Cyst Semasa Mengandung ? Cyst ovari semasa hamil memang berbahaya dan biasanya terjadi kira-kira 0.19 ke 8.8% pada wanita yang sedang mengandung. Malah, pesakit yang mempunyai cyst boleh dikesan semasa scan kehamilan di klinik di mana doktor akan melihat sebarang keabnormalan pada kandungan.
Namun begitu, usah terlalu bimbang kerana tumor ovari ini tidaklah sampai boleh menyebabkan kanser ovari dan risikonya juga rendah. Namun, semuanya bergantung pada saiz cyst yang dikesan itu. Pada peringkat ini, pesakit tidak memerlukan pembedahan kerana cyst tersebut akan hilang sendiri setelah masuk ke trimester kedua kehamilan yang boleh dilihat pada ultrasound berkala.
GEJALA OVARIAN CYST SEMASA HAMIL
Kebanyakan pesakit dengan cyst tidak mengalami sebarang gejala, tapi ia boleh dikesan semasa melakukan gelombang bunyi berfrekuensi tinggi semasa melihat janin. Namun ada juga sesetengah daripada mereka mengalami sakit perut, kencing dengan lebih kerap atau ada benjolan di kawasan peranakan. Oleh sebab itu, pemeriksaan yang lebih lanjut akan diberikan doktor bagi melihat saiz dan pembentukan cyst tersebut sama ada ia boleh membahayakan atau tidak.
Semasa pemeriksaan ultrasound, doktor akan melihat diameter cyst tersebut sama ada ia kurang atau lebih dari 5 sentimeter. Tetapi, doktor biasanya akan menunggu lebih kurang empat minggu bagi melihat perubahan pada ketumbahan tersebut untuk menentukan rawatan yang sesuai. Sekiranya doktor mendapati cyst tersebut berukuran lebih besar dari 5 sentimeter kemungkinan doktor akan mengesyorkan untuk melakukan pembedahan selepas 16 minggu kehamilan bagi mengurangkan risiko keguguran.
Kesimpulannya, cyst ovari semasa hamil adalah sangat jarang berlaku dan ia bukanlah bermaksud anda menghidap kanser. Selain itu, rujuk dengan doktor dan mendengar sebarang keputusan yang terbaik dari mereka demi keselamatan ibu serta janin.
PUNCA-PUNCA CYST SEMASA MENGANDUNG
1. Pil dan serbuk kolagen
Ramai wanita yang terlalu terpengaruh dengan kolagen yang katanya dapat membantu kulit wajah jadi semakin muda. Namun sebenarnya ia boleh menganggu kitaran horman sekaligus mengalakkan pertumbuhan cyst.
2. Hormon dan suntikan antibiotik dalam haiwan ternakan
Haiwan ternakan seperti ayam, lembu dan ikan selalunya diberikan suntikan hormon supaya ia cepat membesar dan penjual boleh dapat untung yang lebih banyak. Akan tetapi hormon tersebut akan kekal dalam tubuh haiwan dan seterusnya masuk ke dalam badan manusia apabila dimakan yang merupakan salah satu punca pembentukan cyst.
Begitulah juga suntikan antibiotik yang dapat mempercepatkan tumbesaran haiwan bagi mengelak jangkitan yang boleh menyebabkan penjual kerugian tapi sebenarnya ia boleh membahayakan badan manusia setelah di makan dagingnya.
3. Stres dan tekanan
Apabila sukar mengawal stres dan tekanan perasaan, ia juga boleh menyebabkan pertumbuhan cyst pada organ dalaman wanita.
4. Hormon yang tak seimbang
Sememangnya hormon dalam badan manusia memainkan peranan utama dalam menentukan kesihatan setiap individu. Sebab itu punca cyst juga boleh disebabkan lebihan hormon estrogen dan kekurangan hormon progesteron.
5. Lambat hamil
Berdasarkan penelitian, wanita yang lambat hamil juga berisiko tinggi untuk mendapat cyst terutama bila umur semakin meningkat.
6. Lebihan hormon xenostogen
Hormon xenostegon ini adalah estrogen palsu yang masuk dalam badan melalui makanan, minuman dan persekitaran yang tercemar. Atas sebab itu hormon estrogen tak mampu berfungsi dengan baik.
7. Berat badan berlebihan
Bila mengalami berat berlebihan secara automatiknya anda akan mempunyai lebihan lemak yang boleh mengaktifkan satu sistem yang dipanggil Endocanabinoid system sekaligus menganggu hormon dalam tubuh hingga berlakunya ketumbuhan cyst akibat dari radang yang muncul.
8. Genetik dan merokok
Melalui genetik pula sekiranya ada di kalangan ahli keluarga yang mempunyai sejarah cyst sekaligus membuatkan anda juga berisiko tinggi mengalami hal yang sama. Manakala itu, bahan kimia yang terkandung dalam rokok juga boleh jadi punca cyst sekaligus merosakkan paru-paru.
Walau bagaimanapun, amalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat agar dapat mengurangkan gejala cyst yang boleh membahayakan badan seterusnya menganggu proses untuk mempunyai zuriat suatu hari nanti.
Bahayakah Cyst ketika Mengandung?
Cyst yang kecil (kurang dari 5cm) biasanya tidak berbahaya ia akan hilang dengan sendirinya.Namun jika cyst jenis kanser atau saiz yang besar, ianya perlu dibuang. Sebabnya adalah cyst yang bersaiz besar ini ada risiko untuk pecah atau berpintal. Apabila ini terjadi, kandungan anda dalam bahaya.
Ovarian cyst ni selalunya terjadi di dalam ovari manakala bayi pula membesar dalam rahim. Ianya dua kawasan yang berbeza.
Ovarian cyst tidak merbahayakan bayi dalam kandungan. Namun, jika cyst makin membesar dan berpintal, ada beberapa risiko yang akan berlaku.
1) Kelahiran Pra Matang
Cyst yang membesar sehingga sudah melebihi 5 cm akan menekan pundi kencing dan rahim. Kesannya akan menyebabkan keguguran atau kelahiran pra matang.
2) Ovari terpaksa di buang.
Cyst yang besar berisiko untuk berpintal dan pecah yang boleh menyebabkan keseluruhan organ kilang ovari terpaksa dibuang.
3) Jangkitan kuman
Jangkitan kuman akan berlaku di bahagian peranakan jika cyst pecah. Kesannya, anda akan rasa sakit apabila nak buang air kecil.
Jika anda mempunyai tanda-tanda cyst cepat dapatkan pemeriksaan Dr.
Amalkan diet yang seimbang dan pastikan badan mendapat nutrisi yang secukupnya. Pengambilan set kehamilan Shaklee dpt membantu mengecutkan cyst.
Cyst ketika mengandung
Cyst yang selalu dijumpai ketika mengandung ialah berasal dari corpus luteum ini. Air kadang-kala boleh terkumpul dalam sarung telur ini dan kelihatan sebagai cyst melalui ultrasound. Cyst ini biasanya boleh mencapai sehingga saiz 5 cm.
Apabila kandungan mencapai usia 14- 16 minggu, kebanyakan cyst ini akan mengecut. “Masa mula-mula mengandung dulu doktor ada jumpa cyst, tapi bila scan balik cyst tu dah takde”.
Dapatkan nasihat doktor ok. Jangan skip check up ibu mengandung
Bagaimana Set Hamil Shaklee Membantu Ibu Hamil Sihat, Cantik Dan Cyst pun hilang
ESP ada GENISTEIN yang bantu MUSNAHKAN radikal bebas dan sangat baik untuk uterus & ovari
VITA C, antioksidan selain banty musnahkan radikal bebas juga punca cyst, sangat membantu mengecutkan cyst.
OMEGA GUARD bersifat anti inflammatory (radang). Cyst tu sendiri ialah keradangan. Inshaa allah bantu kecutkan cyst. Omega guard ni, omega-3.