urat dawai tulang besi

Salam sejahtera, salam jumaat semua. Harini penat sungguh, kalaulah aku ni urat dawai tulang besi, confirm kuat badan aku, kalau bagi penumbuk, bruce lee pun boleh tumbang. Korang tentu ingat balik cerita P Ramlee , Nasib Labu-Labi. Masa time mereka nak berlawan tinju, si labu ada baca jampi serampah, sebelum timbang.

Lepas tu je, bila timbang, berat Labu melebihi berat Labi walaupun Labi nampak gemuk dari Labu. Hmmm, susah juga ini. Sebab nak tahu sangat pasal Urat Dawai Tulang Besi ini, rasanya elok kita tengok dari perlbagai aspek kesihatan. Sebelum nak mula segmen, jom layan video kat bawah ni, sempoi gile.

SALURAN DARAH

Saluran darah ini adalah satu mekanisme utama untuk membawa zat makanan dan oksigen keseluruh badan manusia, supaya sel-sel dalam badan manusia bergerak aktif dan seterusnya menjadikan badan kita cergas. Permakanan yang bagus juga penting, kurangkan makanan yang berminyak dan jaga permakanan kita, supaya saluran darah tidak tersumbat.

Saluran darah yang tidak lancar ini boleh menyebabkan kita kurang cergas, dan kalau kolestrol tinggi, boleh kena serangan jantung disebabkan oleh saluran darah yang tidak lancar.

TULANG YANG SIHAT

Ini pun salah satu faktor kalau nak rasa tulang besi. Cara yang bagus nak dapat tulang yang sihat ialah pengambilan kalsium yang cukup. Selain itu kena ada vitamin D sekali untuk penyerapan kalsium yang bagus untuk tulang. Selain itu, tulang yang sihat juga perlu diikuti dengan senaman yang bagus. Janganlah malas-malas nak senaman, nanti reput tulang.

Walaubagaimanapun, masalah tulang seperti osteoporosis sering menghantui golongan wanita asia yang berumur. Cara mengatasinya ialah dengan mengambil supplement yang sesuai untuk tulang.

SUMBER PROTEIN

Pengambilan protein penting untuk tubuh badan yang sihat. Kalau nak badan cantik macam malek nor masa muda dulu, kenalah senaman dan sekurang-kurangnya mengambil supplement protein untuk membentuk otot yang kuat.

Protein juga penting untuk pembaikkan tisu atau sel yang rosak. Tapi janganlah pulak terlebih protein, dan tersalah diet, alamatnya jadi gemuk pulak nanti.

BMI VS WHR

Body Mass Index atau BMI ialah pengiraan indeks biasa bagi menilai berat badan seseorang. Biasanya orang yang bagus dapat dalam 22-25 camtu. Kiranya kalau siapa yang dah terlebih 30, bahaya jugaklah, tu dah kita obesiti. Jadi nak tak nak kenalah kurangkan berat badan.

Sementara itu, Waist to Hip Ration atau WHR ialah pengiraan bahagian pinggang dan pinggul. Ada pendapat mengatakan, WHR lebih penting dari BMI, kerana perut yang buncit lebih berbahaya dan menunjukkan anda senang mengalami sakit jantung dan sebagainya.

Sesetengah atlet bina badan mempunyai BMI yang lebih besar dari yang normal, tapi masih dikira sihat kerana WHR yang normal. Apapun, kenalah senaman untuk buang lemak-lemak yang ada dalam badan. Jangan biarkannya berleluasa.

PERNAFASAN

Yang ni kiranya kita cerita pasal tenaga dalam. Saya tak pasti tentang tenaga dalam dan pernafasan ini. Rasanya ada yang mengatakan, pernafasan boleh memberikan tenaga yang kuat bila kita memerlukannya. Pengamal seni mempertahankan diri selalu guna teknik pernafasan untuk membuat serangan yang kuat.

Mungkin sebab banyak sangat baca komik kungfu masa kecil, tapi benda ni tidak mustahil. Amalan seperti yoga dan taichi ni amat memerlukan konsentrasi pernafasan dan gerakan yang sesuai untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.

https://www.youtube.com/embed/DSo3tYeqWYA

MINYAK IKAN SHAKLEE OMEGA GUARD

Spektrum lengkap asid lemak perlu OMEGA-3 dengan ketulenan tinggi adalah nutrien yang anda perlukan untuk badan yang kuat dan sihat. Antara pelbagai lemak yang ada, asid lemak penting OMEGA-3 merupakan lemak yang tidak boleh dikurangkan, dimana tubuh kita tidak mampu untuk menghasilkannya sendiri.

OmegaGuardTM dihasilkan melalui proses proprietari penyulingan molekul berganda yang bertujuan untuk meningkatkan kepekatan asid lemak penting OMEGA-3 dan dalam masa yang sama menyingkirkan bahan berbahaya seperti merkuri dan pelumbum yang sering mencemari pelbagai spesis ikan.

Kenapa perlu memilih OmegaGuardTM Shaklee?

  • Melalui proses penyulingan molekul berganda
  • Minyak Ikan Tulen Bergred Farmaseutikal
  • Kurang rasa hanyir ikan
  • Kandungan DHA dan EPA yang tinggi
  • Mengandungi spektrum penuh 7 omega tulen asid lemak
  • Diiktiraf oleh Friends of the Sea® – Penghasilan minyak ikan yang berkualiti tanpa merosakkan ekosistem alam sekitar

ENERGIZING SOY PROTEIN

Kebanyakan daripada kita tidak dapat mengekalkan tenaga atau stamina mereka sepanjang menjalani kehidupan seharian. Tingkatkan tenaga harian anda dengan minuman protein kami yang mempertingkatkan stamina anda. Protein soya berasaskan tumbuhan untuk tenaga yang lebih lama.

Protein adalah seperti blok yang membina tubuh anda, seperti batu bata yang membina rumah anda. Ia memainkan peranan penting bagi setiap fungsi tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan. Shaklee ESP adalah makanan lazat yang kaya dengan kalsium dan protein.

Indeks Glisemik (GI) di atas menunjukkan kesan makanan ke atas gula dalam darah. Karbohidrat yang terurai dengan cepat menyebabkan paras gula darah anda naik mendadak dan kemudiannya menurun dengan pantas, menjadikan anda letih, mudah rasa terganggu dan lapar. Makanan Protein Soya Segera juga mempunyai tindak balas “turun-naik”

Makanan protein soya segera dengan indeks glisemik rendah mempu menstabilkan paras gula darah, membantu mengekalkan tenaga, mengekalkan rasa kenyang dan bermanfaat untuk mengurangkan berat serta mengekalkan kesihatan jangka panjang.

VITALEA MULTIVITAMIN TERTUA DUNIA

Vita-Lea® adalah formulasi dicipta khas untuk menyokong keperluan khusus lelaki dan wanita. Setiap hidangan memberikan 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal, termasuk vitamin C, dan Beta Karotena untuk perlindungan antioksidan.

Vita-Lea® Iron Formula mengandungi 400mcg asid folik, vitamin B yang diperlukan untuk tubuh yang sihat, melalui sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten, direka untuk memastikan penyerapan asid folik.

Sekiranya tidak, Vita-Lea® adalah supplement terbaik bagi menyokong keperluan seharian badan anda supaya lebih sihat dan bertenaga.

KESIMPULAN: WUJUD KE URAT DAWAI TULANG BESI ?

Secara logiknya, mungkin ada dan ada juga kata benda ini tipu. Walaubagaimanapun, melihat dari segi aspek kesihatan, urat dawai tulang besi membawa satu simbolik kepada KESIHATAN dan KEKUATAN fizikal seseorang. Ianya boleh diperolehi, jika kita mengamalkan gaya hidup sihat. Lepas ni, rajin rajinlah senaman dan makan benda berkhasiat. Sekian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *