keputihan

Keputihan pada wanita memang biasa . Memang keputihan menjadi igauan kepada wanita, dengan rasa tak selesa dan sebagainya. Jangan abaikan masalah keputihan, kerana keputihan juga boleh memudaratkan kesihatan.

Apakah itu keputihan?

Di kalangan pakar perubatan, keputihan dikenali dengan istilah Leucorrhoe atau Fluor Albus. keputihan sebenarnya adalah cairan yang keluar dari vagina. keputihan ada dua jenis iaitu normal dan abnormal yang sudah menjadi penyakit. kamu perlu prihatin dengan jenis keputihan kedua ini.

Keputihan Normal

Keputihan normal adalah apabila cairan yang keluar adalah bening, tidak berwarna, tidak berbau dan tidak gatal. Yang normal ini juga boleh dijadikan ukuran tingkat kesuburan si gadis. Sekiranya cairan putih bening ini sepanjang 20cm, ini menandakan yang kamu sangat subur. Cairan ini juga dikenali dengan nama cairan ovulasi.

Keputihan Teruk

Keputihan yang teruk apabila keputihan itu berupa cairan seperti susu, cairan yang likat dan liat berwarna kekuningan atau kadang-kadang seperti gumpalan keju yang boleh menimbulkan rasa gatal. Sekiranya agak parah, cairan ini boleh berwarna keabuan sehingga kehijauan dan berbau hanyir serta busuk.

Punca keputihan yang tidak normal

  1. Terlalu penat.
  2. Berada dalam situasi yang sangat tertekan.
  3. Jangkitan.

Jangkitan kuman yang menyebabkan keputihan yang teruk

  1. Kurap Candidas atau Monilia – Warna putih susu, likat, berbau yang agak kuat dan vagina menjadi gatal.
  2. Parasit Trichomonas Vaginalis – Cairan keputihan akibat parasit kental, berbuih, berwarna kuning atau kehijauan dengan bau hanyir.
  3. Bakteria Gardnella – Boleh membuatkan vagina rasa gatal dan sangat terganggu. warna cairannya adalah keabuan, berair, berbuih dan berbau hanyir.
  4. Virus – Keputihan akibat infeksi virus juga sering ditimbulkan akibat penyakit kelamin seperti Condyloma, herpes, HIV / AIDS.
  5. Benda asing – Hal yang satu ini kita sering abaikan, namun sebenarnya ia sangat penting. Benda-benda yang tidak sengaja masuk ke dalam vagina seperti rambut ataupun benang dari seluar dalam.

Cara mengatasi keputihan 

  1. Pastikan seluar dalam sentiasa di tukar setiap hari
  2. Pastikan vagina berada keadaan kering.Vagina yang lembap akan menyebabkan bakteria aktif & menyebabkan ketidakselesaan
  3. Pengambilan makanan atau vitamin bagi membantu keputihan
keputihan pada wanita

Tanda Warna Pada Keputihan

Tanda-tanda penyakit akibat daripada keputihan boleh diamati menerusi ciri dan warna lelehan yang keluar apabila keputihan berlaku. Namun, perlu diketahui bahawa bukan semua lelehan yang keluar itu merupakan tanda penyakit.

Dalam kebanyakan kes, masalah keputihan yang kerap berlaku kepada para wanita adalah disebabkan oleh pembiakan kulat dan ianya termasuklah wanita yang sedang hamil. Namun, apabila masalah menjadi lebih kronik, pemeriksaan perlu dilakukan kerana dikhuatiri ia mempunyai kaitan dengan masalah kencing manis ketika hamil. Bagi wanita yang tidak hamil, keputihan lazimnya berlaku sewaktu stres ataupun ketika imuniti tubuh menjadi lemah.

Berikut adalah antara warna-warni lelehan yang perlu diberi perhatian:

1. Jernih

Sekiranya, lelehan yang dialami berwarna jernih dan banyak lendir tetapi tidak berbau, anda tidak perlu risau. Keadaan ini merupakan sesuatu yang normal. Lazimnya, lelehan daripada warna seperti ini akan keluar dua minggu sebelum haid, sekitar waktu subur atau apabila hormon estrogen berlebihan ataupun stres malah keputihan seperti ini turut sering dialami juga oleh kebanyakan wanita hamil.

2. Putih

Lain pula halnya jika lelehan yang keluar berwarna putih, berair dan berbau busuk. malah, jika kegatalan di sekitar kemaluan dialami dan disertai dengan rasa sakit ketika membuang air kecil maka kemungkinan besar anda mengalami jangkitan yang disebabkan oleh sejenis kulat dikenali sebagai candida albicans. Kulat ini sememangnya paling sering hinggap di bahagian intim wanita dan akan membiak dengan cepat apabila pH tidak seimbang.

3. Putih Pekat

Sekiranya lelehan yang keluar kelihatan seperti susu pekat, melekit, sangat banyak dengan bau yang tidak begitu menyenangkan, berkemungkinan berlaku radang pada serviks dan vagina. Dalam keadaan tertentu terutamanya ketika keadaan menjadi lebih teruk, rupa lelehan itu akan kelihatan seperti tairu. Untuk makluman anda, masalah ini sebenarnya turut berpunca daripada jangkitan candida albicans.

4. Coklat

Lelehan yang berwarna coklat, berair, sangat banyak dan lembap merupakan petanda anda mengalami masalah gangguan pembuluh darah pada serviks atau endometriosis. Warna coklat tersebut timbul akibat perdarahan seperti keguguran, haid tidak teratur ataupun darah segar yang apabila kering bertukar warna menjadi coklat.

Perkataan endometriosis berasal daripada endometrium iaitu lapisan dinding atau tisu yang menyaluti permukaan kulit dalam rahim dan penyakit ini dipercayai berlaku apabila darah haid yang sepatutnya turun melalui saluran uterus ke vagina mengalami penolakan ke atas dan kemudian keluar melalui tiub falopio dan menyelaputi dinding luar rahim.

Bendalir yang menyelaputi dinding rahim itu lama kelamaan akan menjadi tebal mengakibatkan organ berhampiran rahim iaitu usus, pundi kencing akan melekat antara satu sama lain dan setakat ini kes yang pernah ditemui – tisu berkenaan boleh merebak sehingga ke paru-paru.

Keadaan ini jika berterusan akan menyebabkan tiub falopio menghasilkan belon cecair yang mengandungi darah lama yang juga dikenali sebagai ‘choclate cyst’ dan ini akan mengakibatkan kemandulan

sumber  

5. Merah muda

Bagi anda yang mungkin mengalami lelehan yang berwarna merah muda, cair, sangat banyak tetapi tidak berbau maka berkemungkinan berlaku jangkitan bakteria yang tidak khusus. Biasanya keputihan ini berlaku selepas bersalin. Selain daripada itu, ia juga mungkin haid, pendarahan di pangkal rahim, faraj atau dalam rahim. Antara lain, gejala ini turut timbul ketika anda mengalami masalah hormon estrogen berlebihan. keputihan pada wanita.

Antara Beberapa Tips Pilihan Yang Baik Jika Di Amalkan

  1. Elakkan dari pengunaan sabun, gel dan sebagainya. Hanya gunakan air suam bersih bagi mencuci bahagian luar faraj, atau gunakan pembersih peribadi khas yang ada pH3.8-4.2
  2. Elakkan menyembur dengan air kedalam faraj ianya boleh menganggu keseimbangan flora bakteria didalam faraj dan boleh menyebabkan jangkitan
  3. Selalu keringkan dahulu faraj sebelum memakai seluar dalam dan jangan sesekali memakai seluar dalam yang lembab untuk jangka waktu yang lama
  4. Hindari dari memakai bedak di kawasan kemaluan disebabkan partikel-partikel halus yang mudah terselit dicelah kulit boleh mengundang bakteria bersarang
  5. Pastikan kerap menukar pad sewaktu haid dan elakkan pengunaan yang terlalu lama
  6. Gunakan alas seluar dalam (panty liner)jenis “unscented” dan yang dapat mengalirkan udara untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan. Elakkan wangian dan pencuci antiseptik kerana perbuatan ini hanya akan memburukkan keadaan. 
  7. Pastikan mencuci dubur selepas membuang”hajat”dilakukan dengan betul iaitu sapu dari depan tolak kebelakang,ini boleh mengelakkan bakteria di dubur seperti e coli atau cacing kerawit masuk kedalam lubang faraj atau kencing
  8. Cuba sedaya upaya untuk mengamalkan diet bersumberkan bakteria baik seperti yogurt, yakult, sayuran hijau, sayur bendi sekurang-kurangnya sekali seminggu bagi menguatkan pertahanan tubuh dari diserang mikroorganisma patogen.

sumber

Bagaimana nak rawat keputihan berketul ketul , berbau ini

testimoni alfalfa keputihan
masalah keputihan alfalfa complex
keputihan pada wanita alfalfa
keputihan pada wanita tiada
keputihan berbau berketul
keputihan alfalfa milk booster

Ramai wanita menganggap keputihan itu adalah gejala yang normal dan akan sembuh dengan sendirinya. Tetapi ANDA silap! Keputihan adalah lebih jauh daripada itu…

Tahukah anda bahawa keputihan pada wanita terjadi disebabkan antara 2 sebab ini. Iaitu jangkitan bakteria seperti Bacteria Vaginosis ataupun kulat seperti Trichomoniasis dan Candida Albican.

punca keputihan jangkitan kuman

Alfalfa Complex adalah tumbuhan semulajadi yang kaya denga serat dan florofil. Ia adalah antara suplemen yang bersifat ANTIHISTAMIN, ANTI BAKTERIA DAN ANTI KULAT. Alfalfa sangat membantu terutama sekali berkaitan masalah dalaman wanita.

Ia juga mengandungi phytoestrogens yang berfungsi seperti Kacip Fatimah. Sifat ini sangat membantu terutamanya bagi mereka yang mempunyai masalah dalam “hubungan” suami isteri. WOW!

Keputihan teruk sehingga tidak selesa? Suami komplen? Maka jom kita bantu rawat dari dalam dengan ALFALFA

Alfalfa sesuai untuk yang sudah berkahwin dan juga yang belum berkahwin. keputihan pada wanita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *