Reverse Aging Dengan Shaklee

reverse aging dengan shaklee

REVERSE AGING DENGAN SHAKLEE

Alhamdulillah, 11 tahun bersama bisnes shaklee, banyak perkara yang saya belajar tentang falsafah Doktor Shaklee. Kami sebelum ini adalah pasangan yang biasa, mesti gemuk selepas kahwin. Kami masa kahwin pun berat badan dah besar, dah nampak berisi dan makin tua sebab kesibukan kerja.

Sampailah satu masa, saya mengalami masalah darah tinggi, hingga pengsan semasa bangun sahur pada 2019. Semasa itu isteri dah mula panik dan menangis. Nasib baik umur panjang, saya kembali bangun. Pergi klinik, darah tinggi saya pernah cecah 220. Masa ini , saya kena pergi hospital shah alam. Saya kena tahan dekat wad separa kecemasan. Masa ini, saya dah mula tekad, saya kena jaga makan.

Selepas itu saya mula lakukan apa yang perlu untuk kurus, banyak lakukan puasa, mula bersenam berlari 5km setiap hari, dan juga mengambil supplemen shaklee seperti Cinch, Omega guard dan Dtrx Complex. Alhamdulillah, saya berjaya kuruskan badan. Tapi sayangnya badan saya terlalu kurus, dan muka nampak tua seperti orang sakit.

Tapi kami sedar, manusia ini ada masa suka enjoy makan.

Ada masa badan kami naik, dan adakalanya boleh turun. Jadi saya mula belajar beberapa amalan supaya saya boleh kekal berat badan bawah BMI normal.

Sejak tahun lepas, kami rajin melakukan intermittent fasting. Selain itu kami amalkan minum cinch tea diwaktu pagi dan perasan tenaga kami bertambah ketika puasa. Selain itu saya mula mengamalkan “Plant Based Diet” setelah menonton dokumentari “The Game Changer” . Saya mula makan banyak tumbuhan, kurangkan daging ,ayam ,ikan. Mula makan real food berbanding makan kuih,biskut, goreng pisang. Saya yakin dengan kuasa tumbuhan, kerana suplemen shaklee sendiri memang berasal dari tumbuhan organik non-GMO. Dari zaman dulu pun, tumbuhan ialah sumber kepada ubat ubat tradisional.

Alhamdulillah, bila kami tengok gambar kami masa awal kahwin dulu, kami sedar, dengan falsafah dr shaklee, kami berjaya melakukan REVERSE AGING. Bila pergi event shaklee kami terpaksa tahan telinga bila orang cakap

“Eh kenapa aku tengok kau ni makin kurus”

” Wah boleh menten ye perut “

“Eh kenapa ada budak sekolah datang event nih “

” Budak sekolah mana boleh datang sini”

Semoga cerita kami menjadi inspirasi kepada anda semua.

Tiada yang mustahil dengan SHAKLEE !!!

Terima Kasih Shaklee

Terima Kasih Supermom Shaklee Story!

Perkongsian Oleh :

Faiz dan Ainul

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *