Penyebab Mual Masa Period

Supplement Shaklee Hilangkan Mual, Loya, Morning Sickness Ketika hamil

PENYEBAB MUAL DAN MUNTAH MASA PERIOD.

Ada wanita akan merasa mual sebelum dan semasa datang haid. Namun ramai yang tidak merasainya. Ini kerana tubuh setiap wanita adalah berbeza jadi gejala dan tahap keterukan mual juga berlainan. Selain rasa mual dan muntah antara tanda-tanda haid yang lain adalah:

  • Perubahan mood, mudah marah, tidak dapat dielakkan;
  • kecemasan;
  • keletihan;
  • sakit kepala;
  • mual;
  • perubahan suhu;
  • sakit pada organ-organ genital dalaman;
  • ruam dan kerengsaan pada kulit.

Mengapa mual berlaku?

Untuk memahami mengapa sebahagian wanita merasa mual ketika haid dan ada yang tidak adalah berkaitan dengan pusingan haid dan sistem pencernaan secara umum.

Seperti yang diketahui mual sebelum dan selama period adalah disebabkan oleh perubahan hormon prostaglandin.

Sebelum haid setiap wanita akan mengeluarkan hormon prostaglandin. Ini bagi membolehkan kontraksi otot berlaku pada lapisan endometrium rahim dan membolehkan haid berlaku. Namun, kadar prostaglandin yang terlalu tinggi pada sesetengah wanita menyebabkan kontraksi pada perut dan juga usus.

Apabila ini berlaku wanita akan berasa mual dan ingin muntah sehingga mengakibatkan rasa memulas pada perut. Namun paras hormon ini akan menurun selepas beberapa hari haid.

Mual dan muntah juga adalah gejala biasa yang timbul dalam sindrom PMS ( pramenstruer). Keadaan ini disebabkan oleh turun naik hormon yang berlaku di sekitar tempoh haid, yang membawa kepada loya dan muntah yang berlebihan.

Sesetengah wanita juga boleh mengalami sakit haid yang berlebihan atau migrain pada permulaan haid. Gejala-gejala ini pada amnya secara beransur-ansur berkurangan dan hilang. Untuk mengurangkan permulaan loya dan muntah apa yang boleh dilakukan adalah:

  • Makan dengan jumlah yang sedikit (5-6 kali sehari).
  • Elakkan memakan makanan yang pedas, berlemak, berasid atau gas
  • Pilih jenis makanan yang lembut dan mudah dicerna
  • Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi
  • Makan dan minum perlahan-lahan untuk mengelakkan loya
  • Mengonsumsi air halia atau gula-gula halia boleh membantu mengurangkan loya
  • Dapatkan rehat yang cukup dan dapatkan tidur yang cukup
  • Jangan terlalu letih, hadkan aktiviti fizikal berat
  • Mengurangkan tekanan
  • Amalakn Habatussauda utk menghilangkan rasa pening dan mual. Ia juga membantu mengeluarkn angin yg ada dlm badan. Dan mengurangkan rasa sakit2 bdn.

Tetapi jika anda mengalami loya dan muntah berlebihan, anda harus bertemu untuk mendapatkan rawatan lanjut. Doktor akan melakukan pemeriksaan untuk mengetahui kemungkinan sebab-sebab yang lain, dan menentukan rawatan sesuai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *