Supplement Kebas Kaki Tangan Organik Selamat Berkesan
1.VIVIX
Vivix dengan kandungan resveratrol dan polifenol membantu masalah berkaitan kebas dan saraf dari segi:
- Mengandungi resveratrol yang membantu mengurangkan keradangan saraf dan kesakitan secara keseluruhan
- Memperbaiki sel yang terdapat pada saraf.
- Membantu meningkatkan penghasilan tenaga pada sel saraf
- Menyekat pertimbunan AGE protein. AGE menyebabkan kemerosotan pelindung sel (myelin) dan memperlahan inpuls saraf.
- Menghalang pembentukan protein AGE. AGE juga menyebabkan sambungan silang protein kolagen di sekitar sendi menjadi kurang fleksibel dan tisu tulang menjadi rapuh
VIVIX sangat penting jika anda ada masalah kening manis, kolesterol tinggi.
2.Ostematrix
Kekurangan kalsium adalah antara penyebab gejala kebas kaki dan tangan. Ostematrix mengandungi kalsium dan magnesium pada nisbah seimbang di mana magnesium penting untuk penyerapan kalsium.
Diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut Mati, ostematrix mengandungi kalsium, magnesium, fosforus, zinc, vitamin D dan mangan. Mangan diketahui dapat menurunkan kandungan gula dalam darah. Dalam satu kajian, magnesium membantu meningkatkan fungsi sinaps dan isyarat neuron.
Ostematrix berkesan untuk membantu proses pengecutan pada otot dan saraf dengan sempurna supaya tekanan darah dapat berjalan dengan lebih lancar.
3.B Complex
Kekurangan vitamin B12 juga antara penyebab gejala kebas kaki dan tangan. Vitamin B12 melindungi pelindung saraf dan membersihkan badan anda daripada homocysteine iaitu sejenis sebatian berbahaya yang dikaitkan dengan strok dan penyakit kardiovaskular. Vitamin B1 pula memang terbukti membantu memperbaiki sistem saraf.
BComplex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin – B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin. B Complex juga menggalakkan sistem saraf yang sihat dan berfungsi.
4. Omega Guard
Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Neuroscience, menunjukkan bahawa asid lemak Omega 3 memainkan peranan penting dalam mempercepatkan pemulihan kecederaan saraf.
Kajian ini memberi tumpuan kepada sel-sel saraf periferal. Saraf periferal adalah saraf yang menghantar isyarat antara otak dan saraf tunjang, dan seluruh tubuh.
Saraf ini mempunyai keupayaan untuk menjana semula tetapi, walaupun kemajuan dalam teknik pembedahan, pesakit biasanya hanya mendapat pemulihan yang baik jika kecederaan mereka adalah kecil.
Asid lemak Omega 3 sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan normal badan dan telah banyak dikaji tentang manfaat kesihatannya. Oleh kerana tubuh manusia tidak mampu menghasilkan asid lemak Omega 3, kita perlu mendapatkannya melalui makanan seperti ikan berlemak seperti salmon dan sebagainya.
Asid lemak Omega 3 memberikan perlindungan yang ketara kepada sel dan menurunkan kematian sel.
Tahap asid lemak Omega 3 yang tinggi sangat membantu pemulihan kecederaan saraf. Asid lemak ini boleh memberi kesan yang baik dalam beberapa keadaan neurologi.