GLA Shaklee Rawat Jerawat ?

GLA Shaklee Rawat Jerawat ? GLA Complex Shaklee memang bagus untuk wanita. Tapi apa yang lagi best ialah GLA Complex boleh buat kulit kita makin cantik

KULIT BERMINYAK

Kulit berminyak boleh mengakibatkan keradangan dan jerawat akibat liang roma yang tersumbat. Selain itu kulit berminyak sebenarnya boleh berlaku kepada semua peringkat usia seawal usia remaja dan juga wanita pertengahan umur.

Dan penyebab jerawat untuk remaja dan wanita berusia adalah kulit berminyak tak lain dan tak bukan adalah disebabkan oleh HORMON YANG TIDAK SEIMBANG. Jika anda mempunyai kulit berminyak walaupun kitar haid anda tetap, berkemungkinan juga anda mempunyai hormon yang kurang stabil. Kulit berminyak adalah simptom bahawa dalaman anda terganggu.

BAGAIMANA HORMON DIHASILKAN ?

Sistem endokrin yang menghasilkan hormon. Walaubagaimanapun, tubuh kita mempunyai sistem semulajadi untuk menghasilkan berapa banyak hormon yang dihasilkan dalam sistem endokrin kita dan menapisnya daripada darah.

Tetapi, terdapat juga regulator hormon yang mana ia menentukan sebanyak mana hormon dalam setiap sistem tubuh kita. Hormon regulator ini boleh di namakan sebagai pre-kursor hormon.

Pre-kursor hormon ini di bina dari LEMAK. Tapi bukan sebarangan lemak tau..

Hormon pre-kursor yang berbeza dihasilkan oleh lemak yang berbeza. Sesetengahnya menyebabkan pembengkakan dan sesetengahnya pula mencegah pembengkakan.

Terlalu banyak lemak yang ‘salah’ boleh menyebabkan tubuh kita menghasilkan pre-kursor yang akan ‘membengkakkan’ jerawat kita. Lemak yang ‘betul’ pula menghalang pembengkakan, ditambah dengan keseimbangan hormon semulajadi, kesan anti-pembengkakan juga anti-jerawat. Selain itu lemak ‘baik’ yang sangat penting untuk mengimbangi hormon penyebab jerawat adalah yang paling SUSAH DIDAPATI dari diet.

Lemak ‘baik’ itu adalah GLA! GLA mempunyai sifat mengimbangi hormon yang sangat kuat. Jika diambil bersama-sama vitamin A (Carotomax), ia adalah gabungan meletop yang mampu memperbaiki dan menghapuskan jerawat!

PUNCA JERAWAT GOLONGAN REMAJA

Adik tahu kan, golongan remaja adalah golongan yang sedang dalam fasa untuk menjadi dewasa. Dalam proses menjadi dewasa, akan berlaku perubahan hormon dan kebanyakan masa ianya tidak stabil. Biasanya punca jerawat di kalangan pelajar dan remaja adalah disebabkan beberapa faktor seperti dibawah:

1.Perubahan Hormon
Perubahan hormon merupakan antara faktor terbesar yang mencetuskan jerawat. Hormon yang tak seimbang akan buat kalenjar minyak kulit muka mengeluarkan minyak berlebihan dan menyebabkan liang pori tersumbat.Liang pori yang tersumbat dan dijangkiti bakteria akan menyebabkan jerawat.

2. Kulit kurang nutrisi
Remaja biasanya kurang menjaga pemakanan. Bila kurang menjaga pemakanan, mereka juga biasanya akan mendapat kulit yang tak sihat. Kulit yang tak sihat sukar melawan bakteria didalam liang kulit. Bakteria akan menjadikan jerawat merah dan bengkak.

3. Kurang menjaga kebersihan
Memakai pencuci muka biasa saja tak cukup untuk memastikan kulit muka bersih. Tambahan pula, pelajar biasanya aktif dan banyak berpeluh. Bakteria lebih mudah membiak jika kita tak jaga kebersihan diri dan pakaian.

4. Tekanan / Stress
Stress atau pun tekanan sangat sinonim dengan dunia remaja dan pelajar. Nak cari kawan stress, nak masuk kelas stress, nak exam stress. Semua benda nak stress.haha.. Biasalah kan. Dunia remaja.hehe

TIPS MUDAH ATASI JERAWAT

  • Kurangkan makanan yang berminyak / bergoreng kerana ia penyebab utama jerawat
  • Kurangkan stress, hormon stress mengeluarkan lebih banyak sebum yang menghasilkan jerawat termasuk whiteheads / blackheads
  • Kurangkan makanan tinggi gula / minuman berkarbonat
  • Kurangkan pengambilan kafien kerana boleh mengganggu tidur (tidur tak cukup punca jerawat)
  • Elakkan process food kerana ia tidak bagus untuk kulit & kesihatan
  • Cuci muka 2x sehari (terlalu kerap boleh sebabkan kulit kering)
  • Jangan picit jerawat kerana ia boleh meninggalkan parut
  • Pastikan membuang setiap hari kerana toksin antara punca jerawat naik
  • Kurangkan pengambilan susu segar kerana ianya disuntik hormon pada lembu yang boleh memudaratkan jerawat
  • Jangan makan french fries kerana kandungan lemak / karbohidrat yang tinggi akan memberi kesan buruk kepada pengawalan / pemulihan jerawat
  • Elakkan penggunaan air panas / steam pada kulit kerana ia merosakkan lapisan minyak perlindungan semulajadi kulit, menyebabkan kulit kering, sensitif dan kulit kelihatan merah

GLA MAMPU RAWAT MASALAH JERAWAT

Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat kronik, kunci sebenarnya adalah jadikan sel badan anda sihat. Bila sel badan sihat, secara tidak langsung kulit akan jadi sihat. Jari pun kecewa tiada jerawat lagi hendak dipicit

Jerawat adalah disebabkan hormon tidak seimbang. Jika anda mempunyai kulit berminyak walaupun kitar haid anda normal, berkemungkinan juga anda mempunyai hormon yang tidak stabil. Kulit berminyak adalah simptom bahawa dalaman anda terganggu.

KELEBIHAN GLA COMPLEX

GLA Complex adalah suplemen yang sesuai untuk membantu mengatasi masalah hormon tidak seimbang, sekaligus menyelesaikan masalah kulit berminyak dan berjerawat.
Bagaimana GLA Complex Membantu memulihkan jerawat

GLA Complex membantu mengekalkan kestabilan bendalir semulajadi dan mencegah kehilangannya dari badan. GLA Complex juga berperanan memastikan kulit sentiasa lembap dan berfungsi memperbaiki sempadan bendalir kulit.

Memandangkan ia juga berperanan mengawal dan mengatur semula hormon tubuh, GLA Complex mampu merencat hormon pada kulit yang boleh menyebabkan jerawat. Antara tanda hormon tidak stabil ialah kemunculan jerawat yang banyak terutama semasa kedatangan haid. gla shaklee rawat jerawat.

GLA COMPLEX SHAKLEE

GLA Complex Shaklee telah diekstrak dari borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA (Gamma-Linolenic Acid) dalam Evening Primrose Oil (EPO). Borage juga adalah 3x lebih dari segi bioavailabiliti dan 3x lebih berkesan daripada EPO. Borage yang digunakan adalah ditanam secara organik dikawasan Saskatchewan.

GLA Complex Shaklee juga mengandungi minyak sunflower dan Vitamin E bagi meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya. Manfaat utama GLA Complex Shaklee antaranya :

  • Melambatkan menopaus. Memperbaiki keadaan menopaus seperti insomnia, tekanan dan ketidakhadaman.
  • Memperbaiki keradangan. Pengambilan GLA dapat mengurangkan keradangan kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik-bintik penuaan, dan meringankan sakit dan bengkak disebabkan artritis, rheumatisma.
  • Menentang kanser. GLA adalah antioksida yang dapat meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.
  • Mengawal selia hormon estrogen dan testosteron. GLA adalah penting dalam membentuk prostaglandin yang mengawal hormon lelaki dan wanita. Ia juga dapat memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan ketika kedatang haid, sakit payudara dan mood yang berubah-rubah.
  • Menghalang tekanan darah tinggi. Ia dapat menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi.
  • Mengelak masalah jantung. Penyakit jantung dapat dielakkan seperti arteriosklerosis dan myocardial infarction.

GLA Complex Shaklee juga bermanfaat dalam memperbaiki prostatomegaly, menghalang komplikasi diabetes, pelangsingan, memperbaiki tekstur rambut dan memperbaiki kanak-kanak autisme. Dalam satu pil, pelbagai fungsi GLA kompleks ni kan?? gla shaklee rawat jerawat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *