Set HFMD Shaklee COD Shah Alam, Klang

Set HFMD Shaklee COD Shah Alam, Klang

kaki tangan mulut naik ruam biji biji merah. HFMD ke ni? set HFMD Shaklee ni dapat membantu ke?

Apa Itu HFMD?

Tangan kaki dan mulut (HFMD) adalah penyakit berjangkit biasa yang dilihat pada kanak-kanak dan bayi. Penyakit ini biasanya ringan dan hilang sendiri dengan gejala seperti demam, sakit tekak, luka mulut, dan ruam kulit dengan lepuh pada lengan, kaki dan punggung.

HFMD berpunca daripada virus, dan individu yang dijangkiti HFMD boleh menjangkitkan penyakitnya. Virus merebak daripada satu orang kepada satu orang yang lain melalui tinja oral dan rembesan hidung dan tekak orang yang dijangkiti mengalir dari kuping atau lepuhan.

Individu yang dijangkiti HFMD paling mudah menjangkitkan penyakitnya semasa minggu pertama dia dijangkiti.


TANDA HFMD PADA BAYI & ANAK KECIL

  1. Demam yang tidak tinggi (suhu 38.2 darjah celcius)
  2. Sakit tekak
  3. Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  4. Ruam / bintik-bintik berisi cecair (lepuhan kecil kita-kira 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan lampin
  5. Sakit kepala
  6. Hilang selera makan
  7. Kurang menyusu (bayi)

Tanda-tanda lain juga termasuklah:

  • Cirit-birit
  • Muntah

Bilakah kanak-kanak harus pergi ke hospital apabila dia menghidap HFMD?

  • Apabila kanak-kanak itu kurang minum air
  • Apabila keadaan kanak-kanak itu tidak bertambah baik selepas 10 hari
  • Jika kanak-kanak itu mempunyai sistem imun yang lemah
  • Jika kanak-kanak itu mengalami gejala yang teruk seperti demam panas dengan seram sejuk
  • Jika kanak-kanak itu berumur di bawah 6 bulan

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mencegah jangkitan HFMD?

Set HFMD Shaklee
  • Basuh tangan anda dengan sabun dan air, terutamanya selepas menggunakan tandas, menukar lampin, sebelum menyediakan makanan dan sebelum makan.
  • Gunakan pensanitasi berasaskan alkohol jika tiada sabun dan air.
  • Bersihkan permukaan yang disentuh dan barangan yang sering dikongsikan.
  • Elakkan menyentuh muka dengan tangan yang tidak dibasuh.
  • Elakkan sentuhan rapat dengan individu yang sakit.
  • Pastikan kanak-kanak itu duduk di rumah jika dia menunjukkan gejala.

Set HFMD Shaklee

Set HFMD Shaklee

1- Nutriferon
Menguatkan sistem imun badan dengan mengaktifkan interferon tubuh.
Melindungi tubuh dengan berkesan daripada virus yang boleh menyebabkan HFMD.
Mengurangkan infeksi bagi yang sudah terkena virus dan meminimumkan rasa tidak selesa.

2- Meal Shakes
Multivitamin dan mineral dalam bentuk serbuk.
Ia membantu melengkapkan nutrisi anak-anak.
Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang akan menguatkan tubuh melawan jangkitan.
Memberi tenaga kepada anak-anak.
Sesuai untuk anak yang tak selera makan bila terkena penyakit HFMD.

3- Omega Guard
Membantu mengurangkan inflamasi atau keradangan pada kulit. Boleh babtu kurangkan ruam dan ulser anak.
Juga boleh menguatkan sistem imun badan anak.

4- Herbal Blend
Krim untuk kegunaan luaran.
Boleh disapu pada mulut, tangan dan kaki yang terkena blisters.
Krim akan membantu kurangkan rasa gatal dan menggaru yang boleh sebabkan ruam jadi makin teruk.

5- Basic H
Pencuci organik yang boleh digunakan kat rumah. Boleh diguna untuk membersihkan badan anak-anak.
Selamat diguna tanpa bahan kimia berbahaya.

6. Hero Kiddo

Diformulasikan untuk kanak-kanak

Memberi sokongan sistem imun anak-anak 

Gummies berperisa ceri semulajadi yang lazat dalam bentuk beruang yang sejuk

Mesra gigi 

Bebas gula, bukan GMO, bebas gluten, bebas soya, vegan

Tidak ada perisa, pemanis, atau pengawet buatan

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) Anak Saya Tidak Merebak dan Sembuh Selepas 5 Hari Setelah Saya Berikhtiar Dengan Set HFMD Shaklee

Set HFMD Shaklee

Assalamualaikum. Saya Dr Najihah, pengguna setia Shaklee sejak tahun 2011 lagi. Kenapa saya masih setia dengan produk Shaklee sejak dulu hingga kini? Sebabnya, keadaan kesihatan saya dan keluarga bertambah baik dengan izin Allah, setelah saya men’Shaklee’kan diri dan keluarga saya.

Alhamdulillah, pada kali ini untuk kesekian kalinya saya ingin kongsikan testimoni Shaklee seterusnya, yang dialami oleh anak saya yang dijangkiti HFMD. Tujuan saya kongsikan testimoni ini supaya lebih ramai lagi anda di luar sana yang menghadapi masalah yang sama, akan mendapat manfaat daripadanya.

HFMD atau juga dikenali sebagai Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut adalah satu wabak atau penyakit berjangkit yang selalunya menyerang kanak-kanak. Virus HFMD amat mudah berjangkit terutamanya jika terkena kepada bayi atau kanak-kanak yang berada di taska, tadika atau kelas-kelas pra-sekolah.

Antara simptom-simptom yang akan dialami oleh anak-anak yang dijangkiti HFMD ialah:

1) Demam panas yang berterusan, on-off. Tak betul2 baik, badan terasa panas dan kadangkala suam je.

2) Anak-anak hilang selera makan.

3) Naik bintik-bintik pada tangan dan kaki anak-anak. Kadangkala ia jadi seperti melepuh di celah-celah jari.

4) Tumbuh ulser di bibir dan dalam bahagian mulut anak.

Saya memang selalu dengar dan baca tentang virus HFMD ni, tetapi alhamdulillah sejak anak pertama sehingga anak ke-5, tiada seorang pun yang pernah dijangkiti virus ini.

Namun begitu, anak ke-6 saya (Huda) telah terkena virus HFMD ini ketika berusia 2 tahun. Saya masih ingat ketika itu saya hanya berseorangan menguruskan anak-anak seramai 6 orang kerana suami bekerja di Kedah sementara saya pula bekerja di Terengganu. Kelam kabut juga kehidupan saya ketika itu kerana awalnya Huda mengalami demam on-off selama lebih seminggu.

Mulanya saya anggap Huda mengalami demam biasa sahaja, tapi apabila tangan dan kakinya dinaiki bintik-bintik seperti ruam yang banyak, saya mula risau dan bawa anak membuat pemeriksaan di klinik. Benarlah apa yang saya risaukan itu, setelah berjumpa doktor, doktor mengesahkan bahawa Huda telah dijangkiti virus HFMD. Rupa-rupanya, apabila saya bertanya cikgu taskanya, ada anak-anak di taska yang telah dijangkiti virus ini.

Doktor memberi beberapa jenis ubat termasuk ubat demam, ubat gatal dan ubat sapu. Doktor juga berpesan agar Huda mesti dikuarantin dan saya perlu menjaga kebersihan rumah, peralatan, barang-barang peribadi Huda semua kena jaga supaya tidak berjangkit dengan anak yang lain.

Apabila pulang ke rumah, saya bertekad untuk guna beberapa produk Shaklee sebagai ikhtiar untuk kesembuhan anak saya. Kebetulan juga, sehari selepas disahkan Huda dijangkiti HFMD, saya perlu pulang ke Kedah bersama anak-anak kerana menghadiri satu seminar di sana. Saya terus mandikan Huda dengan air yang dicampur beberapa titik Basic H Shaklee. Basic H ini amat bagus untuk menghilangkan gatal-gatal dan membasmi kuman dari terus merebak. Selain daripada itu, saya juga bagi Huda makan Nutriferon, Chewable Vitamin C dan sapu Krim Herbal Blend di tangan dan kaki. Nutriferon amat baik untuk tingkatkan antibodi tubuh anak-anak, begitu juga dengan Chewable Vitamin C . Jika diamalkan kedua-duanya insyaAllah ia dapat membantu meredakan demam dan mengelakkan jangkitan kuman.

Alhamdulillah, selepas 2 hari menggunakan 4 produk ini, saya dah mula nampak kesan pada penyakit Huda. Demamnya dah beransur kebah walaupun semalaman berada atas bas untuk ke Kedah. Bintik-bintik pada tangan dan kaki juga makin berkurang dan hilang. Huda juga dah tak gatal-gatal lagi pada tempat bintik ruam tu.

Sejujurnya, saya tak sempat pun beri Huda makan ubat yang doktor bekalkan untuk Huda. Selepas hari ke-5, Huda sembuh sepenuhnya dari Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut ini. Saya rasa bersyukur sangat-sangat dengan situasi ini.

Sebenarnya, virus HFMD ini jika tidak ditangani dengan baik, ia boleh membawa maut walau ramai yang beranggapan penyakit ini bukan jenis penyakit kronik. Jadi sebagai ibu bapa, kita mesti berhati-hati dan mengambil langkah perlu jika sekiranya anak-anak kita dijangkiti virus HFMD. Anda boleh berikhtiar dengan suplimen Shaklee untuk membanteras gejala HFMD ini.

Tiada salah kita berikhtiar selagi demi kesihatan dan keselamatan anak-anak kita. Sekian dulu perkongsian saya, semoga ia dapat membantu anda yang mengalami masalah yang sama.

Pengalaman Lain Pengguna Set HFMD Shaklee

Set HFMD Shaklee
Set HFMD Shaklee
Set HFMD Shaklee

Bagaimana nak order?

dah cuba macam macam cara tapi masih tak sihat? marilah cuba supplement Shaklee yang terbukti dari sains dan pengalaman saya sekeluarga jarang sakit sejak 2011. Ini adalah usaha kita. ALLAH MAHA PENYEMBUH tapi kita usaha dengan usaha yang betul.

Nak Order Set ini boleh contact saya di

Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
www.wasap.my/60133612717

COD area Setia Alam, Bandar Bukit raja, Meru Klang, Shah Alam, PJ , USJ 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *