Testimoni VIVIX SHAKLEE

kelebihan vivix shaklee

Testimoni vivix shaklee sangat banyak. Bila produk ini diperkenalkan pada 2008, dan akhirnya masuk Malaysia tahun 2010, ramai yang dapat manfaat daripada vivix. Dari mendapat tenaga, cantik, ada juga yang berjaya hentikan ubat penyakit kritikal. Begitulah pengalaman kami melihat testimoni vivix dan sampai sekarang kami mendapat testimoni baru. Jadi jom kita baca sikit kenapa vivix ni sangat power.

Kenapa Vivix Power ?

Sebabnya kandungan RESVERATROL yang tinggi dan gabungan POLIFENOL menjadikan vivix 10x lebih berkesan dan power. Resveratrol dan polifenol ni terdapat dalam 4 jenis tumbuhan yang sangat hebat dan unik terdiri daripada Poligonum cuspidatum, Anggur muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak ungu.

Anggur Muscadine mengandungi 40x lebih tinggi antioksida dan mempunyai kandungan quercetin (komponen flavonoid) yang terlampau tinggi berbanding anggur merah lain. University of Maryland Medical Centre mendapati Quercetin melindungi manusia daripada Penyakit Jantung, mematikan sel kanser, mengurangkan Allergik, mengurangkan risiko aterosklerosis yang menyebabkan strok, menurunkan paras kolesterol LDL, menurunkan tekanan darah tinggi (sistolik), merawat interstitial cystitis dan megurangkan simptom keradangan.

Satu lagi aspek menarik tentang ANGGUR MUSCADINES, ia adalah SATU-SATUNYA anggur yang mengandungi asid elagik, yang telah menjadi tumpuan pelbagai kajian berkenaan anti-kanser dan tumor. Asid elagik didapati mampu mencegah kanser dan membantut pertumbuhan kanser & mengelakkan sel kanser merebak.

bell palsy vivix

Testimoni Vivix Shaklee Bell’s Palsy

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE-7, TESTIMONI 22 : SITI RAUDAH MOHAMAD

BELL’S PALSY DAN VIVIX

Ini kisah tentang suami saya tentang Bell’s Palsy. Suatu pagi, lama dia bersiap untuk ke tempat kerja. Tiba-tiba dia menghampiri saya dan bertanya soalan “apa yang pelik di mukanya?”
Saya melihat mukanya dengan teliti dengan muka pelik. Dia cuba senyum, mukanya nampak pelik. Dia berkumur-kumur udengan air, namun air meleleh dari mulut sebelah kanan.
Rupanya agak pelik di sebelah kanan. Memang tiada pergerakan di sebelah kanan wajahnya. Seolah-olah saraf muka sebelah kanannya mati.
Dia terus mencari maklumat di laman sesawang. Hanya selepas itu kami tahu tentang Bell’s Palsy.
Bell’s Palsy???

Ya!!Kami rasa memang Bell’s Palsy!
Memutuskan untuk terus ke klinik. Doktor mengesahkan Bell’s Palsy. Doktor memberikan ubat berkaitan dengan saraf.
Tidak membuang masa, terus mencari maklumat tentang rawatan dan cara pemulihan. Dia membuat senaman muka dengan memakan gula getah.
Selang beberapa hari, dia memberitahu untuk mencuba Vivix hasil carian di laman sesawang. Info banyak mengatakan Vivix sangat baik untuk pemulihan strok.
Kami menghubungi seorang rakan yang merupakan seorang SID. Menyatakan hasrat tentang Vivix, kami grab Twin Vivix. Walaupun harga agak mahal, tetapi keutamaan kami adalah berusaha.

Dia mengambil 1 sudu Vivix setiap hari. Namun di campurkan dengan air. Semakin hari nampak perubahan di wajahnya selain meneruskan senaman muka
Selepas sebulan menghabiskan sebotol Vivix, keadaan wajah suami saya kembali sembuh. Pergerakan wajah di sebelah kanan sudah kembali normal.
Dia sudah boleh berkumur dan minum air seperti biasa. Walaupun sudah sembuh, dia masih menghabiskan botol Vivix kedua.
Alhamdulillah Allah izinkan sembuh dari Bell’s Palsy dengan sebotol Vivix.

Terima Kasih Shaklee
Terima Kasih Supermom Shaklee Story

bacaan gula turun

Testimoni Vivix Shaklee Bacaan Gula Turun?

OKTOBER 2016 (SPECIAL EDITION VIVIX)
TESTIMONI 21: NURUL SYAZWANI SALLEH

[BACAAN GULA TURUN DARI 20 KEPADA 10 SELEPAS 2 MINGGU AMALKAN VIVIX]

Assalamualaikum. Ini Maksu saya. Adik bongsu mak. Mak kata family mak memang ada kencing manis. Penyakit keturunan. Bila kena kencing manis confirm lah sangkut buah pinggang kan. Seram tahu tak. Hahaha.. kena prevent dari sekarang ni.

Bulan lepas melawat Cu, bila nak balik tu Cu kata nak beli Vivix. Untuk buah pinggang. 26/9/2016 hantar Vivix ke rumah Cu. Lepas explain semua terus gerak pegi kerja sebab dah lambat. 2 minggu lepas tu Whatsapp Cu balik nak followup OK ke tak makan Vivix tapi 25/10 baru Cu reply. Hahaha..

Alhamdulillah terkejut dan bersyukurnya kencing manis Cu turun dari 20 kepada 10. Belum lagi tahap normal but its going there. Syukuuurrr sangat. Itu selepas sebotol Vivix. Bila sendiri dah rasa bagusnya Vivix ni, mesti akan repeat nak Vivix lagi. And yes, Cu repeat her second Vivix! Bila hantar Vivix kat Cu 27/10/2016, Cu pun nampak lebih sihat, muka lebih ceria. Cu kata badan pun rasa sedap sihat. Siap boleh kejar-kejar dengan angsa.

Sejak kebelakangan ni Cu ada masalah untuk bertutur dengan baik. Cu tak sihat and tend to lost her vocabulary at times. Tapi bila jumpa Cu hari tu dah lancar sikit. Lebih baik dari sebelum ni. Sebelum ni baca dan promote Vivix membantu meningkatkan fungsi otak. Tapi sekarang dah nampak sendiri dan semakin yakin dengan Vivix. Dengan izin Allah, what Vivix did worth the price!

Is it my eyes playing trick or she does look younger?

sakit belakang hilang

Testimoni Vivix Shaklee Sakit Tulang Belakang

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE-6

TESTIMONI 22 : DR NAJIHAH BT ABDUL MUTALIB

SAKIT TULANG BELAKANG BERANSUR HILANG LEPAS SEMINGGU KONSISTEN MAKAN SUPLEMEN SHAKLEE]

Januari 2019, saya tiba-tiba terasa sakit sangat pada bahagian tulang belakang, pinggang dan ke atas. Tak tahu lah apa sebabnya. Kalau duduk, nak bangun rasa sakit sangat. Duduk waktu memandu kereta pun sakit. Tidur lagi sakit.

Hampir 2 minggu juga saya bertahan. Pada masa itu, saya terfikir mungkinkah disebabkan saya sering buat kerja berat yang menyebabkan saya alami sakit sampai macam ni sekali.

Saya pun panggil kakak tukang urut yg biasa datang mengurut tu. Lepas urut sama juga, macam tak ada kesan. Saya masih berbelah bahagi nak berjumpa dktor atau tidak. Tapi disebabkan tak tahan dah sakit tu, akhirnya pergi la juga ke klinik panel depan rumah ni.

Bila doktor cek semua dia kata mgkn slip disc kesan hentakan atau insiden jatuh tangga masa mengandung anak sulung kira-kira 15 tahun yang lalu. Lepas tu pernah jatuh depan rumah hujung tahun lepas sampai terpeleot kaki tu.

Doktor sarankan saya menjalani MRI. Beliau hanya dapat bekalkan ubat tahan sakit je. 2 minggu lagi kena jumpa beliau semula untuk ajar fisioterapi katanya.

Balik rumah, saya tambahkan dose pengambilan vitamin-vitamin Shaklee yang saya sedia ambil seperti Ostematrix, Omega Guard dan B Complex. Saya juga nekad untuk konsisten makan Kolagen dan Vivix setiap hari. Sebelum ni makan juga tapi culas, sebahagiannya tak konsisten pun.

Alhamdulillah.. Dengan izin Allah, tak sampai seminggu saya konsisten ambil vitamin-vitamin tadi, sakit yang saya rasa sebelum ni dah makin kurang. Dan syukur sangat, selepas 2 minggu berikutnya, kesakitan teruk yang saya alami sebelum tu, terus hilang.

Ubat tahan sakit yang doktor bagi 1 pun saya tak makan. Plan nak pergi buat MRI pun ditangguhkan. Dan saya pun tak jadi teruskan temujanji dengan doktor untuk buat fisioterapi tu.

Sekali lagi saya amat bersyukur atas nikmat kesihatan yang Allah berikan ini asbab kenal Shaklee. Kepada anda semua yang belum amalkan suplimen, baik amal ketika sihat ni. Jangan nak tunggu masa sakit baru nak ambil suplimen.

Semoga perkongsian testimoni ini bermanfaat buat anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *