Impetigo Kudis Buta

Impetigo kudis buta adalah salah satu jangkitan kuman pada kulit yang biasa berlaku di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan kulit menghasilkan lepuhan, luka yang cetek dan kerakan, terutama pada muka, leher, tangan, dan kawasan yang biasa ditutupi lampin.

Penyakit ini berpunca dari salah satu dua jenis bakteria, iaitu Staphylococcus aureus atau Streptococcus pyogenes. Terdapat satu lagi kuman yang jarang sekali menyebabkan jangkitan ini iaitu Methicillin Resistance Staphylococcus Aureus (MRSA).

Impetigo mudah terjadi pada kanak-kanak yang mempunyai kulit yang sensitive dan masalah kulit seperti ekzema, bekas gigitan serangga dan parut dari luka lama.

Impetigo sangat mudah berjangkit, terutama di kalangan adik beradik yang tinggal serumah atau rakan sebaya yang tinggal dalam satu taska atau sekolah.

Ia merebak melalui sentuhan kulit atau barang-barang peribadi seperti seperti pakaian, tuala dan cadar katil.

Oleh kerana impetigo ini menyebabkan kegatalan, maka kanak-kanak boleh menyebarkan jangkitan ini dengan menggaru menggunakan jari mereka dan kemudiannya menyentuh bahagian-bahagian lain badan mereka.

Maka, rutin mencuci muka dan tangan boleh membantu mencegah impetigo berjangkit kepada kanak-kanak lain.

Doktor biasanya boleh mendiagnosa impetigo berdasarkan ruam yang yang muncul. Impetigo biasanya dirawat sama ada dengan kream antibiotik atau pil/kapsul antibiotic.

SUMBER

impetigo kudis buta

Testimoni Impetigo Kudis Buta

Ni testi anak saya sendiri,abam umur 3y.tp dia x minum vivix,sy buat masker vivix kat dia utk ikhtiar yg kene impetigo kat muka dan atas kepala.masa kene mmg org tgk rasa ‘kotor n jijik’ tp mak usahakan juga…. Yg advice sapu vivix ni dr Fyda Noh tau (tq doktor fyda). Alhamdulillah yg gambar kecik tu gamba sekarang n xde parut pun…syukur abam handsome semula

KUDIS BUTA ( SCABIES )

Kudis Buta (Scabies) penyakit kulit yang paling kerap terjadi dikalangan masyarakat kita namun selalu disalah erti sebagai alahan (alergic) ataupun penyakit keturunan. Kepada sesiapa yang pernah tinggal di asrama (terutama kaum adam), pasti tidak asing mengalami masalah kudis buta ini. Kanak-kanak dan bayi juga berisiko dijangkiti kutu Kudis Buta.

Apakah punca Kudis Buta?

Kudis Buta ialah penyakit yang disebabkan jangkitan sejenis kutu yang bernama Sarcoptes scabiei. Manusia adalah perumah kepada kutu ini. Kadangkala kutu ini boleh juga dijumpai pada kucing dan anjing. Kutu ini hanya dapat hidup selama 14 hari jika ia berada di luar perumah (manusia). Kutu ini juga tidak dapat bertahan pada suhu lebih 60 darjah celcius.

Bagaimana Kudis Buta (Scabies) boleh merebak?

Kutu ini merebak melalui hubungan rapat dengan pesakit seperti :
– berkongsi pakaian, tuala dan selimut
– berkongsi tempat tidur
– sentuhan antara kulit ke kulit

Bagaimana kutu Kudis Buta ini tinggal dalam manusia?

Kutu ini mengorek liang kecil dan tinggal di bawah lapisan kulit manusia. Kutu ini akan bertelor dan membuang najis. Najis ini yang menyebabkan pesakit merasa gatal kerana tindakbalas alahan (alergic).

Apakah simptom-simptom Kudis Buta?

– pesakit akan mula mengalami simptom selepas 10-14 hari mendapat jangkitan kutu.
– GATAL terutama pada waktu malam. Saya tidak pasti mengapa gatal lebih ketara waktu
malam.Mungkin ini sebabnya dipanggil Kudis Buta (menggaru semasa tidur) 🙂
– selalunya simptom ini akan melibatkan seluruh ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pesakit.

Bahagian badan yang kerap dijangkiti Kudis Buta.

– celah jari tangan dan kaki
– pergelangan tangan
– ketiak
– pinggang
– pusat
– kemaluan

– punggung
– kepala (bayi kecil)

SUMBER

Langkah Pencegahan Kudis Buta

  1. Cuci pakaian dan cadar yang telah digunakan oleh orang yang dijangkiti dengan air panas untuk membunuh scabies, larva atau telur yang melekat pada pakaian tersebut.
  2. Masukkan barang-barang yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik yang tertutup. Simpan sekurang-kurangnya tujuh hari untuk membolehkan hama dan telurnya mati.
  3. Perabut dan tempat tidur perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas.
  4. Seelok-eloknya pesakit kudis buta perlu mandi dengan air suam untuk membuka liang roma sebelum disapu ubat khas untuk kudis buta ini.
kudis buta

Testimonial Anak 2 tahun Yang Ada Kudis Buta  Dan Akhirnya Sembuh

Tidak bahaya kah berikan vivix kepada kanak kanak dua tahun? Vivix ini bukan ubat tetapi campuran 4 tumbuhan yang membantu mempercepatka proses penyembuhan. seperti kita makan buah, sayuran. cuma bezanya tumbuhan, sayuran ini di jadikan dalam bentuk cecair yang memudahkan kita untuk makan

PUNCA PSORIASIS 

Menurut kajian, 2% pesakit adalah di kalangan rakyat Malaysia. kebanyakannya orang dewasa walaupun terdapat juga pesakit kanak-kanak. Psoriasis berbeza dengan kurap, sebab ia tidak berjangkit. Pesakit biasanya mengalami tompok-tompok di bahagian badan mereka dan bersisik. la boleh berlaku di siku, belakang badan kulit kepala atau tempat-tempat lain badan mereka. Pesakit turut boleh mengalami masalah kuku rapuh, tanda-tanda sakit arthritis (sakit sendi dll). 

Banyak kajian mengatakan punca kepada penyakit ini adalah genetik. Bermakna jika kita mempunyai penyakit ini, anak atau susur galur kita kemungkinan besar akan dapat jugak penyakit ini. Cuma yang membezakan teruk atau tidak sahaja. 

Selain itu, ia juga berpunca daripada, infeksi, alah kepada beberapa jenis ubatan kimia, mengalami tekanan, cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk, perokok atau peminum arak tegar. Namun, pesakit psoriasis sangat bemasib baik kerana penyakit ini tidak menjejaskan hubungan intim suami isteri.

psoriasis kering vivix

PSORIASIS KERING SETELAH MINUM VIVIX  SHAKLEE

Vivix mengandungi resveratrol. Malah Vivix terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada resveratrol, disamping tidak mengandungi alkohol, sebaliknya hanya menggunakan bahan semula jadi. Kandungan polifenol yang di dapati di dalam resveratrol adalah 50 kali lebih bertenaga berbanding Vitamin C dan Vitamin E.

Antioksidan ini adalah anti radang yang sungguh kuat terhadap kulit, mengurangkan kesan pada kulit yang mempunyai masalah rosacea, eczema, psoriasis, dan juga masalah jerawat. Polifenols juga mampu mempercepatkan penyembuhan luka pada kulit bagi mengelakkan merebak yang seterusnya boleh mengakibatkan masalah alahan pula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *