Masalah Lazada Shopee

masalah lazada shopee

Sekarang ini ada masalah lazada shopee, shaklee tak bagi jual dekat platform ini. Tahu tak kenapa, jom baca pendapat di bawah.

BOLEH KE BELI PRODUK SHAKLEE DARIPADA SHOPEE DAN LAZADA?

Ikutkan sebenarnya nana malas nak ulas benda ni, sebab nana benci sangat perbuatan tak bertanggungjawab makhluk perosak yang tak peduli halal haram, sanggup langgar peraturan company demi duit.. Tapi tak fikir perbuatan mereka itu menganiaya orang lain

Tapi for once and for all, nana nak bagi penerangan yang jelas sekali pasal isu ni ya..

BOLEH KE BELI PRODUK SHAKLEE DARIPADA SHOPEE DAN LAZADA?

Jawapannya, TIDAK SAMA SEKALI!

Why?

1. Rules Shaklee menghalang sekerasnya penjualan di mana-mana e-commerce termasuk lah Lazada dan Shopee..

Perbuatan ini adalah perbuatan yang TIDAK BERETIKA dan melanggar peraturan company.. Semestinya perbuatan yang melanggar peraturan adalah SALAH DAN BERDOSA..

Perbuatan yang SALAH DAN BERDOSA semestinya menghasilkan pendapatan yang HARAM..

Sekiranya anda membeli anda ibarat menyokong perbuatan salah dan haram PENJUAL PARASIT ini..
Ibaratnya anda menyumbang dan menyokong perbuatan yang tidak bermoral..

Dan menggalakkan mereka untuk terus berbuat dosa

Sesuatu yang kita masukkan dalam badan yang berunsur syubhah, wallahualam lah hukumnya kan..
ibaratnya kita beli barangan daripada orang yang merompak..

Memang kita bayar dengan duit kita, tp barang itu bersumberkan yang tidak baik.. So wallahualam

2. Sekiranya anda beli daripada Shopee/Lazada, anda tak tahu pun siapa penjualnya.. Betul? Jadi, macam mana nak dapatkan guide yang betul tentang pengambilan supplements?

Supplement shaklee adalah supplement yang terbaik, yes itu kita semua tahu.. Tapi tahukah anda ada beberapa golongan yang tidak boleh consume supplements tertentu yang boleh membahayakan nyawa mereka..

Kalau anda beli daripada seller atau SID yang sah, of course SID tu akan guide dan consult anda based on your health history..

Kalau beli dari Shopee/Lazada siapa nak consult anda?

Takkan nak beli dari sana, tanya pada SID pulak.. Itu perbuatan yang KEJAM namanya..

Ibarat anda beli daripada KFC, anda makan dekat MCD

So please, jangan membahayakan nyawa dan kesihatan anda membeli daripada e-commerce yang anda tak kenal dan tahu pun siapa penjualnya..

Beli lah daripada SID yang anda tahu memang berilmu dan komited untuk beri servis yang terbaik kepada anda

3. Bila anda beli daripada tempat2 macam tu, andai kata bila produk sampai kepada anda produk tu ROSAK atau apa, anda tak boleh nak claim or apa-apa dari seller..

Duhhh, obviously kot! masalah lazada shopee nih.

Nana pernah dapat kes, customer order ESP daripada shopee dan sampai dekat dia, seal dekat tong tu dah terbukak.. Seriously bahaya kot!! Kita tak tahu dalam perjalanan tu kot ada apa2 habuk ke kuman ke yang masuk..

Dah tu, nak claim dekat siapa?? Kalau beli direct dengan seller, seller boleh claim dari Shaklee andai ada kes2 macam ni..

Beli daripada tempat2 macam tu nak claim dari siapa?? Alamatnya berhuhuhu jelah consume produk yang dah terbukak dan mungkin dah TERCEMAR

Ada yang cakap, nak beli dr sana sebab MURAH.. Pada nana, korang tak pelik ke kenapa diorang jual murah?

Tak takut yang barang yang dah sampai tu kot kottt lah dah expired or hampir expired..

Sebab kalau fikir logik, memang TAK CERDIK lah orang yang jual murah ni kalau bukan sebab barang tu dah rosak or dah expired..

So fikir lah, berbaloi ke konon2 nak jimat duit sekali korang terpaksa alami masalah2 dekat atas ni..

Pada nana, andai kata korang terpaksa bayar sedikit lebih kepada seller yang SAH, ianya ibarat upah kepada mereka kerana guide anda untuk dapat kesihatan atau kecantikan seperti yang anda mahukan..

Jadilah pengguna yang bertanggungjawab dan stop support PERBUATAN HARAM DAN TAK BERTANGGUNGJAWAB PENJUAL PARASIT tu semua..

Dan buat anda yang menjual di shopee dan lazada ni, jaga-jaga ye..

4. Andai kata dapat sampai ke pengetahuan Shaklee, memang tak ada jalan lain melainkan ANDA BAKAL KENA TERMINATE DARI KEAHLIAN..

Jangan jadi tak bijak..

Menjuallah secara SAH.. Dan fikirkan duit yang anda dapat itu sama ada berkat atau tidak..

Kalau pun tak kantoi kat dunia, ingat ada yang sentiasa MEMERHATI dan mencatat perbuatan anda di kiri dan kanan

Percayalah, ramai je yang boleh berjaya dengan berkat tanpa melanggar peraturan company macam ni..

Nana nak mintak semua tolong SHARE this post.. jom kita spread awareness buat semua orang, untuk elak daripada perbuatan salah laku ini, ataupun menyokong perbuatan durjana ni..

SAY NO TO MEMBELI ATAU MENJUAL PRODUK SHAKLEE DI SHOPEE ATAU LAZADA. memang masalah lazada shopee buat korang merana

kredit : nana macarona

MASALAH JADI HARAM JUAL SHAKLEE ?

Shaklee memang tak benarkan sebarang jualan produk Shaklee di e-commerce. Ia adalah JUALAN HARAM. Jika anda membeli produk Shaklee di situ, anda akan menyesal! memang masalah lazada shopee shaklee nih. Sebab apa?

  •  Tak de consultation dan follow up. Cara makan macam mana. Nak ambil bila. Malah adakah betul produk yang anda beli sesuai untuk diri anda. Silap beli, silap cara makan mungkin menyebabkan tak ada kesan. Rugi je!
  •  Penjual tak bertanggungjawab dan mereka ni sebenarnya pengedar yang mungkin dah di terminate oleh Shaklee. Kiranya bukan lagi pengedar Shaklee.
  •  Penjual ni jual harga murah sebab barang dah lama. Stok lama dah expired atau hampir hampir expired. Jadi jual murah agar tak rugi terus. Actually sape rugi? Sah sah la pembeli kan?
  •  Pengedar ni beli stok Shaklee banyak banyak, kemudian tak mampu jual. Jadi jual murah-murah untuk habiskan stok. Kredibiliti penjual meragukan.
  •  Anda tak dapat hubungi penjual tu directly, tak boleh ambil tindakan ke atasnya jika ada masalah. Anda jadi mangsa! Entah entah fake produk. Bahaya! Lebih baik order dari pengedar Shaklee yang sah secara individu. Bukan di e-commerce.
  •  Apa-apa terjadi pada anda yang makan produk Shaklee di e-commerce bukan dalam tanggungjawab syarikat Shaklee dan saintis Shaklee. Anda tanggung sendiri semua tu. Penjual tu nak bertanggungjawab? Lazada atau Shopee nak bertanggungjawab? Memang tak la kan.
  •  Tak ada cara makan yang tepat dan betul bersesuaian dengan diri anda. Jadi kesan akan dapat lambat. Any healing crisis anda tak dapat nasihat daripada pakar nutrisi Shaklee. Buat rugi je. Macam beli ubat seludup. Bukan kat klinik betul.
  •  Kalau barang yang sampai dah rosak, pecah atau expired, duit anda melayang macam tu je. Shaklee tak akan bertanggungjawab. Kami distributor yang kerja dengan elok ni lagi la tak akan bertanggungjawab sebab anda tak beli dari kami pun. Dan anda bukan customer kami. Korang customer lazada atau shopee.
  •  Jika anda beli di e-commerce, anda directly support orang yang langgar rules, PENJUAL HARAM. Orang yang jual potong harga, rendah daripada yang Shaklee benarkan. Anda support untuk aniaya pengedar Shaklee seluruh Malaysia. Doa mereka yang teraniaya ni makbul. Seram kan. Apa yang anda makan tu risau jadi makanan haram!
  •  Konsep Shaklee adalah one to one service and consultation. Sebab setiap orang dos vitamin yang diperlukan tak sama untuk memastikan orang tu dapat kesan sebaik mungkin dari pengambilan vitamin Shaklee. Sebab tu Shaklee tak bagi letak di kedai kedai, farmasi, apatahlagi e-commerce. Jika kalian jumpa dijual openly di rak rak, bukan personally, itu bermakna penjual itu telah langgar rules yang Shaklee dah tetapkan. Bila nak order Shaklee, order personally dari pengedar Shaklee yang sah. Dan wajib dapatkan konsultasi berpanjangan secara follow-up.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *