Testimoni shaklee untuk kesuburan memang banyak. Jom baca lagi kisah terbaik di bawah.
Konsisten 3 Bulan Set Kesuburan
TESTIMONI 004: NURUL AIN NAJWA ROSLI
Assalammualaikum wbt.
Nama saya Nurul Ain Najwa Rosli, sudah berumur 28 tahun pada bulan November ini. Actually saya adalah staff kepada Master Hadhatina dan Master Kamarul.
Alhamdulillah, saya juga telah diberi peluang oleh mereka untuk saya kongsi testimoni saya kepada semua. Bagi saya cerita saya ini akan memberi inspirasi kepada semua pasangan yang baru berkahwin dan yang ingin mempunyai zuriat. Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, saya juga seorang SID yang baru mendaftar pada tahun ini. Saya memang sangat menyukai Shaklee ini sebelum saya mendaftar sebagai ahli lagi.
Saya ingin bercerita tentang pengalaman dahulu sebelum mempunyai anak lagi. Alkisahnya bermula sebelum saya menjadi ahli Shaklee. Untuk makluman, saya berkahwin pada 13 September 2013. Memang sebelum saya berkahwin lagi saya mempunyai masalah haid yang tidak teratur atau lebih dikenali sebagai masalah hormon yang tidak stabil.
Orang cakap jika kita mengalami masalah di atas, agak sukar untuk hamil. Memang benar pada saya,setelah tunggu hampir 3 bulan, saya masih tidak hamil dan period saya pun masih tidak teratur.
Sampailah satu hari tu, kawan saya consult saya untuk ambil Set Kesuburan Shaklee. Dalam set kesuburan tu ada 3 produk yang perlu saya ambil iatu GLA Complex, Alfalfa Complex dan ESP. Apa salahnya saya mencuba kan. Ni pun atas sokongan suami saya jugak. GLA Complex tu saya ambil untuk menjadikan hormon saya stabil dan period saya akan teratur. Ia mengandungi Vitamin E dan gamma linolenic acid (GLA) yang juga memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan dan hilang mood.
Alfalfa Complex pula membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid.
Akhir sekali, saya ambil ESP yang sangat disukai ramai ni. ESP merupakan salah satu produk untuk membantu dalam meningkatkan kesuburan yang mana penting dalam persediaan rahim menerima janin.
Sangat bersyukur setelah 3 bulan konsisten mangambil set kesuburan ini, memang period saya kembali teratur setiap bulan dan saya telah dikejutkan dengan berita gembira yang saya telah hamil anak pertama pada masa itu.
Dahulunya lama kami berdua sahaja then selepas itu Alhamdulillah kami telah bertiga.
Saya fikir saya memang tidak boleh hamil, tapi Allah itu maha berkuasa. Saya juga sedang hamil anak kedua. Saya bersyukur sangat kerana diperkenalkan dengan Shaklee. Vitamin Shaklee ini hanyalah sebahagian daripada usaha sahaja.
Taraf kesihatan pada suami isteri turut menjadi faktor utama kesuburan, dan pastinya rezeki ini datang dari Allah Yang Maha Esa. Amin.
Love U Shaklee
PENANTIAN 6 TAHUN UNTUK ZURIAT PERTAMA BERAKHIR DENGAN BANTUAN SUPLEMEN SHAKLEE
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3
TESTIMONI 15: SULHANA SHUHAIMI
Dalam hidup ini kita diberi dugaan & ujian yang berbeza dan pastinya setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Saya dan suami menunggu selama enam tahun untuk menimang cahayamata dan hanya yang melaluinya sahaja faham, perasaan kami.
Saya mula mengamalkan set kesuburan shaklee pada Jan 2012, selepas 6 bulan mengamalkannya saya telah disahkan hamil. Semasa hamil dan didalam pantang saya juga menggunakan set yang berkaitan.
Lebih membanggakan sebagai seorang ibu sehingga ke saat ini bayi saya sudah berusia 5 bulan menikmati susu ibu sepenuhnya dimana saya langsung tidak mengalami masalah kekurangan susu walaupun di dalam bulan puasa.Selain itu, bayi saya mempunyai kulit yang gebu dan badan yang tegap.
Kesimpulannya saya mendapat pelbagai manfaat dengan produk shaklee bermula dengan set kesuburan, set kehamilan,set berpantang dan set menyusu. Bukan kemenangan yang saya harapkan cukuplah sekadar berkongsi secebis pengalaman. Nama bayi saya Nur Damia Najiha Binti Ismadi. Sekian.
SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE-6
TESTIMONI 13 : IRDAYATI ABDUL AIR
[ASALNYA NAK MANTAPKAN ASET LAIN, TAPI TERHAMIL PULA!]
Sejak aktif berbisnes Shaklee dari tahun 2013 dulu, alhamdulillah saya telah berjaya membantu ramai wanita di luar sana yang asalnya mempunyai masalah kitaran haid dan kesuburan. Ada antara mereka yang setahun cuma 2 kali sahaja datang haid; dan menghadapi masalah sukar untuk hamil selepas berkahwin selama beberapa tahun.
Biasanya, saya memang akan cadangkan Set Kesuburan Isteri untuk wanita yang menghadapi masalah begini. Set Kesuburan Isteri yang biasa saya cadangkan mengandungi GLA Complex, Vitalea, ESP dan Omega Guard. Kesemua vitamin dalam set ini mengandungi nutrisi yang sangat penting untuk menstabilkan hormon wanita serta meningkatkan tahap kesuburan isteri agar mempunyai kitaran haid yang stabil; sekaligus lebih tinggi peluang untuk hamil.
Dalam kesemua item dalam Set Kesuburan Isteri itu, saya sememangnya mengamalkan pengambilan Vitalea, ESP dan Omega Guard setiap hari untuk tujuan kesihatan asas. Namun, walaupun saya telah berjaya menjual & membantu ramai wanita dengan GLA Complex, saya sendiri langsung tidak pernah mengambilnya! Kenapa? Semuanya kerana Encik Suami saya yang masih belum mahu menambah bilangan cahaya mata kami. Beliau risau, jika saya ambil GLA Complex, saya akan hamil! Almaklumlah, sudah banyak testimoni, kan?
Namun, pada suatu hari dalam group mentor saya, kami berbincang tentang kesan hebat GLA Complex selain daripada meningkatkan kesuburan. Rupanya GLA Complex juga sangat membantu untuk meningkatkan ‘prestasi isteri ketika bersama suami’ serta mampu menganjalkan payudara! Apa lagi, saya pun sangat teruja untuk mencubanya!
Lantas, bulan hadapannya saya terus membeli sebotol GLA Complex untuk pengambilan sendiri. Tujuannya? Sudah tentu untuk 2 tujuan yang dibincangkan oleh rakan seperjuangan tadi.
Rupa-rupanya, lain yang terjadi! Bulan itu saya lewat datang haid. Waktu itu, baru setengah botol GLA Complex sahaja yang saya telah ambil. Bila dah lewat haid, saya terus berhenti ambil GLA Complex. Sepertimana 2 kehamilan sebelum ini, apabila genap 5 hari lewat datang haid, saya pun membuat UPT sendiri di rumah. Dan hasilnya adalah POSITIF!
Sesungguhnya saya tak menyangka secepat itu kesan asbab pengambilan GLA Complex kepada saya! Alhamdulillah. Walhal, sebelum itu hampir setahun juga saya dan suami kononnya mahu santai-santai sahaja mencuba untuk mendapatkan cahaya mata ketiga.
Saranan saya untuk para isteri yang sudah lama mencuba untuk mendapatkan zuriat, cubalah ikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee. Sama ada pasti hamil atau tidak, itu urusan Allah SWT. Namun, apa yang pasti ikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee adalah cara yang dijamin selamat dan telah terbukti berkesan kepada ramai pasangan suami isteri; termasuk saya sendiri.