Sakit sendi kerana gimnastik ? Ahli sukan sukan gimnastik Sakit Sendi Akibat terlalu Aktif. Tapi takpa, selepas jumpa shaklee, beliau sudah mula nampak harapan dan semakin cantik dan sihat.

SAKIT SENDI DAN LUTUT BERANSUR SEMBUH SELEPAS AMALKAN SUPPLEMEN SHAKLEE

Assalamualaikum.

Saya Nor Shahizan Rahimi bt Mohd Saad a.k.a Che Yan nak berkongsi kisah perjalanan “cinta Shaklee” saya mengenali Shaklee sudah lama cuma sikap acuh tak acuh dalam pengambilan vitamin membuatkan lambat benar Shaklee “menakluki” hati saya sepenuhnya. Setelah merasai #shakleeeffect yang sebenar selepas berpantang anak ketiga maka cinta saya pada produk Shaklee “jatuh berkali-kali” hasil bimbingan SID hebat bergelar “Ratu Vivix”.

Selepas Set Berpantang Premium Shaklee saya cuba untuk menyelesaikan masalah sakit lutut yang saya alami. Sebenarnya sakit lutut ini merupakan kesan jangka panjang yang saya alami hasil daripada penglibatan aktif saya dalam bidang sukan gimnastik peringkat sekolah dahulu.

Semakin menganjak usia kesan kecederaan yang lama dulu semakin terasa. Anak-anak pula semakin lasak dan memerlukan saya untuk bergerak aktif mengawal mereka. Semakin lama pergerakan saya semakin terganggu. Tugas sebagai guru memerlukan saya naik turun tangga.

Setiap kali pergerakan turun dan naik tangga, lutut saya akan berbunyi seolah ada geseran dan bukan stakat itu sahaja, saya terpaksa “double step” kat tangga, maksudnya saya perlu jejak kedua-dua belah kaki untuk setiap anak tangga.

Rasa sakit akan bertambah kronik apabila saya perlu ke tandas dan tandas pula jenis tandas cangkung.

Vitamin untuk “daily essential” memang sudah menjadi rutin. Setelah mebuat sedikit pembacaan dan meminta pendapat dari upline, maka untuk masalah lutut dan sendi saya ambil Vivix, Collegen, Ostemetrix dan Omega Guard.

Saya terus menjalani rutin kehidupan seperti biasa. Sampai satu masa saya tersedar yang saya sudah tidak sakit lutut lagi. Saya juga mendapati bahawa struktur kulit juga nampak lebih sihat. Lebih mengharukan apabila ada yang mengandaikan saya belum berkeluarga semasa menghadiri kursus sedangkan saya ibu kepada 3 orang anak.

Bonus berganda apabila suami juga mula perasan yang kulit saya semakin halus. Katanya “masa bila pulak sayang selalu pakai losyen tak ada bau pun”.

Suami saya memang ada masalah dengan bau-bauan. tersalah bau biarpun bau itu wangi akan menyebabkan beliau sakit kepala dan menyebabkan saya memang sukar nak beramal dengan segala macam losyen.

Satu lagi perkara yang saya perasan ialah masalah alergik saya pada terung.

Pada kebiasaannya setiap kali saya termakan terung, bahagian dagu dan sekeliling bibir saya akan ditumbuhi biji-biji halus yang mengandungi air dan kawasan kulit bahagian itu akan hitam serta lambat untuk sembuh.

Baru-baru ini saya ada termakan kuah roti canai yang mengandungi terung. Memang masih ada rasa alergik itu. Tapi kali ini kawasan yang seringkali terganggu akibat alergik sekadar menjadi kering. Setiap kali mandi sel kulit mati di kawasan tersebut boleh di “wipe off”.

Memang nawaitu saya nak ambil Set Sendi tu untuk masalah lutut saya. Tiba-tiba macam-macam bonus dan manfaat yang lain saya perolehi. Maka buat sekian kalinya saya “jatuh cinta” dengan Shaklee. Jom sama-sama berShaklee untuk meningkatkan kesihatan. Sakit Sendi Kerana Gimnastik ?

Sakit Sendi Kerana Gimnastik ?

Rahsia Asid Lemak Elak Sakit Sendi Kerana Gimnastik ?

Parents siapa selalu mengadu sakit-sakit sendi? Atau mengidap arthritis? Sendi yang sihat penting untuk kita bergerak setiap hari. Biasanya sendi yang bengkak atau sakit ada keradangan di bahagian sendi yang sakit tu. Mak ayah siapa selalu mengadu sakit-sakit sendi atau mengidap arthritis?

OMEGA 3 MENYOKONG KESIHATAN SENDI

Tahukah anda Omega 3 ada sifat anti keradangan. Jadi mengurangkan rasa sakit bila kita ambil nutrien yang bersifat anti keradangan. Omega 3 Bersifat Anti Keradangan.

Untuk sendi yang sihat, asid lemak Omega 3 juga membantu dalam masalah seperti osteoarthritis. Osteoartritis biasa dialami oleh orang-orang yang sudah berumur yang ada masalah sendi dan tulang. 

Omega Guard Diperkaya dengan Asid Lemak Omega 3. DHA dan EPA akan menghalang protein yang terhasil yang menyebabkan osteoarthitis. Jadi secara tak langsung akan mengurangkan risiko kepada osteoarthritis. 

OMEGA 3 SEBAGAI PELINCIR

Omega 3 juga bertindak sebagai pelincir (lubricant) untuk sendi supaya dapat bergerak lebih sempurna tanpa rasa sakit. Minyak ikan kod, minyak ikan salmon, minyak ikan untuk ibu hamil, Omega Guard Shaklee, Omega 3, omega, manfaat minyak ikan kod, manfaat minyak ikan salmon, cara memilih minyak ikan yang baik.

3 TIPS CARA MEMILIH MINYAK IKAN YANG BAIK

Banyak produk makanan tambahan minyak ikan di pasarkan di negara kita. Kalau pergi ke farmasi, bersusun produk makanan tambahan minyak ikan daripada pelbagai jenama. Sebagai seorang pengguna, pasti anda mahukan produk yang terbaik setanding dengan pelaburan yang dikeluarkan.

1. BEBAS BAHAN BERBAHAYA

Apabila anda membeli-belah untuk makanan tambahan minyak ikan, pastikan anda membeli salah satu yang dijamin bebas bendasing dan bahan-bahan yang mungkin berbahaya seperti logam berat dan racun perosak.

2. MINYAK IKAN TULEN

Makanan tambahan minyak ikan yang anda pilih juga perlulah bersifat tulen. Ini bermakna anda akan mendapat dos asid lemak Omega 3 yang paling tinggi dalam setiap hidangan. Perhatikan gambar di bawah.

Jumlah asid lemak Omega 3 adalah jumlah EPA dan DHA. Menurut jadual kandungan produk ini, jumlah asid lemak Omega 3 bagi setiap kapsul adalah 330mg. Setiap kapsul minyak ikan ini mengandungi 180mg EPA dan 120mg DHA. Maka 180mg + 120mg = 300mg.

Apakah yang terkandung dalam 30mg daripada jumlah asid lemak Omega 3 yang dinyatakan dalam jadual ini? Ia adalah lemak ikan.

Pastikan anda membuat pelaburan kepada minyak ikan dan bukan kepada lemak ikan. Semak kandungan asid lemak Omega 3 dalam makanan tambahan minyak ikan anda.

3. KANDUNGAN EPA DAN DHA

Produk makanan tambahan minyak ikan yang baik akan mengandungi sekurang-kurangnya 750 mg EPA dan DHA (Omega 3) ​​yang akan memberikan manfaat minyak ikan per kapsul.

Kalau kita merujuk kepada contoh dalam gambar di atas, jumlah EPA dan DHA yang disediakan adalah 900mg bagi setiap sajian. InshaAllah, anda akan beroleh manfaat daripada produk makanan tambahan yang anda amalkan.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *