Salah satu kisah di Shaklee Conference 2017 yang sangat buat saya terkesan dan masih ingat bait kata-katanya sampai harini.
Mana taknya, orang sebelah yang baru pertama kali saya angkut bawak pun sampai join banjir sama.
Master Ng Siew Fong.
Pernah makan alfalfa (Shaklee signature product) dan sangat suka. 4 tahun ambil vitamin shaklee on off tanpa jadi ahli.
Sehinggalah suatu hari dia rasa dirinya sangat perlukan suplemen yang betul-betul organik dan dia tanya kawan dia jenama apa yang bagus.
Surprisingly kawan dia jawab, “Shaklee”
Terus dengan lajunya dia kata,
“Saya nak. Saya nak. Saya nak.”
(excited betul dia masa ni)
Dipendekkan cerita dia diperkenalkan dengan seorang master dan dengan mudah dia buat orders. Selama 4 tahun jadi consumer, dia memang dah kenal banyak vitamin Shaklee, tahu yang mana satu yang dia perlu dan nak beli.
Masa inilah juga dia pertama kali beli pencuci muka shaklee (saya rasa enfuselle) sebab kulit dia memang takboleh guna sembarangan produk sejak azali.
Maka sejak dari itulah dia kerap berulang alik ke branch Ipoh untuk beli Shaklee. Dan setiap kali itu jugalah branch manager goda suruh dia beli Vivix.
Tapi masa tu dia jwab,
“Vivix? Dont want laaa.. its too expensive”

Sehinggalah suatu hari dia sendiri baca Vivix literature dan dapat tahu yang Vivix sangat bagus untuk kesihatan paru-paru.
Terus dia terkenangkan dirinya yang “steroid dependent” kerana ada masalah asthma yang serius sejak zaman kanak-kanak lagi. Daripada 1 biji dah jadi 3 biji ubat steroid yang dia kena makan walopun sangat banyak side effects.
Salah satunya ialah, dia menghadapi skin bleeding yang sangat teruk sehingga dia tak dapat nak luruskan tangan/radang sendi (joint inflammation) akibat kebergantungan kepada steroid tu.
“Its very painful”, katanya.
Setiap hari lepas bangun tidur, dia kena plaster semua jari-jarinya yang berdarah tu untuk pegang stereng kereta dan drive pergi office. Semua rutin harian dan kerja-kerja rumah dia tak dapat buat.
Memang kita yang dengar ni pun rasa sakit sama. Apa lagi dia yang rasa sendiri. Sampai tahap fingerprint pun dah tak ada.
Dia menderita atas suatu keterpaksaan yang dia sendiri tak mahu tapi dia tak ada pilihan. Menjadi seorang yang perlu bergantung dengan steroid adalah suatu yang menyiksakan.
Akhirnya.. dia setuju dan beli botol pertama Vivix untuk dirinya.
Selepas 9 bulan.. dia ditegur oleh rakannya, “hei.. you’re looking more beautiful”
Dia terkejut sebab dia lansung tak pernah ke spa atau buat apa-apa facial treatment sebab sungguh dia tak mampu.
“I’ve spent 2 thousand ringgit per month only for my medicine. My skin bleeding and gastrik gone and I can do whatever I want and baking cakes without any pain” katanya lagi.
Bukan itu saja, dia akhirnya dapat buat semua benda yang dia suka termasuk kerja-kerja rumah yang dia takboleh buat sebelum ni tanpa sebarang sakit atau kesakitan lagi
Amazing kan?!
One thought on “Vivix Shaklee Ganti Ubat Steroid”