Tips Dapat Anak Kembar

tips dapat anak kembar


Tips Dapat Anak Kembar? Tengok anak-anak kembar, alahai comelnya. Melihat telatah mereka, Subhanallah tenang perasaan. Ahli syurga kan? 🙂 Yang dah berkahwin nak tahu tak bagaimana untuk mendapatkan anak kembar?

Tips Untuk Mendapatkan Anak Kembar

  • Genetik

Jika dalam salasilah keluarga mempunyai anak kembar, berkemungkinan anda juga mampu untuk mendapatkan anak kembar (dengan izin Nya). Trait ini  adalah penghasilan 2 ovum berlaku secara serentak di dalam 1 masa.

  • Umur

Wanita yang berusia 35-40an ke atas mempunyai potensi lebih besar untuk mendapatkan anak kembar. Pada usia begini, kebanyakan wanita perfer untuk mengambil rawatan kesuburan. Mereka akan lebih cenderung untuk menghasilkan lebih dari satu ovum semasa proses ovulasi, kerana proses tersebut telah terganggu oleh proses perimenopause

  • Bilangan Anak

Lagi banyak bilangan seseorang individu melahirkan anak, lagi tinggi peluang untuk melahirkan anak kembar selepas itu

  • Berat Badan & Ketinggian

Perempuan yang tinggi atau perempuan yang lebih berat mempunyai keberangkalian yang lebih tinggi untuk mendapatkan anak kembar

  • Pengambilan Ubat Kesuburan

Pengambilan ubat kesuburan boleh meningkatkan keberangkalian seseorang untuk menghasilkan dua ovum dalam satu proses ovulasi sekaligus meningkatkan keberangkalian untuk mendapatkan anak kembar. Clomid memberikan 10 peratus peluang manakala Gonal F memberikan 30 peratus peluang untuk hamil anak kembar.

Dari Segi Pemakanan

Perbanyakkan pengambilan makanan ubi, kentang dan juga susu. Tiga jenis makanan ini dapat membantu meningkatkan ovulasi pada telur dan seterusnya boleh mendapatkan anak kembar (dengan izin Allah)  Ada yang berkata, jika kita teratur minum susu dari zaman muda, keberangkalian untuk mendapatkan anak kembar itu juga tinggi.Dan jika anda mengamalkan memakan makanan ubi, kentang dan susu ia juga salah satu cara untuk mendapatkan anak bagi pasangan yang sudah lama berkahwin tetapi tidak ada rezeki untuk mendapatkan anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *