Tips Atasi Kentut Vagina

tips atasi kentut vagina

Kenapa Ada Wanita Kentut Melalui Faraj ? Kentut faraj atau kentut vagina. Sebenarnya ramai wanita yang mengalaminya, tetapi tidak ambil peduli atau mungkin mereka tidak tahu ianya adalah masalah kentut vagina.

Apa itu kentut vagina?

Vaginal Flatulence atau lebih dikenali kentut vagina ataupun faraj terkentut merupakan satu keadaan dimana alat kemaluan sulit wanita mengeluarkan udara dan menghasilkan bunyi seperti kentut. Ianya berlaku akibat udara terperangkap di dalam faraj ataupun di celah-celah lapisan labia majora lalu dilepaskan seperti mana kentut dubur berlaku.
Fenomena ini sering disalah anggap sebagai angin yang keluar dari bukaan faraj. 

Lebih menyulitkan lagi bukaan faraj tidak mempunyai deria rasa yang sensitif seperti bukaan dubur hingga membolehkan kita dapat merasai keluarnya angin dari bukaan faraj secara yakin.

Angin itu adalah udara di sekeliling,yang masuk ke dalam faraj, maka tidak berbau. Walaupun keluar angin daripada faraj dan berbunyi macam “kentut”.

Kenapa berlakunya kentut vagina?  

Kentut Vagina  sering dialami oleh wanita terutamanya yang telah menopause. Selain itu, ibu-ibu yang baru lepas melahirkan juga sering terdedah kepada masalah kentut vagina kerana alat sulit menjadi longgar selepas perineum digunting ataupun terkoyak semasa proses kelahiran.

Selepas melahirkan anak, lazimnya faraj akan mengembang dan keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila menopos. Kekenduran tisu pada faraj dan bibir di permukaan faraj berlaku apabila hormon kewanitaan (estrogen dan progesterone) tidak lagi dikeluarkan oleh kedua kilang ovari..Keadaan ini akan menyebabkan bibir di permukaan faraj renggang dan udara dapat memasukki ke dalam faraj terutama dalam posisi sujud.

Kentut Vagina juga berlaku apabila ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu. Seterusnya ia akan menyebabkan rahim jatuh keluar daripada faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.

Punca lain kentut vagina? 

  • Kehamilan
  • Melahirkan
  • Faktor usia dan menopause
  • Obesiti
  • Fibroid yang besar
  • Sembelit yang kronik

Kesan Akibat Masalah Kentut Vagina

Kentut vagina tidaklah membawa maut tetapi janganlah pula kita buat tidak tahu.Tahukah anda antara kesan lain yang akan berlaku jika kentut vagina tidak di kawal?

  • Rahim Jatuh (tombong
  • Masalah hubungan Intim suami isteri
  • Terkencing setiap kali batuk atau bersin
  • Kencing tidak puas
  • Rasa was-was samada wudhuk batal atau tidak

Kentut vagina berbau busuk? 

Jika angin yang keluar daripada faraj itu berbau busuk, masalah ini perlu dirujuk kepada doktor kerana ini menunjukkan terdapat saluran (fistula) yang menyambung antara usus dan faraj.

Terdapat juga kemungkinan jangkitan kuman pada faraj yang memerlukan kepada rawatan antibiotik.

Macam mana nak atasi masalah kentut vagina ni?

  • Elakkan berdiri terlalu lama
  • Amalkan pemakaian Girdle yang sesuai
  • Amalkan pemakanan seimbang untuk mengelakkan sembelit kronik
  • Elakkan meneran semasa membuang air besar lebih daripada 15 minit
  • Berdehem sampai tiada lagi angina atau titisan air semasa buang air kecil
  • Lakukan senaman pelvik atau lebih dikenali sebagai Senaman Kegel/Kemut

Senaman Kegel atau kemut ini sangat senang dilakukan. Anda boleh lakukannya pada bila-bila masa. Cara melakukan Senaman Kegel ialah duduk dan lakukan kemutan dalam 2-3 saat(bayangkan anda sedang menahan kencing). Senaman ini perlu dilakukan 3 sesi sehari iaitu 25 kali setiap sesi.

Bagaimana ALFAFA Complex Shaklee dapat membantu?

Alfafa dianggap sebagai kacip fatimah iaitu bertindak sebagai “PERAPAT” lalu mengembalikan hubungan hangat antara suami isteri.

Selain itu, dapat merawat masalahan keputihan, membesarkan dan menegangkan payudara. Alfafa juga dapat memulihkan urat selepas bersalin,merapatkan miss V, melancarkan sistem penghadaman, sebagai pelawas sesuai jika mengalami masalah sembelit dan paling penting untuk ibu-ibu yang menyusu alfafa dianggap sebagai milk booster kerana mebantu melancarkan penyusuan dan menambah susu badan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *