ResV Shaklee Untuk Pemuzik Yang Suka Berlatih Lewat Malam

resv shaklee untuk pemuzik

ResV Shaklee Untuk Pemuzik Yang Suka Berlatih Sampai Lewat Malam ? Memang wajib pemuzik makan shaklee ? Jom kita tengok apa yang bestnya jadi pemuzik dan kenapa mereka suka berlatih waktu malam, dan apa yang boleh bantu mereka supaya lebih sihat.

Kenangan Masa Bujang Main Muzik

Dulu masa saya suka jamming masa dekat UTM, memang gile betul. Kena tunggu member yang ada kerja studio, malam baru berlatih. Itu belum lagi kena tunggu yang berdating pula. Biasanya kami akan keluar malam, dan paling teruk malam 2 hingga 3 pagi kena balik. Ada yang gile tuh, sampai waktu subuh baru nak balik.

Lepas balik itu, ada yang tak bestnya, kena bangun lewat, kadang kadang terlepas kelas pagi, lagi lagi saya masa tuh budak engineering, adui, terlepas kelas, dan mengantuk. Adui. Masa tuh tak jaga makan, dan tak jumpa shaklee, dan paling teruk ialah masa tuh result bawah 3 pointer. Memang teruk.

Sampai lah saya terus keluar dari UTM, memang ikut juga kawan kawan berlatih. Saya pun jadi solo dengan nama ninja seni. Bergerak solo, ikut member pergi gig sana sini. Itu yang ada juga balik sampai lewat malam. Lepak memang jadi kebiasaaan geng muzik, sampai pagi juga. Hadoi.

Badan Terus Membesar dan Membesar

Paling teruk masa lepas kahwin, badan terus membesar dan terus membesar dengan sihat. Yang teruknya penyakit darah tinggi dah ada. Ada satu masa itu demam teruk, selalu sakit kepala. Tapi macam biasa juga dah jarang berlatih main muzik.

Adalah juga main muzik dekat event kecil, buat juga rakaman lagu raya supermom. Itulah pengalaman. Sampailah dari duit ada, bisnes jatuh, lepas tuh bebas hutang, dan terus bahagia. Masa itu tak tahulah apa nak jadi, sampai satu tahap badan terus membesar.

Jadi teruknya, ada satu masa badan sakit pengsan, masa sahur tahun 2019. Lepas tuh pergi cek klinik, darah tinggi sampai 200 lebih. aduh, kena pergi hospital shah alam. Nasib baik tak warded, kalau tak jawabnya naya . Tapi lepas tuh, barulah sedar, nampaknya kena kuruskan badan, dan bermulah cerita saya dengan #jurnalkurusjoelabu.

Rezeki Berjumpa Ito Blues Gang dan Masuk RTM Dengan Blues Gang

Rezeki saya juga bila dah kurus, tiba masanya sesuai jumpa idola bluesharp harmonika saya, iaitu Ito Blues Gang. Tahun 2022, saudara Izzat Amir Rabak Lit buat satu sesi harmonikawan dekat Pesta Buku Melaka. Itulah momen saya dapat bergandingan dengan idola harmonika saya.

Tahun lepas pula saya dapat peluang sekali lagi, dipanggil untuk perform bersama Blues Gang, live Hiburan Minggu Ini tv2. Fuhh lagi cemerlang, walaupun hanya dipanggil dari pentas, secara rahsia suprise, masa itulah rasa best. Sejak itu juga saya pakai nama Mat Ikan, nama glamer sebagai seorang harmonikawan .

Sejak awal tahun nih, anak pak ito Kit Affero selalu ajak saya jadi MC untuk program kopi lagu dan puisi. Bulan ni dekat kuala selangor, saya datang awal, lepas tuh kena jadi MC seorang, dan masa itu malam melepak dengan ramai legend, termasuklah Radhi OAG. Kami bikin lagu sembang sembang. Saya tidur kul 5 pagi, lepas tuh dah bangun solat subuh, jalan kaki, sarapan, dan baru ambil morning nap sekejap.

Resv Shaklee Untuk Pemuzik ?

Sejak tahun lepas bila kena tahu main untuk live RTM, barulah tahu rasa penat kaw kaw. 2 malam kena pergi praktis, lepas itu hari jumaat kena datang untuk full rehearsal, dan sabtu pula kena datang awal untuk persiapan live hiburan minggu ini tv2 RTM.

Baru tahulah gile penat. Nasib baiklah kami ni dah prepare semua vitamin shaklee. Masa tuh makan ostematrix ini penyelamat. Nak kena juga makan vitamin C untuk imun sistem dan sebagainya. Makan herblax kasi perut kosong. Time ni resV tak terbeli pulak.

Masa awal bulan harituh, saya amalkan resV, sebab masa bulan puasa, selalu ambil resV, kepala kurang sakit walaupun tidur lambat. ResV shaklee pula campur dengan cinch tea, memang ambil sebelum show bermula.

Malam itu Alhamdulillah saya punya tenaga lain macam. Makan nasi goreng rahmaniyah kuala selangor, layan dengan cinch tea. Sebelum show baru makan sebiji ResV, ada energy juga time tuh. TAk duduk, pergi sana sini, last jamming pula. Malam pula tak tidur, hahahha. Memang best betul.

Kenapa ResV Bagi Tenaga Best Pada Badan ?

Secara ringkasnya, di dalam badan kita ni ada beribu-ribu sel.Dalam sel pula terdapat mitokondria. Mitokondria umpama ‘generator’ untuk sel. Ia bertindak sebagai pusat jana kuasa yang berfungsi untuk memberi tenaga kepada sel.

Bila sel bertenaga ia akan meningkatkan tenaga badan secara keseluruhannya.Tapi seiring dengan meningkatnya usia kita, Mitokondria di dalam sel juga akan semakin berkurangan.Bila mitokondria semakin berkurangan, sel-sel badan juga semakin lemah. Bila sel lemah, badan akan automatik menjadi lemah dan mudah mendapat penyakit.

ResV Shaklee Badan Bertenaga

10x Ganda Resveratrol Dalam resv  Bantu Tingkatkan Kuantiti Metokondria Di dalam Sel.Jika sel-sel kita bertenaga, badan kita akan turut jadi bertenaga.

Vivix mengandungi resveratrol 10x ganda lebih hebat daripada resveratrol biasa. Manakala ResV 30kali Ganda lagi power dari vivix

Kandungan resveratrol yang tinggi didalam Vivix dan resV  membantu meningkatkan jumlah metokondria didalam sel. (Mitokondria akan tingkatkan Tenaga sel).

Semakin kita tua, sel-sel di dalam tubuh kita semakin banyak yang mati. Umumnya, kesihatan badan kita bergantung kepada sihatnya sel-sel di dalam tubuh kita. Bila sel sihat, tubuh juga akan sihat dan badan jadi bertenaga.

Jika sel mati, badan mudah mendapat pelbagai penyakit. Kesihatan mulai merosot. Lutut mulai lembik dan lemah. Badan rasa sengal-sengal. Tenaga berkurangan, kurang selera makan dan macam-macam lagi penyakit datang menimpa seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan kolestrol tinggi.

Penafian: Vivix ResV adalah vitamin, bukan ubat. Ia tidak berfungsi untuk merawat, menyembuh atau memulih penyakit kritikal.

5 Manfaat ResV Shaklee Selain Untuk Resv Shaklee Badan BerTenaga

1. Kulit Sihat

Melindungi kulit dari kerosakan oleh sinaran ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengurangkan garis halus serta kedutan.

2. Peredaran Darah Yang Sihat
Mengurangkan keradangan kronik, yang menjadi punca utama penyakit jantung serta menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol LDL (jahat) dan meningkatkan tahap kolesterol HDL (baik).

3. Tahap Gula Darah Yang Sihat
Menurunkan tahap gula darah semasa berpuasa, meningkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekaan insulin.

4. Menyokong Detoks Yang Berkesan
Meningkatkan kesihatan hati dengan mengawal stress dalaman badan, mengurangkan kemerahan dan pembengkakan, dan mengurangkan kematian sel pada hati dan menyerupai kesan positif berpuasa atau diet rendah kalori, yang boleh membantu menurunkan berat badan.

5. Fungsi Otak Yang Sihat
Pengambilan jus anggur setiap hari selama 12 minggu meningkatkan memori orang dewasa yang mengalami masalah mental ringan. Pengambilan polifenol setiap hari secara konsisten meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan ingatan dan daya tumpuan.

RESV SHAKLEE MEMANG TERBAIK

Jadi kalau korang rasa nak cuba resv atau produk shaklee, boleh hubungi saya, nak cod boleh sekitar shah alam,klang , subang , kl dan kalau nak cod jauh pun boleh, boleh bincang. Resv shaklee untuk pemuzik bagus untuk kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *