Risiko Buta Kudung

Risiko Buta Kudung ? Lebih 70 peratus penghidap kencing manis di negara ini menghadapi risiko buta kudung, strok, kegagalan jantung dan buah pinggang serta kudung kerana gagal mengawal paras gula dalam badan. Ini berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan tiga universiti tempatan terhadap 53,000 penghidap kencing manis seluruh negara.

Kajian itu mendapati hanya 22.5 peratus responden lulus ujian HbA1c dengan mempunyai paras kawalan gula dalam darah kurang 6.5 peratus seperti ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Manakala 77.5 peratus responden yang diuji itu mempunyai paras kandungan gula melebihi tahap ditetapkan, sekali gus meningkatkan risiko komplikasi akibat penyakit kronik itu.

Risiko Buta Kudung

Presiden Persatuan Diabetes, Prof Datuk Dr Ikram Shah Ismail, berkata kawalan paras gula dalam darah penting bagi mengelakkan komplikasi kerosakan sehingga buta, kegagalan buah pinggang, jantung, strok dan gangren yang menyebabkan kaki atau tangan terpaksa dipotong. Perubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance – IGT), atau kecacatan puasa glukos (Impaired fasting glucose – IFG).

Kawal Paras Gula Dalam Badan

Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diterbalikkan dengan kawalan permakanan yang betul., jika betul nak elak risiko buta kudung. Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu:

Pemakanan

Ramai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya.

Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.

Senaman

Senaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Selain itu senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita.

Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% – 60%.

Penjagaan berat badan

Telah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula di dalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.

Pemeriksaan diri sendiri

Seseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doctor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.

Pemeriksaan oleh doktor secara tahunan

Ujian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%.

Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% – 85%.

Pengambilan Ubat

Pengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.

sumber:  pmr.penerangan.gov

polifenol paras gula darah

Polifenol Boleh Elak Risiko Buta Kudung ?

Gaya hidup masa kini yang cenderung kepada makanan segera , kurang bersenam dan pelbagai bentuk tekanan yang di hadapi , membawa  kepada masalah kesihatan seperti kandungan paras gula yang tak terkawal dalam darah . Adakah anda tergolong dalam kumpulan ini ?

Apa itu Polifenols ?

Ianya merupakan bahan kimia  semulajadi yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan serta buah-buahan, yang berwarna .

Juga berfungsi melindungi diri mereka sendiri dari sebarang serangan  penyakit.
Paling banyak ditemui  dalam  tumbuhan yang berwarna gelap seperti Anggur dan Elderberry  pada bahagian biji benih dan juga kulit buah-buahan .

Apa Peranan Polifenols  ?

Peranan  penting polifenols  dalam :

i) mengekalkan tahap kesihatan  anda,
ii) melindungi sel-sel  dari kerosakan akibat radikal bebas ,
iii) mengekalkan paras gula darah yang normal.

Jom kita lihat bagaimana polifenols mengawal paras gula darah yang sihat . Polifenols  kawal paras gula darah dengan meningkatkan kepekaan insulin dan merangsang penghasilannya. 

Pertama :  polifenols dapat meningkatkan kepekaan  insulin terhadap glukosa .

Kalau insulin yang dihasilkan oleh badan  sensitif, maka , gula dalam darah akan di tukarkan kepada tenaga dengan lebih cepat dan mudah.

Kedua ; Polifenols merangsang pengeluaran Insulin oleh pankreas.

Penghasilan insulin yang cukup oleh  Pankreas  akan mengelakkan glukosa yang berlebihan dalam darah.

Kajian saintifik, menunjukkan  peranan polifenol dalam mengekalkan gula dalam darah adalah seperti berikut:

  • Mengawal atur penyerapan glukosa ke dalam darah.
  • Meningkatkan kepekaan insulin terhadap glukosa dalam darah.
  • Merangsang rembesan insulin oleh pankreas.
  • Meningkatkan proses penguraian glukosa kepada bentuk tenaga .

Sumber Polifenol Terbaik

Polifenol adalah bahan semulajadi yang boleh ditemui dalam buah-buahan, beri dan sayur-sayuran. Kajian saintifik menunjukkan pengambilan diet yang kaya polifenol tumbuhan dalam jangka masa panjang menawarkan perlindungan terhadap perkembangan pelbagai masalah kesihatan. Vivix® dan ResV mengandungi gandingan polifenol yang tepat untuk kekalkan keremajaan dan kehidupan penuh bertenaga!

Tahukah Anda? Makanan berwarna ungu mengandungi antioksidan yang dipanggil antosianin, yang melindunginya daripada kerosakan akibat UV, suhu sejuk dan punca tekanan lain.

Knotweed Jepun
Mengandungi polifenol utama dipanggil resveratrol.

Lobak Ungu
Mengandungi polifenol seperti antosianin dan lutein dengan ciri antioksidan yang hebat.

Elderberi Eropah
Mengandungi polifenol aktif seperti antosianin yang menawarkan ciri antioksidan, anti-keradangan dan antivirus.

Anggur Muscadine
Mengandungi ciri antioksidan yang sangat hebat dan tinggi dengan asid elagik dan ellagitannin, polifenol yang dikenali ramai.

Anggur Hitam
Kaya nutrien dan sarat dengan antioksidan, polifenol dan vitamin C.

Pomas Anggur dan Anggur Merah
Tinggi kandungan polifenol seperti proanthocyanidin yang menawarkan ciri antioksidan.

Delima
Sarat dengan nutrien penting termasuk ellagitannin, asid ellagik dan flavonoid.

Chebulic Myrobalan
Juga dikenali sebagai “Raja Ayurveda”, ia menawarkan manfaat terapeutik luar biasa dan mengandungi polifenol penting seperti asid gallik dan asid ellagik.

bacaan gula turun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *