Set Pantang Shaklee Tiada Masalah Sembelit Lagi

set pantang shaklee tiada masalah sembelit lagi

APRIL 2016 (MUSIM KEDUA)
TESTIMONI 2: NAJIHAH RAZALI

“ANAK KITA AQEEF SORANG JE LA YANG”

Masih ingat lagi kata-kata suami saya bila dia tengok saya sengsara akibat sembelit yang sangat teruk semasa pantang kan anak pertama kami, Aqeef Danial 6 tahun yang lepas.

Tapi tu lah, orang perempuan ni, teruk macammana pun pengalaman mengandung, bersalin dan berpantang, tak serik lagi nak baby lagi kan.

Teruk pengalaman sembelit saya. Lebih-lebih lagi suami tiada di sisi sebab saya berpantang di rumah mak kan. Bila rasa nak membuang tu datang, menangis-nangis saya menahan sakit. Gesa tu semacam gesa contraction. Nak sangat keluar tapi sakit sangat di bahagian dubur jadi saya tahan dari keluar.

Agak pelik juga sebab saya kena sembelit setelah 3 minggu berpantang. Saya minum air banyak dan makan oren sunkist dari awal berpantang seperti yang dicadangkan oleh nurse KK, tapi saya masih lagi kena sembelit.

Saya pergi ke klinik swasta dan doktor beri gel kebas dan ubat pelawas. Sapu dahulu di bahagian dubur sebelum nak membuang. Lega sikit sebab tak rasa sakit luka di bahagian tu, tapi tetap penuh penyeksaan nak mengeluarkan najis yang sudah mengeras tu.

Tak serik nak baby. Berpantang anak kedua saya ambil Set Postnatal Shaklee. Saya memang sudah mulakan dengan Set Prenatal semasa mengandung anak kedua ni.

Alhamdulilah bila tahu Ostematrix dalam Set Postnatal tu boleh membantu mengatasi masalah sembelit, malam pertama selepas bersalin tu je, terus saya makan 4 biji Ostematrix. Esok bangun pagi sangat lawas. Takde rasa seriau pun nak membuang walaupun baru je lepas bersalin.

Sepanjang pantang sehingga selepas pantang pun saya terus amalkan makan vitamin Shaklee. Alhamdulilah memang tiada masalah sembelit. Anak kedua dan ketiga, mereka memang Baby Shaklee saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *