Punca Jantung Bengkak

punca jantung bengkak

Apa yang menyebabkan jantung bengkak? Pertanyaan ini telah diajukan oleh ramai orang, khususnya bagi mereka yang sedang mempelajari dalam bidang kedoktoran atau mereka yang terlibat secara langsung dengan penyakit ini.

Jantung bengkak tetap menjadi topik yang menarik untuk dibincangkan. Tidak menghairankan jika para pakar kesihatan terus melakukan penelitian dan pengkajian mengenai penyebab jantung bengkak. Dan hasilnya, ternyata jantung bengkak disebabkan oleh hal-hal berikut ini.

1. Jarang Bersukan

Penyebab pembengkakan jantung yang pertama adalah jarang bersukan. Tubuh yang jarang bersukan jarang mengeluarkan peluh. Risikonya terjadi  berat badan berlebihan (obesiti). Ini sangat berbahaya karena membuat jantung bekerja lebih keras dan menyebabkan terjadinya pembengkakan pada jantung. Bukan hanya menyebabkan jantung bengkak,  jarang bersukan juga berisiko menyebabkan penyakit jantung koroner dan tekanan darah tinggi. 

2. Kelainan Jantung Sejak Lahir 

Tidak semua orang lahir dengan jantung yang normal. Beberapa orang mengalami kelainan jantung atau yang biasa disebut sebagai penyakit jantung disebabkan genetik. Contohnya, seperti jantung berlubang atau timbulnya lubang pada jantung. Ini membuat jantung harus bekerja keras kerana organ jantung tidak sempurna. Jantung harus mengepam lebih kuat dan keadaan itu sangat berpotensi menyebabkan terjadinya pembengkakan jantung.

3. Otot Jantung Lemah 

Otot jantung lemah disebabkan beberapa faktor seperti serangan jantung. Otot jantung yang lemah menyebabkan jantung bekerja lebih keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh. Semakin lama hal ini terjadi, semakin tinggi risiko terjadinya jantung bengkak.

4. Tekanan Darah Tinggi 

Terjadinya tekanan darah tinggi membuatkan jantung bekerja lebih keras. Ini sangat berisiko terhadap peluang terjadinya jantung bengkak. Secara umumnya pengidap tekanan darah tinggi biasanya jarang menyedari mereka diserang penyakit ini kerana penyakit ini hadir tanpa simptom yang ketara. Untuk itu, pemeriksaan tekanan darah berkala penting untuk mengetahui paras tekanan darah anda. Ia bertujuan jika terjadinya tekanan darah tinggi langkah awal bagi mencegah dapat dilakukan supaya tidak menyebabkan jantung bengkak.

5. Kerosakkan Injap Jantung 

Kerosakkan injap pada jantung juga berpotensi menyebabkan jantung bengkak. Kerosakkan  pada injap jantung tersebut biasanya disebabkan oleh demam rematik atau mungkin faktor lain. Disebabkan keadaan organ yang tidak lagi sempurna, ia membuatkan jantung harus bekerja lebih keras untuk mengepam darah. Beban kerja berlebihan yang dipikul jantung tersebut boleh menyebabkan terjadinya pembengkakan jantung.

Daripada lima penyebab jantung bengkak, empat daripadanya disebabkan oleh punca penyakit yang lain. Jadi boleh dikatakan bahawa jantung bengkak merupakan penyakit lanjutan dari suatu penyakit.

Memang, ini bukan hal yang aneh pada suatu penyakit. Sering kali sesuatu penyakit boleh mengakibatkan terjadinya kesan lain kepada pengidapnya sehingga mengalami beberapa penyakit sekaligus.

Yang paling ditakutkan tentu saja kesan daripada terjadinya jantung bengkak. Bagi mereka yang sudah mengalami masalah pembengkakan jantung, mereka sangat berisiko mengalami pembekuan darah dan kesukaran bernafas.

Kesan jantung bengkak sudah pasti tidak menyenangkan anda. Oleh itu, jagalah kesihatan jantung anda dengan baik. Sayangi jantung anda agar tidak sampai ke tahap jantung menjadi bengkak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *