Shaklee Hilangkan Sakit Keguguran ? Keguguran memang satu pengalaman yang sakit kepada ibu yang baru nak mendapat zuriat. Artikel kali ini jom kita baca tentang
- Pengalaman Puan Jumaat Makan Shaklee selepas keguguran
- Set Keguguran Shaklee
Shaklee Hilangkan Sakit Keguguran ?
Berkahwin di usia yang lewat berbanding rakan rakan sebaya, bukanlah satu halangan untuk saya memiliki cahaya mata.
Alhamdulillah memasuki perkahwinan yang kelima tahun 2018 ini, Allah telah menganugerahkan kepada saya 3 orang cahaya mata, seorang putera Ameen Naufal Dini, 3 tahun dan dua orang puteri Nur Mawar Deena, 4 tahun dan Ayulily Maryam 2 tahun.
Sepanjang tempoh 4 tahun itulah saya mengamalkan Shaklee dari pengguna biasa, menjadi member dan kini aktif untuk melebarkan empayar bisnes Shaklee saya untuk diwariskan kepada anak anak saya kelak. Semuanya bermula dari Set Berpantang Shaklee.
Kerana jarak setahun seorang anak dengan usia yang sudah pun masuk 40 tahun, tidak pernah terlintas untuk saya menambah bilangan ahli keluarga. Rasanya cukup dengan apa yang Allah dah kurniakan kepada saya.
Ditakdirkan March 2018, saya disahkan hamil untuk anak keempat.
Berita ini saya terima dgn rasa syukur kerana pasti Allah lebih tahu apa yang sebaik baiknya untuk saya.
Saya terus ambil sepenuhnya set kehamilan Shaklee bila tahu diri telah hamil. Serta merta juga saya memberhentikan pengambilan Alfafa yang mana saya makan utk penyusuan anak no 3 juga sebagai agen detoks mengurangkan berat badan dan menghilangkan masalah keputihan. Maklumlah kononnya tahun 2018 ini misi saya nak kurus jelita. #misikurusjelita2018.
Tetapi kerana ditakdirkan saya hamil, misi kurus jelita ditunda sehingga saya selamat melahirkan kelak. Saya meneruskan pengambilan set kehamilan yang complete untuk trimester pertama, ESP, B Complex, Vitalea, Vitamin C dan Ostematrix. Juga saya tambah ambil Garlic untuk solusi masalah keputihan bg ibu hamil (ganti kpd Alfafa).
Nak masuk minggu ke 10, kerana Allah itu sebaik2 Perancang, saya terasa perut saya seakan mengeras. Diikuti rasa seperti senak2 perut kemudian hari. Esok paginya ada pendarahan sedikit. Bila rasa semakin banyak sedikit, saya terus pergi ke klinik. Apabila buat imbasan di perut, doktor dapati tiada nampak jantung baby, tetapi hanya ada kantung. Scan mengesan baru 6 minggu sedangkan saya dah 10 minggu hamil. Doktor pinta saya merujuk terus ke hospital.
Di hospital Shah Alam, doktor mengesahkan kandungan tidak menjadi.
Doktor memberi tempoh 2 minggu untuk keguguran itu berlaku secara semulajadi. Biarkan ia keluar sendiri katanya.
Mendapat nasihat dari sideline, mohon saya consume terus makan Alfafa sbb ia membantu proses keluar kantung dari perut dgn lebih cepat.
Dua hari selepas itu, keguguran yang dikatakan itu berlaku dgn sendirinya. Allahuakbar. Saya bersyukur Allah memilih saya untuk menerima ujian ini. Baru saya tahu begini rupanya ibu yang keguguran. Alhamdulillah saya melaluinya dengan hati yang terbuka. Selama tiga hari berturut turut saya keluar darah dengan begitu banyak dan sangat laju. Seperti tumpahnya air ketuban, begitulah keluarnya darah itu bersama ketulan seperti limpa tu. Ada yang menasihatkan saya untuk pergi ke hospital jika saya mengalami pening yang teruk kerana banyaknya darah keluar. Risau dan takut saya kehilangan darah.
Saya percaya dengan suplemen suplemen
yang saya telah amalkan secara konsisten sangat membantu saya dalam menghadapi situasi keguguran dengan lebih baik.
Ramai orang kata sakit keguguran lebih sakit dari bersalin. Tapi Alhamdulillah saya tidak merasa sakit yang lebih teruk dari melahirkan. Rezeki saya barangkali, Allah memudahkan segalanya untuk saya.
Saya percaya amalan makan Vitamin C secara konsisten selama 4 tahun byk membantu saya untuk kurangkan rasa sakit keguguran itu. ESP, B Complex dan Vitalea juga banyak membantu untuk mencukupkan keperluan nutrisi dalam badan saya selama tempoh itu. Kerana itu, walaupun org kata bila keguguran ni wajib berpantang mcm orang melahirkan, Alhamdulillah dengan pengambilan kesemua vitamin yang saya sebutkan tadi, saya lebih cepat sihat.
Saya tetap melakukan tugas tugas sebagai seorang ibu seperti biasa walaupun dikatakan dalam pantang. Alhamdulillah, terima kasih Shaklee. Yang bestnya, saya semasa berurut, tukang urut puji badan saya mudah diurut dan stretch marks kat perut langsung tiada. Alhamdulillah berkat minum ESP sekian lama.
Terimakasih Shaklee. Moga cerita saya menjadi panduan untuk semua memilih Shaklee untuk kesihatan korang yang lebih baik.
Untuk ibu ibu hamil, korang ambillah set kehamilan Shaklee dan teruskan ambil set berpantang selepas melahirkan. Insha Allah pilihan korang itu tidak akan merugikan untuk jangka masa panjang.
Shaklee terbukti semulajadi, selamat dan berkesan.
Sekarang saya teruskan #misikurusjelita2018 ni. Kebetulan saya dah pun menggunakan Youth Starter Pack selama 51 hari. Alhamdulillah, saya dapat rasakan Youth banyak membantu parut jerawat yang banyak di wajah saya, pudar dari sehari ke sehari.
Lecithin, Alfalfa dan ESP pastinye tiga supplemen kurus yang sangat wajib Akak consume untuk pastikan misi kurus tercapai. Ditambah dengan skincare Youth, Vitamin C, Garlic, B Complex dan Vitalea, mudah mudahan bertambah jelita luar dan dalam. Aamiin.
~Jumaati Ahmad~

Set Keguguran Shaklee
Vitamin B Complex Dengan Asid Folik
Vitamin B Complex berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan di kalangan ibu keguguran. Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah. Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan. VitaLea (Multivitamin) Vitalea sangat penting untuk ibu keguguran. Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh ibu yang keguguran. Disaluti spirulina yang kaya dengan vitamin dan mineral. Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa keguguran serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.
Vitamin C
Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan dan lekatan yang bertindak sebagai pencantum dan penyumbuh luka. Membaik pulih sel dan tisu yang rosak. Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan. Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit. Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.
Zink
Zink paling penting dalam proses pemulihan luka dalaman. Mambaik pulih luka dan kerosakan tisu dalaman. Ikan haruan kaya dengan Zink sebab itu pengambilannya sangat digalakkan. Namun harga ikan haruan yang mahal disesetengah kawasan, sukar diperolehi serta rasanya yang agak hanyir membuatkan pengambilannya sering diabaikan oleh ibu zaman moden ketika ini. Oleh itu, pengambilan Zink dalam bentuk tablet adalah solusi yang terbaik. Zink juga sebagai penggalak keinginan seksual, dapat mengatasi masalah kedinginan dalam hubungan intim suami isteri selepas tempoh keguguran.
ESP – Susu Soya Protein
ESP Susu Soya Protein pengambilannya sangat membantu dalam pemulihan luka luaran dan dalaman. Mencantikkan kulit. Memejalkan otot. Membantu dalam penurunan berat badan. Membekalkan tenaga dan kecergasan badan.
Ostematrix (Kalsium)
Ostematrix adalah kalsium. Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit. Melegakan segala kekejangan otot di kalangan ibu keguguran. Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi. Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang.
Kesimpulannya Set Keguguran Shaklee diakui dapat memenuhi keperluan para ibu keguguran bagi tujuan pemulihan dalaman yang optimum. Selain itu, Set Keguguran Shaklee juga berfungsi sebagai persediaan kepada ibu untuk merancang semula kehamilan yang berkualiti di masa hadapan.
Ini adalah penting kerana merancang kehamilan yang berkualiti dapat mengelakkan berlakunya keguguran yang berulang. Dengan pengambilan Set Keguguran Shaklee ibu dapat membaiki dan membekalkan segala nutrien dan mineral yang diperlukan oleh tubuh bagi menghadapi kehamilan yang seterusnya. shaklee hilangkan sakit keguguran.
Leave a Reply