Kekal jelita dengan YOUTH
SHAKLEE

Kekal jelita dengan YOUTH

Kekal jelita dengan YOUTH ? Pernah tak orang tegur dengan gelaran ‘kakak’ padahal yang menegur tu nampak lebih berusia dari kita. OMG!!! It’s a nightmare, kan?

Kenapa boleh jadi macam tu? ? Sebab kulit kita nampak kusam, tona tak sekata, jerawat bertimbun sana sini, dan kedutan mula terbentuk?. Apabila usia kita semakin meningkat, sel-sel kulit mengalami penuaan kerana banyak terdedah kepada sinaran UV dan radikal bebas. Ia menjejaskan penghasilan kolagen. Kolagen ini sangat penting dan berfungsi untuk memberi keanjalan pada kulit wajah.

So, macam mana nak kekal muda di usia 40an, 50an? Mudah sahaja. Anda hanya perlu mulakan penjagaan kulit muka dengan Set YOUTH dari Shaklee ini. Set YOUTH ini dihasilkan dari bahan-bahan organik yang bermutu tinggi seperti muscadine grapes.

Set YOUTH dari Shaklee

Langkah – langkah penjagaan kulit wajah yang WAJIB kena buat setiap hari untuk mendapatkan kulit yang sihat, tona kulit sekata dan terhindar dari jerawat, adalah seperti berikut:

1. Cleanse

cuci muka sekurang-kurangnya dua kali sehari dengan YOUTH Cleanser. Cleanser ni sesuai untuk semua jenis kulit. Ia kurang buih dan sesuai bertindak sebagai scrub. Cara penggunaannya ada 2 kaedah. Pertama, anda hanya perlu picit sedikit cleanser pada tapak tangan dan terus apply pada kulit muka yang kering. Kemudian, bilas dengan air suam. Ulangi pembersihan dengan cleanser sekali lagi dan bilas dengan air paip biasa. Lap kering muka denfan tuala yang bersih. Kedua, anda boleh terus gunakan cleanser ini pada muka yang basah.

2. Toner

Selepas kita mencuci bersih muka, bolehlah kita gunakan YOUTH Perfecting Skin Toner. Ia bagi memastikan tona warna kulit sekata dan meningkatkn penyerapan moisturiser. Anda boleh gunakan kapas atau tuangkan sedikit toner pada tapak tangan dan kemudian sapu rata pada muka.

3. Moisturiser

Langkah ini sangat penting untuk mengekalkan kelembapan kulit wajah dan menghalang penyerapan sinar UV ke dalam sel kulit. Anda boleh pilih untuk menggunakan YOUTH Age-Defense Moisturiser SPF50 atau YOUTH Moisture Lock Day Cream. As for me, apabila saya keluar rumah, saya akan gunakan YOUTH Age Defense Moisturiser SPF50. Apabila saya tidak ke mana-mana, YOUTH Moisture Lock Day Cream lebih sesuai. ? Ye betul, even di dalam rumah pun, kita kena pakai moisturiser!

Ok, next posting saya akan ceritakan dengan lebih lanjut tentang Set Penjagaan Kulit Wajah YOUTH ni dan cadangan supplements yang bagus untuk kulit wajah menjadi lebih flawless dan gorgeous?

Kekal jelita dengan YOUTH

Muka Pecah Rumah Kembali Cantik Dengan YOUTH SHAKLEE

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 5. TESTIMONI 35 : SHAHIZAN RAHIMI. [MUKA PECAH RUMAH]. Nama saya Nor Shahizan Rahimi binti Mohd Saad berusia 35 tahun dengan 3 orang cahaya mata ( bakal 4 insya-Allah). Bekerja sebagai seorang guru.

Bukan mudah berhadapan dengan orang kalau diri sendiri rasa muka dah macam muka pecah rumah. Bukan tak bersyukur dengan muka yang ada tapi sedih bila anugerah yang ada dicemari dengan noda-noda hitam yang terhasil dari parut setiap kali salah makan.

Musuh utama Che Yan ialah terung. Selalu ditempelak. “Ni memang takde lain la ni mesti makan terung” tak pun “dah tau alergik terung sapa suruh makan”. Nak cakap apa? So senyum saja. Bukan nak makan sangat terung tu tapi selalu terkena dalam kuah dal atau gulai.

Tak perlu seketul terung, kuahnya saja cukup untuk memusnahkan impian untuk miliki kulit bersih. Setiap kali terperangkap dengan terung muka Che Yan akan ditumbuhi bintik-bintik seolah jerawat dibawah kulit tapi tidak pula ada “mata” kerana seringkali jerawat pastinya ada “mata” dan apabila matang jerawat tersebut akan bertukar menjadi kekuningan.

Bintik-bintik Bawah Kulit

Dalam kes Che Yan bintik-bintik tersebut timbul dibawah kulit dan kadang-kadang berangkai sehingga membentuk satu tompokan. Bintik-bintik tersebut akan meninggalkan parut hitam dan mengambil masa berbulan-bulan untuk lenyap dari pandangan. Keadaan lebih tragis jika bintik berangkai membentuk satu tompokan parut hitam yang besar dan dan mengambil masa berbulan- bulan untuk hilang dari pandangan. Nak cover dengan make up atau bedak asas yang tebal terasa “fake” sangat.

Sebelum kenal Shaklee kalau alergic dulu-dulu lagi teruk. Bahagian bawah hidung hingga ke dagu akan penuh dengan tompokan air bisa seperti terkena cacar air. Keadaan mulut Che Yan seperti orang memakai topeng kerana seluruh bahagian mulut di tumbuh seperti cacar air dan berwarna hitam. Pernah juga terpaksa berjumpa doktor kerana kesakitan melampau sehingga mulut tak boleh dibuka.

Selepas konsisten vitamin Shaklee sekiranya alergic terung Che Yan akan mengalami masalah bintik-bintik dibawah kulit seperti yang Che Yan ceritakan. Syukur sebab tidak sekronik dulu namun rasanya semua orang menginginkan kulit bersih tanpa cela.

Youth Shaklee Lembaran Baru

Penemuan terbaru Shaklee membuka satu lembaran baru dalam kehidupan Che Yan. #YOUTH dilancarkan “on time” muka Che Yan tengah nazak. Sedap sangat makan nasi berlauk gulai talang di tempat kenduri tak perasan terselit terung dalam masakan tersebut. Bila tersedar terasa bagai petir menyambar “Allah dugaan muka pecah rumah lagi lepas ni”.

Terung Che Yan boleh ibaratkan sebagai “ibu” segala masalah kulit kerana ia ibarat “trigger”. Jika Che Yan termakan terung maka segala jenis makanan yang seringkali tersenarai sebagai makan alergic untuk kulit Che Yan tak boleh sentuh contohnya seperti makanan laut dan kekacang.

Fuhhh ujian sangat kerana itu semua kegemaran. Semua itu hanya boleh dilihat sehingga semua parut dimuka beransur pulih dan bintik-bintik yang ada sudah tidak reaktif. Jika tidak bukan setakat jadi muka pecah rumah mungkin akan jadi muka jambatan roboh.

Harga Youth Mahal ?

Bulan 3 #YOUTH dilancarkan. Apabila melihat harga, wow boleh tahan. Tapi Che Yan nekad dan percaya #YOUTH ada sesuatu. Bicara tentang produk penjagaan wajah, dari drug-store, produk bani kilo ( masa ni tiada kesedaran) sehinggalah produk bertaraf antarabangsa. Kekal jelita dengan YOUTH

Selalunya Che Yan dapat info paraben dalam penjagaan wajah atau apa-saja bahan kimia yang terkandung dalam produk tersebut adalah mengikut piawaian yang dibenarkan. Maka pakai saja.

#YOUTH datang dengan khabar ianya bebas 1500 bahan kimia berbahaya dan 100% Vegan. Lebih mengujakan apabila bahan yang terdapat dalam #VIVIX juga menjadi salah satu bahan dalam rangkaian penjagaan kulit #YOUTH. Wow, “Vivix luar dalam”.

Bukan mudah juga nak menjadi pemilik #YOUTH pada peringkat awal kerana dugaan “sold out”nya seringkali berlaku. Bila dah dapat banyak hari pulak ditiliknya. Sebab pembukusan yang menarik, putih suci murni jadikan Che Yan sayang nak pakai. Dah kena penyakit apa pulak dah beli sayang nak pakai. Maka bermulalah rutin #YOUTH Che Yan.

Mula Guna Basic Set Youth

Che Yan bermula dengan menggunakan basic set seperti yang disarankan walaupun Che Yan memang beli full set sebab dapat C+E percuma dengan belian full set. Dalam masa yang sama Che Yan amalkan #RADIANT5. Sebelum sedar diri ni mengandung Che Yan sengaja habiskan sebotol Vivix dalam masa seminggu.

Memang kesannya sangat booster. Namun setelah disahkan mengandung Che Yan teruskan pula dengan rutin set hamil untuk dalaman. Manakala rutin #YOUTH tidak terganggu kerana tidak ada apa-apa yang perlu diwas-waskan kerana ianya bebas bahan kimia berbahaya.

Disini Che Yan kongsikan sekali gambar sebelum dan selepas penggunaan #YOUTH. Che Yan boleh katakan #YOUTH is the best n #YOUTH is hope untuk rangkaian penjagaan kulit muka. There is so many good and better product outhere but Che Yan choose the best #YOUTH. Kekal jelita dengan YOUTH

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *