Jaga Makan Wajib, Suplemen Sunat

Jaga Makan Wajib, Suplemen Sunat ? Hari ini kami bincang tentang kepentingan jaga makan. Sebab ada yang mengadu sukar berat nak turun. Jadi saya pun tekankan kembali, jaga makan itu penting. Suplemen ini sunat. Tapi bukan bermakna tinggal. Malah kajian membuktikan tambahan suplemen ini boleh menambah markah extra jadi kesihatan kita lebih cemerlang

Jaga Makan Wajib, Suplemen Sunat

Benda ini pun ditekankan kembali oleh puan Aza. Ramai orang makan shaklee, tapi lifestyle tak jaga betul betul. Lepas itu saya pun berkongsi tentang cara untuk kurus. Ada yang kata banyak mazhab, tapi sebenarnya nak turunkan berat badan, wajib jaga kalori masuk kalori keluar. Saya kongsi kisah seorang cikgu di amerika sana, makan mcdonald pun boleh turun, ahhaha

https://www.theguardian.com/us-news/2023/jun/03/mcdonalds-diet-weight-loss/

Saya tekankan juga pemilihan diet ni penting. Kadang kadang kita tengok orang tuh kurus, tapi muka tua, itupun dah tak betul sebenarnya. Sekarang ini pula ada bodybuilder yang mati muda. Macam macam hal.

Saya pesan lagi, nak kurus kena faham betul betul. Cuba target fat loss. Fat loss ni penting, barulah kita nampak betul betul fit dan sihat. Saya akui masih belum dapat lakukan fat loss dengan betul. Bodyfat saya pun tinggi, BMI normal tapi perut naik.

Lagi satu jangan kita seronok buat detox atau protokol kurus yang sekejap. Kalau dapat result, terus tak jaga makan. Ini dikongsikan oleh puan Fadzilah Ismail. Masa buat detox turun 10kg, lepas tuh tak jaga, naik berbelas kilo pulak. Nasib baik dia belajar balik dan sekarang boleh menten berat badan.

jaga makan wajib

Plant Based Diet vs Detox Protokol

Husna (bukan nama sebenar) pm personal saya , sebab kagum sangat tgk gambar nih. Sejak saya ceritanpasal plant based diet, ramai tertarik dengan istilah nih. Ada jugak yang tanya , ada beza ke dengan detox 7 hari ? Ok meh abang terangkan

Plant Based Diet ialah kita banyakkan tumbuhan . Macam saya ayam daging telur ikan tak makan sangat. Tapi bukanlah tak makan langsung. Masa jamuan family day, makanlah sikit. Sayur pun takdelah raw mcm makan salad je. Tapi ulam banyak bagus supaya kita tak membedal nasi putih banyak.

Saya suka cara nih, sebab senang menten. Sekarang pun dah sebulan lebih buat. Masuk pulak bulan puasa, nak.tengok kesannya bila kita banyakkan tumbuhan dalam diet harian. Kiranya bila dah biasa, nak pergi mana mana pun ok, sebab makan badan dah biasa makan tumbuhan.

Detox 7 harituh lebih kepada protokol. Kita ikut meal plan dia, dari day 1 sampai day 7, lepas tuh continue sampai 30 hari. Tujuan dia untuk detox semua kotoran dalam badan. Result dia memang cepat , ada yang boleh turun 4 kg dalam 7 hari. Memang power.

Cumanya kelemahan detox 7 harini kita buat sekali je. Ianya macam kepada protokol . Lepas dah dapat result, kita tak buat dah. End up ramai saya tengok ramai yang rebound balik berat badan. Lagi satu ada masa tuh kena makan salad je dalam.sehari tanpa nasi. Saya pun tak.tahan kalau macam tuh.

Jadi apapun cara, fikir long term, pilih cara hidup yang kita.boleh buat sampai akhir hayat

Tips Makan Sayur Dekat Kedai

Saya dapat pertanyaan dari puan Shaza, beliau dah cuba dua hari makan sayur banyak.

jaga makan wajib

Untuk yang atas ni dia rasa kenyang. Betul tuh, sebab ada tempe sebagai protein extra kat situ.

sayur mamak

Resipi kedua makan sayur dekat mamak,kurang kenyang. Sebab sayur mamak ni limited. Yang ada hanya ayam goreng dan lain lain lagi.

Makan kedai nih, kena pandai cari kedai yang ada jual ulam. Baru best.

Perkongsian kak noramiza nih bagus, seeloknya makanlah di rumah.

Saya dari dulu tk suka mkn kedai. Suka masak sendiri.

Jika mkn kedai, pilih yg masakan kampung sbb ada ulam dan sambal belacan.

Sekarang dh 57 tapi masih kuat alhamdulillah. Adik ipar selalu buat lawak..
“Nok tau usia mu sebenar, keno tengok ic baru tau.”

Bagi saya walau sudah tua, kena aktif. Pagi2 saya buat kerja di panas matahari. Setiap minggu saya ke kelas zumba.

Ok dah. Maaf lama menulis. jaga makan wajib.

Tips Masak Sayur Sedap

Saya suka masak..

Sayur campur masak lemak putih. Pelbagai warna sayur, wajibkan boh tempe ????, Santan biar pekat, sedikit belacan fresh, bawang merah. Ada rasa manis, sedap.

Selain tu, suka buat lawa ikan. Ikan tu syarat je ( ikan mentah yg dimasak dgn cara diperahkan limau nipis ke atas nya ). Campurkan sayur kacang panjang, daun kesom, cili api, kangkung yg dipotong halus.

Kadang goreng apa juga sayur campur, letak belavan fresh atau bilis dan bawang merah dan putih.

Buat salad ( belajar dgn Sukmawati ???? )

Ulam mentah cicah budu…atau sambal belacan…jering, petai, bende, terung, kuntit muda, daun kesom, kacang botol, ulam raja.

Sebenar nya jika rajin banyak je cara dan dan termasak pun ???? sayur sayur ni. ???? Moga kita semua dpt fokus sihatkan badan kita.

Paling utama lagi mintak Allah bg rajin dan banyakkan istighfar dan selawat.

Allaahimma solli ala sayyidina Muhammad waala aali sayyidina Muhammad.

Selamat petang semua ????. Terima kasih sabar membaca nya.

Daging Palsu ?

kecoh ada daging palsu di pasaran.
nak tiru tekstur daging, dia letak ‘glue’ dalam tu.
jadi macam daging sebenar, susah nak beza.
kita pun makan.
kenyang dan risiko kanser datang sekali pakej.

Macam mana nak beza daging sebenar atau daging palsu?

‘Transglutaminase’ – ini bahan yang ada dalam daging tiruan.

semak pada label packaging daging.atau pada senarai ingredients.
Terutama daging frozen, jika ada tertulis TG enzyme atau TGP enzyme, elakkan.
Semua ini penyebab tinggi risiko kanser.

belajar sesuatu? jaga makan wajib.

share bagi semua ambil maklum juga.

kredit – drrizal

sambal jawa

Sambal Jawa Sedap

Pagi ini Master Zarith platinum share macam mana nak buat sambal jawa yang padu dan sedap. Resepi dan panduan yang dikongsikan

-Kentang, tempeh, tauhu semua potong2 dadu/ potong kecik n goreng. -Ketepikan semua, tumis bawang merah dan bawang putih yg di hiris, masukkan udang kecik2 yg putih tu.. dah masak, masukkan carrot dulu, sebab dia keras kan, nak bg lembut sikit. -Dah masak, masukkan semua yg goreng td tu, kacang panjang, suh hun, tauhu kering, santan, belacan, air asam. -perasakan dengan garam dan gula sikitt sgt. Kalau ada mushroom seasoning organik tu, letak sekali

Bak kata master zarith ada 3 jenis sambal goreng, yg bandar, yg jawa dan sambal goreng singapore (ni warna oren sbb dorg pakai minyak carrot).

Kak ct pula sudi kongsi cara masak sambal jawa yang padu

Ada 2 part lah klu yg jawa ni A. Bahan2 mayang. Bawang besar Halia Bawang putih Then goreng skit bg layur

B. Bahan blend Cili kering/paste 2 sudu gitu Bawang kecik 2bj Kunyit Tumis A ketepikan. Then tumis B sampai naik minyak. Masukkn satan + belacan + air asam. Masukkn udang/kupang/kerang. Bg masak Pastu br bhn² lain. Eg carrot, kacan pnjg yg keras. Pastu tauhu tempe, tauhu kering suhun dll Jgn smpi kering sgt. Blh buh lg santan utk bg lembap skit. Last season to taste

Lebih byk bawang mayang lebih sedap. Manis sambal gorengnya Ehh lupa mayang2 tu mayang cili merah hidup jgk. Bg color. Pon goreng lembap A. Bahan2 mayang. Bawang besar Halia Bawang putih Lada merah hidup 2-3bj Then goreng lembap skit bg layur

B. Bahan blend Cili kering/paste 2 sudu gitu Bawang kecik 2bj Kunyit

Wah harini belajar memasak pula. Sedap weih sambal jawa, tempe ni protein tumbuhan yang bagus !!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *