Katarak Mata

katarak mata

Masalah katarak atau selaput mata, terjadi disebabkan pertumbuhan fibriosis yang membentuk selaput nipis dibahagian putih mata yang terbentuk segitiga di kornea mata.

Kebiasaannya pesakit akan mula mengalami kekaburan penglihatan dan silau apabila melihat ke arah cahaya yang terang.

Kekaburan penglihatan ni berlaku secara perlahan-lahan dan pesakit berasa seolah-olah ada asap atau kabus di depan mata.

Siapa Yang Berisiko Untuk Mendapat Masalah Katarak Mata

1. Kebiasaannya masalah selaput mata ini berlaku pada mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Apabila meningkat usia 75 tahun pula, hampir semua orang akan mengalami katarak di salh satu atau kedua-dua belah mata.

2. Pesakit yang mengidap penyakjt yang boleh mengganggu sarat mata seperti diabetes.

3. Sesiapa sahaja yang mengalami kecederaan pada mata, trauma ke atas mata terutamanya apabila mata seseorng itu menerima hentakan atau tumbukan kuat.

Apakah Kesan Masalah Katarak Mata, Adakah Ianya Merbahaya.

  • Pesakit yang mengalami katarak atau selaput mata ini, akan mengalami gangguan penglihatan yang ketara terutama pada jarak dekat.
  • Pesakit mengalami kesukaran untuk membaca dan menulis.
  • Risiko glukoma dan radang mata akan meningkat. Radang mata yang diakibatkan dari katarak boleh menyebabkan buta kekal kepada pesakit.

Rawatan Untuk Masalah Katarak Mata.

Pada peringkat awal menggunakan cermin mata boleh membantu mengembalikan penglihatan. Namun, apabila katarak mata mula mengganggu penglihatan kaedah pembedahan terpaksa dilakukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *