Shaklee Modal Rendah Fleksibel

produk shaklee COD Shah Alam Klang

Shaklee modal rendah fleksibel sangat sesuai untuk surirumah dan pensyarah. Dua cerita supermom success story ini memang menarik. jom kita baca, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan peluang bisnes anda

Shaklee Modal Rendah Fleksibel

SHAKLEE TAWARKAN BISNES MODAL RENDAH TANPA KERUGIAN

Assalamualaikum, saya Fuziah Idris berumur 33 tahun bakal ibu anak empat. Merupakan Surirumah sepenuh masa dan memilih shaklee sebagai sumber pendapatan bagi menampung keperluan keluarga yang makin membesar.

Saya daftar keahlian shaklee pada september 2013. Pada masa itu saya sedang cari peluang menjana pendapatan dimana ketika sedang mengandung anak kedua. Agak susah sebuah Syarikat akan tanggung risiko ambil wanita sedang mengandung bekerja.

Alhamdulillah, syukur Allah dorongkan saya mendaftar ahli shaklee. Saya Daftar ahli shaklee kerana kemampuan saya untuk mula berniaga dibawah RM100. Saya sudah survey nak jadi agen produk saya tak berkemampuan, buntu fikir nak berniaga apa. Bermula dengan modal RM75 ketika itu untuk mendaftar keahlian dan saya akui ‘zero’ Modal untuk membeli stock. Jadi setiap order saya akan minta bayaran.

Pendekkan cerita pada bulan pertama daftar ahli, Walaupun tak sampai 2 minggu promot dengan kawan-kawan dapat la bonus +/-RM25 tidak termasuk untung runcit. Rasanya dalam ratus-ratus jugalah keuntungan runcit dan bonus, kiranya bulan pertama dah balik modal. Ya Allah kecil nilainya bagi orang lain, besar bagi saya.

Dari untung runcit saya membeli suplemen untuk diri sendiri. Beli 1-2 produk setiap bulan untuk cukupkan set prenatal shaklee. Selama hampir 5 tahun dalam shaklee, Sekali sahaja saya terima bonus 2 angka iaitu bulan pertama. Syukur mengenali business yang tiada langsung menanggung kerugian.

Pada cycle 2016/2017 iaitu tahun ketiga dalam shaklee, pertama kali dapat 1 tiket ke Local trips shaklee, iaitu dapat belayar dengan Star Cruise Libra. Pelayaran bermula dari Port klang – pulau langkawi – phuket – Penang. Teruja sangat dengan Trip shaklee bertaraf 6 bintang. Saya surirumah terpaksa buat passport.

Pada cycle itu juga saya telah mendapat Shaklee Star Award iaitu Car Bonus. Bersyukur kehadrat Ilahi, kerana ketika itu saya sarat mengandung anak ketiga kereta selalu rosak. Saya berjaya mendapatkan Car bonus pada ketika usia kandungan 38week. Alhamdulillah dengan car bonus shaklee lapang dada membeli sebuah kereta impian saya dan suami Toyota VIOS.

Teramat bersyukur, jika dulu saya rasa satu kerugian setelah tamat belajar dalam ijazah sarjanamuda dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan ‘terpaksa’ menjadi surirumah. Tetapi sekarang tidak lagi kerana kerjaya saya sebagai Work At Home Mom (WAHM) juga dapat juga memberi wang saku kepada mak ayah setiap bulan tanpa gagal.

Kepada Mak ayah yang bercita-cita nak lihat anak mereka sebagai jurutera tidak kesampaian, tapi inshaAllah saya percaya rezeki yang Allah bagi ini lebih tepat dan indah.

Seterusnya, Misi dan Visi adalah untuk membantu melahirkan ramai yang berjaya menjana pendapatan 4-5 angka sebulan di bawah team saya #SSMpire. Business shaklee ini tidaklah rumit, Saya ajar apa yang saya dah buat.

Jika anda masih tercari-cari business modal rendah tanpa kerugian, Shaklee ada jawapannya.

Shaklee Modal Rendah Fleksibel

PENSYARAH AMBIL CUTI TANPA GAJI UNTUK FOKUS JANA PENDAPATAN LUMAYAN BERSAMA SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Nama Saya Nurul Aziyana. Ibu kepada 2 orang anak. Bekerja sebagai pensyarah di politeknik tapi sekarang mengambil cuti tanpa gaji selama 9 bulan.

Penglibatan saya dengan Shaklee bermula Jun 2012 lagi. Sudah hampir 6 tahun. Waktu itu saya mula consume product Shaklee iaitu ESP. Tujuannya untuk tambah susu. Merasai keberkesanan product, saya pilih untuk beli lagi dan terus jadi ahli pada 26 julai 2012.

Saya suka berniaga. Sebelum saya mula serius dengan bisnes Shaklee, saya dah berniaga macam-macam iaiatu baju-baju baby, makanan, ambil tempahan menjahit, jual tudung dan macam-macam lagi lah. Bila upline saya tunjuk income yang beliau dapat dengan bisnes Shaklee, saya jadi teruja untuk cuba juga. Jadi saya tak fikir panjang, terus mula berkongsi kebaikan product. Masa tu medium yang saya gunakan adalah Facebook dan blog (http://nurulaziyana.blogspot.com.

Sekarang saya juga berkongsi info kesihatan di http://bebelsihat.com bagi membantu lebih ramai orang untuk dapat kesihatan dan kecantikan.

Alhamdulillah, bila berkongsi tak sangka dapat sambutan yang baik. Order dari pelanggan macam tak menang tangan. Jadi secara perlahan-perlahan saya hentikan jual macam-macam barang tu. Saya Nampak potensi sangat besar dalam bisnes ni. Walaupun saya bukan d ari latar belakang kesihatan, tapi menjual product kesihatan tidak menjadi masalah kerana kami dapat banyak training dan support dari syarikat dan group. Saya banyakkan membaca dan bertanya. Dari situ semakin hari semakin suka dengan bidang kesihatan.

Paling mengujakan, 3 bulan lepas saya serius dan focus dengan bisnes ni saya berjaya jana income 4 angka. Alhamdulillah group saya Road To Success (kini dengan nama Emerald Family) semakin berkembang. Allah sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu yang mana dari bisnes yang jual macam-macam sebelum tu pun tak pernah cecah 4 angka, tapi yang ni boleh bagi saya peluang dan kejayaan untuk raih income impian.

Sejak itu, saya nekad. Inilah bisnes yang saya akan buat sungguh-sungguh. Hari demi hari, bulan berganti bulan dan rank berganti rank, saya Berjaya capai kesemua 3C yang ditawarkan syarikat iaitu Cash, Car dan Convention. Dengan izin Allah, saya berjaya melayakkan diri untuk dapat Car bonus yang diberi dalam bentuk duit setiap bulan bergantung kepada pencapaian kita. Itulah duit yang saya guna untuk bayar ansuran kereta kami setiap bulan, sejak itu memang peruntukan duit gaji untuk kereta tidak terusik. Boleh diguna untuk perkara lain pula. Alhamdulillah.

Setiap tahun, Allah izinkan juga untuk saya merasai Trip Percuma Shaklee. Tahun pertama, saya dapat kelayakan ke Sabah. Hadiah ini saya beri pada suami. Tahun kedua, saya layak ke USA. Kali ini saya bawa bersama anak saya. Tahun ketiga, saya layak ke Italy. Sekali lagi saya hadiahkan buat suami kerana saya dalam pantang anak kedua waktu itu. Tahun keempat, saya layak ke Jepun dan tahun kelima iaitu tahun ini sekali lagi saya layak untuk ke trip Cruise Meditteranean ke 3 buah Negara iaitu Spain, Italy dan Perancis.

Allahuakbar, terasa sangat besar nikmat yang Allah bagi. Pengalaman pertama ke luar Negara adalah dengan trip Shaklee. Saya selalu mengimpikan untuk travel ke luar negara, tapi terasa mustahil kerana pelbagai kekangan namun dengan trip percuma ni, itulah hadiah yang Allah bagi untuk impian saya. Bertambah seronok kerana trip ini dengan kawan-kawan seangkatan. Dan saya juga boleh hadiahkan percutian ke Korea untuk keluarga kecil saya dengan bonus Shaklee sepenuhnya.

Nikmat Allah tak terhenti di situ. Dengan bisnes ni, saya jalinkan lebih banyak ukhuwah kerana bisnes ini adalah People Business. Saya belajar banyak perkara tentang manusia. Ilmu saya berkembang dan saya ajarkan pula pada downline-downline. Nikmatnya bila downline mendapat hasil dari apa yang diajar. Semoga Allah rezekikan saya untuk dapat pahala berpanjangan dengan bisnes ini.

Saya amat percaya, banyak impian saya tercapai dengan bisnes ni termasuklah menaja keluarga menunaikan umrah. Saya juga percaya, anda di luar sana juga mampu lakukannya tidak kira apa jua tahap pendidikan kerana sudah ramai yang buktikannya. Walaupun buat secara part time, yakin lah ianya boleh dilakukan kerana bisnes Shaklee sudah ada sistem yang kukuh untuk diikut.

Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada semua bahawa kita semua mampu capai apa jua impian yang kita nak. Kita buat kerja kita, dan Allah aturkan segalanya. Saya jemput anda yang masih mencari-cari bisnes yang kukuh, ada sistem dan jana income impian untuk sama-sama lakukannya dengan bisnes Shaklee

Nurul Aziyana
Founder Emerald Family

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *