Shaklee Switzerland 2022

incentive shaklee switzerland

Shaklee Switzerland 2022. Ramai leader shaklee dah dapat tiket 1,2, dan juga ada yang dapat tiket business class sebagai elit master dalam shaklee. Jom baca sikit pengalaman mereka . Nanti kita share macam mana nak join ramai ramai ke switzerland nanti.

Pengalaman Ebit Liew

Anak-anak tanya. Ayah kenapa cantik sangat alam ni yer. Kenapa air sungai dari jauh nampak macam biru? Salji cantik langit gunung. Semuanya cantik sangat. Walau ambil gambar tak sama macam sebenarnya.

Siapa jadikan semuanya anakku? Dialah Allah. Yang menjadikan segalanya. Dialah Allah yang memiliki langit dan bumi. Dialah Allah yang menjadikan segalanya. Pemilik semuanya. Dia Maha berkuasa atas segala sesuatu. Dimana sahaja kita belajar lah melihat dengan hati. Dengan cinta. Kita dihantar untuk mengenal cintaNya.

Anakku walau kemana kita pergi kita hambanya. Nanti dalam syurga juta-juta kali lagi cantik. Tiada akal yang mempu mencapainya. Syaratnya kita menjadi hambanya dan sentiasa mencari Redhanya. Hanya dengan Rahmatnya Kasih Sayangnya yang akan bawa kita ke sana.

Jaga solat walau dimana sahaja. Buat Ta’lim. Cerita kebesaran Allah dimana sahaja. Bawa akhlak Nabi saw. Balas keburukan dengan kebaikan-ebitlew
Saudaraku disebalik ujian ada rahmat

Kenapa Air Sungai Berwarna Turqoise & Jernih?>/h3>

Sungai dan tasik di Switzerland memang terkenal dengan kejernihannya. Bukan hanya di kampung, tapi juga sungai/tasik yang berada di bandar dan kesibukan kota.
Ini kerana sumber air datang terus dari ais glasier yang mencair dari Banjaran Alps yang tinggi di Eropah.
Contohnya tasik/sungai turqoise di Berne atau Valais terletak hanya sekitar 50-70km sahaja dari punca air glasier. Dekat sangat. Menjadi sumber air gunung yang bersih.

Baunya segar. Udara itu damai menyatu. Dan warna turqoise itu menjadi santapan mata.
Dan tentunya perangai penduduk tak buang sampah dalam sungai / tasik serta mengamalkan kitar semula.
Ini adalah River Aare, Bern, Switzerland

Sebelum Sampai ke Switzerland

Kali ini aku nak berkongsi beberapa tip jika ada yang mahu ke negara ini. Catatan yang agak panjang. Boleh Share atau Save dahulu untuk rujukan akan datang.

1. Travel di Swiss
Beli sahaja Swiss Travel Pass, untuk naik ke semua public transport dan diskaun ke banyak lokasi. Tapi harga pun boleh tahan juga,

Pengangkutan awam di Swiss sangat efisien, sistem keretapi yang luarbiasa menerobos lalu ke dalam terowong ciptaan manusia.

2. Memandu Kenderaan
Menyewa kereta adalah mahal dan memerlukan insurans pemandu. Sistem jalan raya sangat baik tetapi dan untuk laluan mudah perlu membayar tol (vignette) berharga CHF40 (matawang Swiss Franc). Vignette ini sah laku selama setahun.

Berhati-hati memandu kerana kalau didapati melebihi had laju, bersedialah dikenakan saman. Kadar saman ikut kadar kelajuan yang lebih dari yang ditetapkan.

Jika terlebih laju antara 1 hingga 80 km sejam, kadar antara CHF40 hingga CHF260 (sekitar RM180-RM1200). Saman perlu dibayar serta-merta.
Harga minyak kenderaan juga lebih tinggi dari jiran Eropah yang lain. Dan paling sengsara adalah untuk membayar bayaran parking. Memang harga cekik darah. Jika mahu berjimat, dapatkan penginapan yang menyediakan parking percuma.

3. Makanan
Walau pun ada kedai yang menjual daging halal dan keperluan makanan lain, rata-rata ia lebih sukar diperolehi. Jadi pastikan bila sampai ke kedai begitu, dapatkan stok makanan yang cukup.

Masak sendiri dapat menjimatkan banyak belanja makan. Satu hidangan di Swiss boleh mencecah CHF15! Sesekali tidak mengapa, tapi kalau selalu parah juga. Kebanyakan tempat menggunakan kad kredit walau pun mahu ke tandas ya.

4. Imigresen
Masuk ke Swiss tidak memerlukan visa dan ketibaan ke sini boleh melalui penerbangan ke airport Zurich dan Geneva.

Airport Basel, Freiburg and Mulhouse merupakan airport di sempadan Swiss, Germany dan France. Kalau landing di airport ni, kena pastikan ikut lorong yang betul. Jangan nak ke Swiss tapi tembus ke France pula.

5. Shopping
Di Zurich, ada jalan utama dengan outlet terkenal. Bahnhofstrasse nama jalan tu. Tapi serius aaa.. Kenapa nak shopping dekat negara mahal ini?

6. Anggaran Belanja Flight
Tiada penerbangan terus dari Malaysia. Tetapi hampir semua syarikat penerbangan Middle East seperti Qatar, Emirates atau Etihad ada penerbangan ke Zurich dan Geneva. Tiket dianggarkan sekitar RM2,500 – RM3,000.

7. Anggaran Belanja Ground
Ini agak subjektif bergantung kepada jenis penginapan sama ada hostel, apartment atau homestay, Aku suggest duduk homestay boleh masak dan ini dapat jimat banyak belanja.

Be safe, anggaran kos sekitar RM4,000 untuk 7-10 hari.

Kalau rasa maklumat ini bermanfaat, boleh sharekan. Nanti aku share tentang itinerary yang sesuai pula. “Life is sweeter in Switzerland…”

Kenapa Bangsa Swiss Kaya-Raya?

Check in sini kejap!!!
Kenapa sis terlalu excited Tentang Switzerland recently?
Selain Switzerland is one of my favourite country, ia juga kerana trip percuma yg tertangguh. Supposedly tahun ni kami ke Switzerland, tapi disebabkan ? maka ia ditangguhkan… mudah2an tahun depan dipermudahkan kami semua nak minum hot chocolate di ??
Incentive trip kali ni pastinya meriah coz ramai team #ireachfamily yg sudah layak, & sedang fight utk dapatkan tiket.
InsyaAllah kita fight sama2.
Pesan ustaz sis, mengembara ke bumi Allah adalah salah satu cara kita berzikir (mengingati Allah). Bila melihat keindahan alam di Switzerland nanti, gerakkan setiap anggota utk mensyukuri kebesaran Ilahi, jgn hanya nak selfie saja.

Tahukah anda, dalam 12 orang dewasa di Switzerland, salah seorang dari mereka adalah JUTAWAN. Apa yang menjadikan orang Swiss sangat kaya?
1) Perindustrian
Switzerland adalah negara pertama di Eropah yg memasuki era perindustrian. Oleh kerana Switzerland kekurangan sumber asli, maka mereka membangunkan industri alternatif seperti industri kimia, eletronik, hidroelektrik dan sebagainya.
2) Tourism
Sebelum percutian di tepi laut menjadi popular, org Eropah suka bercuti di pergunungan, & Switzerland adalah destinasi terbaik.
3) Kestabilan politik
Switzerland tidak berpihak kepada mana2 dalam Perang Dunia Kedua. Bermakna, tidak perlu mengeluarkan dana peperangan, tidak terlibat dgn perang, & tidak perlu menanggung kerosakan akibat perang.
4) Industri Eksport
Switzerland lebih banyak melakukan eksport dari import. Industri terbesar dari Switzerland yakni Nestle kita berada di 189 negara.
5) Pendidikan
Lebih 99% rakyat Swiss mendapat pendidikan, malah taraf sekolah menengah di Switzerland dikatakan lebih advance. Mereka juga mahir sekurang2nya 4 bahasa, kerana Switzerland sendiri ada 4 bahasa rasmi.

WE ARE GOING TO SWITZERLAND!!!

Bulan lepas, Vice President Shaklee called. Beritahu yang kami dah layak untuk anugerah Elites 25 dimana wang hadiahnya berjumlah RM 50 000 plus business class flight tickets to Switzerland and penginapan di suites sepanjang trip nanti.
So beliau nak confirm yang kami akan pergi kerana harga suite tu 1 malam RM 6000.
Hotel Elites 25 dan Effective Master nanti tak sama dgn hotel leaders lain kerana kelayakan dan keistimewaan yang lebih tinggi diberikan kepada high performers Shaklee ni.
Ada beberapa tempat yang kami akan dibawa dan semuanya wow gilerss!!!
Tempat rare macam Jungfrau.
Fully sponsored. Luxurious and it where royalties stay.
I am just over the moon hearing all that.
The best thing mestilah sebab trip Shaklee sentiasa mewah and I dun have to pay a dime. Hahhahahahhahahaa.
Honeymoon di Swiss la kita Iskandar Zulkarnain.
Dulu kita honeymoon kat Singapore saja. Tak mampu nak p Maldives. Sekarang baru tgk hotel ke Maldives. Lepas tu gelak dgn husband sebab over the top sgt. Tapi worth it la.
Takpe takpe. Kita honeymoon di suites di Swiss fully sponsored. Beautiful view and beautiful life.
Apa-apa dalam Shaklee ni semuanya diraikan bersama suami. Bukan wife saja. Sehingga trip pun of course Shaklee akan bawa suami kita. Kalau Master Hasifah dapat award, of course Master Iskandar naik stage dan nama disebut bersama. Kenapa?? Sebab ini bisnes bersama, bisnes keluarga. Bukan bisnes perseorangan.
Dalama Shaklee, kita value families and that’s why we always celebrate the families.
Nobody can be successful without that strong support system which is our family and spouse.
So siapa nak ikut saya pergi Swiss tapi Shaklee bayar??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *