Kes Strok Setiap Tahun

kes strok setiap tahun

Kes Strok Setiap Tahun ? Penyakit angin ahmar atau strok berlaku apabila bekalan darah ke sebahagian otak terputus secara tiba-tiba. Otak kita memerlukan bekalan oksigen yang berterusan daripada darah. Maka, jika bekalan darah tersebut terputus, sel-sel otak yang terjejas akan rosak atau mati. Kadangkala strok ini dipanggil sebagai ‘serangan otak’. Terdapat dua jenis strok iaitu Strok Iskemia dan Strok Haemoragik. 

Kes Strok Setiap Tahun

Strok Iskemia berlaku apabila terdapat darah beku di dalam saluran darah di otak yang menyebabkan saluran tersebut tersumbat. Iskemia bermaksud pengurangan bekalan darah dan oksigen ke bahagian badan yang tertentu. Dalam sesetengah penyakit strok, darah beku boleh terbentuk di dalam saluran darah otak itu sendiri dan menyebabkan strok iskemia. Dalam sebahagian kes-kes strok iskemia yang lain, darah beku boleh terbentuk di luar otak dan kemudian darah beku itu bergerak ke otak dan seterusnya menyumbat saluran darah otak.

Strok Haemoragik (pendarahan) berlaku apabila saluran darah otak yang lemah atau rosak pecah dan menyebabkan pendarahan di dalam otak. Terdapat dua jenis pendarahan otak iaitu Pendarahan Intracerebral dan Pendarahan Subarachnoid. 

Pendarahan Intracerebral berlaku apabila saluran darah pecah di dalam otak itu sendiri. Kemudian darah mengalir keluar ke dalam otak. Perkara ini menyebabkan bekalan darah ke sel-sel otak terputus dan ini seterusnya menyebabkan sel-sel otak tersebut akan rosak ataupun mati. Pendarahan jenis ini berlaku dalam satu daripada 10 kes strok.

Pendarahan Subarachnoid pula berlaku jika saluran darah pecah di ruang antara otak dan tengkorak. Ruang tersebut kebiasaannya diisi oleh cecair otak yang dipanggil sebagai cecair cerebrospinal. Setiap satu strok daripada 20 kes adalah disebabkan oleh pendarahan jenis ini.

Masalah Strok di Malaysia

Menurut Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), setiap seorang daripada enam orang di Malaysia akan diserang penyakit strok. Setiap tahun dianggarkan terdapat 50,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Malah, di Malaysia penyakit strok ini adalah punca kematian ketiga terbesar selepas penyakit jantung dan kanser. Strok menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa, jantina, agama dan usia. Namun, majoriti pesakit strok adalah orang dewasa.

Risiko Strok

Punca-punca yang berisiko tinggi untuk berlakunya strok terbahagi kepada dua. Ada yang tidak boleh diubah dan risiko-risiko yang boleh diubah.  Risiko yang tidak boleh diubah adalah:

  • Umur – Risiko untuk mengalami serangan strok dianggarkan berganda selepas umur 55 tahun
  • Genetik – Risiko untuk serangan strok adalah lebih tinggi jika salah seorang daripada ahli keluarga terdekat seperti ayah, nenek atau adik pernah mengalami serangan strok
  • Jantina – lebih ramai kaum lelaki yang diserang strok berbanding dengan kaumm wanita. Namun, lebih ramai kaum wanita yang meninggal dunia akibat daripada serangan strok berbanding dengan kaum lelaki
  • Sejarah serangan jantung atau strok – Risiko bagi mereka yang pernah mengalami strok atau serangan jantung adalah lebih tinggi berbanding mereka yang tidak pernah mengalami masalah tersebut

Risiko yang boleh diubah adalah seperti berikut:

  • Tekanan darah tinggi – Mereka yang mengalami masalah tekanan darah tinggi selalunya tidak ada sebarang simptom. Maka, adalah penting untuk selalu membuat pemeriksaan tekanan darah
  • Merokok – Berhenti merokok boleh menurunkan risiko serangan strok serta-merta
  • Kencing manis – Penyakit ini meninggikan risiko serangan strok
  • Kolesterol – Saluran darah boleh tersumbat akibat daripada kolesterol di dalam badan. Maka, boleh mengganggu bekalan darah ke otak dan menyebabkan strok
  • Obesiti – Risiko strok adalah lebih tinggi di kalangan mereka yang obese berbanding dengan mereka yang mempunyai berat badan yang normal.

Simptom-Simptom Serangan Strok

Setiap fungsi tubuh badan kita yang berbeza dikawal oleh bahagian-bahagian otak yang berbeza juga. Oleh itu, setiap simptom strok berbeza mengikut bahagian otak mana yang terjejas dan saiz kawasan otak yang rosak. Simptom-simptom ini berlaku secara tiba-tiba dan selalunya melibatkan satu atau lebih simptom yang berikut:

  • Tangan dan kaki lemah atau lumpuh sepenuhnya
  • Sebelah muka menjadi lemah. Air liur akan sentiasa meleleh tanpa kawalan
  • Masalah dengan kestabilan dan koordinasi badan, percakapan, penglihatan atau sukar untuk menelan
  • Rasa pening atau sakit kepala
  • Kebas-kebas di sebahagian daripada badan
  • Pengsan atau menjadi keliru

Kesan Jangka Panjang Serangan Strok

Jenis dan kadar kelumpuhan yang disebabkan oleh serangan strok adalah berbeza-berbeza mengikut kadar kerosakan otak selepas serangan strok. Serangan yang teruk boleh menyebabkan kematian. Jenis-jenis kesan jangka panjang serangan strok adalah seperti berikut:

  • Sebelah badan lemah – Ini akan menyebabkan masalah untuk berjalan jika melibatkan kaki atau masalah untuk menggunakan tangan
  • Masalah kestabilan dan koordinasi badan
  • Masalah menelan – Ini merupakan masalah yang sangat biasa berlaku dan juga boleh menjadi sangat merbahaya dalam sesetengah kes. Makanan yang ditelan boleh turun ke saluran pernafasan dan bukannya saluran makanan di tekak apabila makan. Perkara ini boleh menyebabkan pesakit tercekik dan seterusnya pesakit sukar untuk bernafas. Jika masalah menelan ini sangat serius, makanan dan minuman terpaksa disalurkan melalui tiub terus ke perut
  • Masalah percakapan dan komunikasi – Pesakit mungkin akan susah untuk bercakap dengan lancar kerana sukar mencari perkataan yang sesuai semasa bercakap atau langsung tidak boleh bertutur. Malah, keupayaan untuk memahami percakapan orang lain, membaca atau menulis turut terjejas
  • Masalah penglihatan – Jika bahagian otak yang melibatkan keupayaan melihat telah terjejas, pesakit mungkin mengalami masalah penglihatan berganda (double vision).

Apa yang tersenarai di atas adalah contoh-contoh apa yang mungkin berlaku selepas serangan strok. Setiap strok adalah berbeza dan kesan strok harus diteliti untuk setiap seorang pesakit. Dalam minggu-minggu terawal selepas strok, bengkak di sekeliling bahagian otak yang rosak, akan berkurangan. Masa itu sebahagian daripada simptom mungkin akan berkurang ataupun hilang. Dengan rehabilitasi dan terapi yang sesuai, keadaan pesakit mungkin akan bertambah baik.

Rawatan Moden Untuk Kes Strok Setiap Tahun

Rawatan untuk strok melibatkan rawatan kecemasan sebaik sahaja serangan strok berlaku dan juga rawatan rehabilitasi atau “physiotherapy” selepas pesakit strok sudah stabil. Setiap pesakit strok yang didapati mengalami simptom-simptom awal serangan strok, harus dihantar ke wad kecemasan secepat mungkin. Rawatan yang segera adalah sangat penting untuk mengelak keadaan bertambah teruk yang boleh menyebabkan kematian. Malah, rawatan kecemasan awal boleh mengurangkan kadar kerosakan otak dan ini boleh meningkatkan kadar kesembuhan yang tinggi. Rawatan kecemasan melibatkan penggunaan ubat-ubatan dan/atau pembedahan yang akan mengeluarkan darah beku dari otak.

Rawatan rehabilitasi akan dilakukan selepas pesakit sudah stabil. Rehabilitasi bertujuan untuk membantu pesakit untuk mendapat kekuatan fizikal semula, mengembalikan keupayaan fungsi-fungsi badan dan untuk membolehkan pesakit untuk berdikari seperti sebelum serangan strok. Malah, rehabilitasi ini turut bertujuan untuk mengembalikan keyakinan diri kepada pesakit strok untuk kurang bergantung kepada orang lain urusan harian.

sumber: alhidayah-medic

VIVIX SHAKLEE Boleh Kurangkan Kes Strok Setiap tahun

Vivix ialah sejenis minuman campuran botani, merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi. Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. 4 fakta di bawah terbukti vivix memang hebat. 

  1. Vivix membantu melindungi dan memperbaiki sel dari peringkat DNA yang rosak, mati, abnormal akibat serangan berjuta-juta perosak setiap hari.
  2. Vivix membantu mengaktifkan semula sel-sel yang terlibat dalam pengawalan genetik utama yang merosot oleh itu menggalakkan sel menjadi sihat semula.
  3. Ramuan 4 jenis bahan utama Vivix menggalakkan pertumbuhan semula mitokondria (iaitu penjana tenaga) dalam setiap sel tubuh kita.
  4. Ramuan Vivix juga adalah 13 kali lebih kuat dari resveratrol (iaitu kandungan dalam anggur muscadine) yang sangat membantu keutuhan sel dan meningkatkan hayat sel.
  5. Vivix membantu menurunkan kolesterol dalam darah dan menghalang pengoksidaan kolesterol LDL (kolesterol jahat). Oksidasi LDL ini yang menyebabkan serangan kardiovaskular/ jantung.
  6. Ramuan Vivix sangat tinggi anti-oksidan yang membantu menguatkan sistem pertahanan tubuh.
  7. Ekstrak elderberry membantu dalam perlindungan tubuh terhadap penyakit kardiovaskular, stroke dan serangan jantung.
  8. Ekstrak lobak ungu membantu dalam kesihatan salur darah, platlet, dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko penyakit koronari jantung.
  9. Ramuan Vivix sangat membantu dalam pengawalan tekanan darah, menurunkan kolesterol malah membantu dalam pengekalan berat badan ideal.
  10. Pengguna Vivix telah menunjukkan bukti bahawa Vivix banyak membantu pemulihan pesakit stroke.
kes strok setiap tahun

TESTIMONIAL STROK VIVIX SHAKLEE

Tanggal 28 April 2014…suami mengalami masalah stroke dimana doktor mengesahkan pembengkakan otak kiri yang menjadi bengkak dengan cepat. Ya Allah…hanya Allah je yang tahu macam mana perasaan saya time tu.

Doktor membuat keputusan hanya pembedahan pembukaan tempurung kepala sahaja yang dapat menyelamatkan nyawa suami. Tanpa berfikir panjang, saya bersetuju untuk suami dibedah kerana tiada pilihan lain. Kalau ada pun, besar kemungkinan boleh menjadi risiko yang paling besar.

1 MEI 2014.. Jam 4 pagi suami masuk ke dewan pembedahan dan pakar memberitahu saya pembedahan ni merupakan major operation. Saya redha dengan segala kemungkinan yang berlaku.

Jam 8pg.. berita yang ditunggu telah tiba.

Alhamdulillah..suami selamat menjalani pembedahan dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi untuk pemantauan doktor.

4 MEI 2014..keadaan suami masih lagi tidak sedar dan doktor telah memberitahu saya yang sel-sel otak di bahagian otak kiri telah mati dan ada 3 kemungkinan yang terjadi pada suami..

1- tidak dapat mengingat sape dia dan ahli keluarga…

2- boleh mengingat tapi cepat lupa..

3- masalah pertuturan..

Saya menjadi bimbang selepas itu. Apa yang saya harapkan lepas suami sedar dia akan mengingat semua ahli keluarga sendiri dan Alhamdulilah.. Allah Maha Besar.. bila dia dah sedar dia masih lagi ingat akan kami sekeluarga.

Cuma yang menjadi masalah bila setiap pertuturan dia menjadikan kami tidak faham. Tapi tak apa.. saya ingat lagi dengan produk VIVIX. Saya baca setiap testimoni pasal stroke ni.. apakah kesan dia bile dia makan dan apakah boleh pulih dengan minumnya.

Saya cuba bagi dia setiap malam dengan 1 sudu kecil dan berdoa setiap kali saya bagi pada dia untuk pulihkan sel-sel yang dah mati di otak dia sebab otak kiri merupakan otak untuk bertutur dan mengira.

Alhamdulillah setelah hampir setahun…saya berikan VIVIX pertuturan suami semakin pulih dan doktor pun puji suami nampak semakin berseri-seri dan makin banyak cakap.. Hahaha.. suka saya mendengarnya bila doktor cakap macam tu.

Terima kasih Shaklee telah membantu menyembuhkan suami saya dan keluarga. Terima kasih juga pada upline saya yang memahami keadaan saya dan memberi cadangan ambil VIVIX untuk bantu pulihkan suami saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *