya adalah memaksimumkan penyerapan dan penggunakan kalsium yang menjadi mineral penting kepada sistem tulang dan gigi manusia. “Ia juga penting untuk fungsi otot, jantung dan paru-paru,” kata Avena. Pendedahan terhadap matahari adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan bekalan vitamin D. Tanpa vitamin D yang mencukupi, seseorang itu terdedah kepada risiko jangkitan, keletihan, sakit belakang dan penyembuhan luka yang lambat.

Avena berkata, kajian mendapati 1,200 IU vitamin D sehari selama empat bulan pada musim sejuk dapat mengurangkan risiko dijangkiti demam. “Vitamin D membenarkan sistem imunisasi badan bekerja secara efisien dan menghindari penyakit,” kata beliau. Avena dan McGrane memberitahu bahawa tanpa Vitamin D yang mencukupi, tulang manusia akan menjadi lembut dan mudah rapuh serta patah!

Tambah Avena, kekurangan vitamin D dikaitkan dengan peningkatan risiko alahan dan penyakit seperti lelah dan ekzema dalam kalangan bayi. Bagaimanapun, kajian mendapati sama ada vitamin D benar-benar dapat melindungi bayi daripada lelah dan alahan masih lagi menjadi kontroversi.

Sering letih, sakit kepala? Anda mungkin kurang magnesium

Tidak dapat berehat, insomnia, mengidam makan sesuatu atau berdepan masalah keletihan yang melampau? Anda mungkin hadapi masalah kekurangan zat magnesium. Zat magnesium boleh diperoleh dalam nasi perang, sayur hijau, kekacang, avokado dan coklat hitam tetapi masih ramai yang menghadapi masalah kekurangan zat ini.Di negara maju misalnya, tinjauan yang dilakukan oleh jabatan diet dan nutrisi menunjukkan dewasa dan kanak-kanak hanya menyerap separuh daripada zat yang disyorkan sebagai pengambilan harian.

Mungkin masih ramai yang tidak cukup maklumat kepentingan magnesium yang memainkan peranan penting terhadap reaksi lebih 300 enzim penting dalam tubuh setiap hari. Kajian jurnal perubatan juga mendedahkan zat ini membantu seseorang mendapat rehat yang baik, tidur mencukupi dan memperbaiki sakit kronik, keletihan, perubahan mood dan sakit kepala. Sebelum melengkapkan diri dengan zat magnesium, ketahui simptom kekurangannya yang boleh menggangu aktiviti seharian.

Boron Penting Untuk Mencegah Osteoporosis

Pengambilan kalsium dan vitamin D adalah saranan perubatan standard bagi penghidap kehilangan tulang atau osteoporosis, walaupun mereka telah menerima ubat osteoporosis. Walau bagaimanapun, cadangan perubatan standard ini tidak mencukupi untuk menghalang penurunan jisim tulang yang mengiringi proses penuaan.

Terdapat satu mineral penting yang sering diabaikan kerana peranannya dalam menyokong kesihatan matriks tulang iaitu boron. Tanpa boron, penyerapan kalsium boleh terhad dan selalunya tidak dapat digunakan oleh badan.

Penyelidik telah membuat kesimpulan bahawa boron adalah faktor penting dalam metabolisme dan meningkatkan kesan pembinaan tulang nutrien penting lain, seperti kalsium, magnesium, dan vitamin D. Di samping itu, boron memainkan peranan dalam meningkatkan tahap hormon estrogen dengan itu menghalang penurunan jisim tulang yang boleh menyebabkan osteoporosis. .

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa boron penting untuk mengekalkan dan meningkatkan kesihatan tulang, salah satunya adalah kajian terhadap wanita menopause yang tidak menerima terapi penggantian hormon estrogen. Dalam kajian itu, wanita diberi diet bebas boron selama 119 hari, diikuti dengan suplemen boron selama 48 hari.

Apabila diberi makanan tanpa boron, didapati peningkatan perkumuhan kalsium dan magnesium melalui air kencing. Manakala, apabila diberi suplemen boron, perbelanjaan kalsium dan magnesium melalui air kencing adalah kurang, disertai dengan peningkatan tahap hormon estrogen.

Penemuan ini menunjukkan kepentingan pengambilan boron yang mencukupi untuk mengekalkan simpanan kalsium dan magnesium. Kesan boron pada kalsium dan magnesium juga ditemui pada orang yang mempunyai pengambilan magnesium yang rendah dan orang yang mengalami osteoporosis. Supaya pengambilan boron membantu mengekalkan jisim tulang dan mencegah osteoporosis.

Selain itu, boron boleh membantu meningkatkan kesihatan tulang dengan meningkatkan tahap vitamin D dalam badan, yang juga penting untuk kesihatan tulang. Ini kerana vitamin D meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyerap kalsium daripada saluran penghadaman.

Boron boleh didapati dalam buah-buahan dan sayur-sayuran seperti prun, anggur, alpukat, kacang, dan kekacang. Walau bagaimanapun, sukar untuk mendapatkan jumlah boron yang mencukupi daripada pengambilan makanan, kerana paras boron dalam makanan daripada tumbuhan ini secara amnya rendah. Jadi untuk membantu memenuhi keperluan boron, anda boleh mengambil suplemen yang mengandungi boron

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *