perniagaan shaklee
SHAKLEE

Perniagaan Shaklee

Perniagaan Shaklee ? Susah tak, nak berjaya dalam Shaklee ni? Tips nya adalah :

1. Niat sendiri nak sihat dengan vitamin Shaklee.

2. Niat nak share dan bantu orang sihat dengan vitamin Shaklee.

3. Perlu ada ilmu kesihatan – info produk dan penyakit mesti ada di hujung jari. Ini serius, kena usaha lebih iaitu lebih membaca supaya faham dan mudah explain. Kalau malas memang tak ke mana sebab dunia Shaklee adalah dunia kesihatan. Bukan cerita duit semata-mata. Kalau sikit2 tanya upline tapi malas nak baca dan malas nak faham…akhirnya penat dan memang mudah give up. Sudahnya tak ke mana pun.

4. Produk yang menggerakkan perniagaan. Ini Mesti faham betul2.. Kalau fokus pada duit semata-mata memang tak bertahan.

5. Kena selalu hadiri kursus untuk sentiasa mempunyai idea dan berkembang.
Sejak join Shaklee sehingga dah lebih 15 tahun [ join Shaklee 1999] saya masih attend training atau wellness talk by Shaklee.Ini Sharing Pn.Norita Idris..My idola dalam shaklee.

6. Sentiasa mempunyai niat nak naik taraf diri dan organisasi. Ini bagi yang serius nak berjaya dalam dua bidang – kesihatan dan bisnes Shaklee.

Apa beza Shaklee dengan MLM lain?

Ok first of all, bisnes Shaklee bukan bisnes chipsmore.Kejap ada,kejap tak ada.
Ia adalah bisnes produk kesihatan maka wajib mempunyai ilmu. Kalau baru join member.jangan risau takde masalah, asalkan rajin membaca dan belajar.
Sesiapa pun boleh berjaya kalau berusaha!
Ini terbukti, Saya sendiri sudah join shaklee sejak ogos tahun lalu.Mula2 saya ada terfikir;bolehkah saya dapat income sampai Rm1000 sebulan?
Tapi sekarang ni tiap bulan terima rm2000 lebih sebulan.
Kadang2 rasa tak percaya pula.Sebabnya saya cuma seorang surirumah sepenuh masa.
Rutin harian ku cuma menjaga rumah dan segala isi dalamnya.

Shaklee beri 3C iaitu Cash, Car bonus dan Convention [ percutian]. Cash pula ada banyak cabang …. tunai dari retail, bonus dedikasi, bonus leadership, bonus naik rank, eh macam macam lagi la. Bonus kereta bila kita layak lengkapkan program yang Shaklee tetapkan. Paling best percutian Shaklee bertaraf 5 bintang ! Kalau anda perform well boleh dapat sampai tahap tinggi iaitu travel pun dengan bisnes class dan hotel pun dapat bilik suite.

Mengikut sharing kwn2 yg pernah travel team Shaklee dan agen yang berurusan dengan Shaklee, mereka mengakui Shaklee satu-satunya syarikat yang really spend banyak untuk leader yang komited. Nak lebih hebat Shaklee benarkan bawa suami, anak dan mak ayah even mak ayah mertua kalau point kita mencukupi. Syarikat lain tak buat pun macam ni.

MENCARI PEKERJAAN ATAU SIDE INCOME?

Saban hari harga barang makin meningkat. Tak lama lagi GST pula….bayangkan kehidupan kita pada masa tu? Takkanlah nak biarkan lagi teruk kan? Surely kita kena usaha dari sekarang. So why not cuba Shaklee? Tapi serius saya bagi tahu….untuk berbisnes produk Shaklee anda WAJIB makan produk Shaklee ini dulu. Supaya anda berniaga dengan jujur.

Kalau anda berniaga produk kesihatan , cerita pung pang pung pang tapi semua tipu…percayalah ia takkan lama. Allah tak suka perkara yang tak betul. Kena makan dan amalkan , satu kelebihan supaya kita tahu dan kenal produk yang kita jual. Modal? Modal paling sedikit ialah pendaftaran keahlian murah dan vitamin yang anda sendiri kena makan sebelum berkongsi dan berjual dengan orang lain.

LATIHAN , KEMAHIRAN DAN PERKEMBANGAN DIRI?

Syarikat sentiasa menyediakan latihan yang berterusan malah kami sendiri sentiasa mempunyai latihan yang berterusan untuk membantu ahli organisasi kami sentiasa mempunyai ilmu yang bertambah dan kemahiran yang meningkat.

Tips Guna Facebook Sebarkan Perniagaan Shaklee

1. Elak kan berbisnes secara hardsell. Yang mana kat wall kita ada iklan produk je. Orang tengok pun rasa annoyed tau.

2. Elak kan tag nama rakan-rakan facebook anda. Situasi macam ni akan buatkan rakan anda rasa tak selesa tau. Cuba korang imagine, tengah jalan-jalan ada orang tampal poster iklan kat belakang. Apa perasaan korang? Happy ke?

3. Gunakan nama anda dan gambar anda di akaun Facebook anda. Jangan la korang jual jam strawberry, pastu nama Facebook pun letak nama “Jam Strawberry” profile pic pun letak gambar jam strawberry. Adoi. Agak-agak ada ke yang nak berkawan dengan Jam Strawberry? Kita kena ingat, komunikasi sebenar wujud bila ada sentuhan nurani manusia dalam jalinan hubungan. Bila kita guna nama betul dan letak gambar kita untuk profile pic lagi mudah untuk bina kepercayaan antara satu sama lain.

4. Ketengahkan value diri anda. Apa maksudnya dengan value diri? Tunjukkan sisi sebenar diri anda. Cuba bina hubungan dengan rakan media sosial lain. Biar mereka berminat untuk tahu dan follow setiap aktiviti anda. Contoh nya kalau korang suka memasak, korang boleh share resepi harian yang korang suka.

5. Bina laman Facebook bisnes korang sendiri. Buat satu page Facebook yang hanya menyiarkan tentang bisnes korang. Cara ini lebih berkesan berbanding tag kawan-kawan di Facebook. Lagipun membina page Facebook adalah lebih mudah berbanding membina website. Senang untuk kita handle.

6. Untuk jadikan laman perniagaan lebih menarik, kenalah guna gambar atau imej yang bersesuaian dan menarik. Muat naik gambar-gambar berkenaan produk. Selain daripada itu, kita juga boleh mempelawa customer kita untuk memberikan feedback dan review mereka di page perniagaan kita. Customer juga boleh muat naik gambar mereka dengan produk kita. Menarikkan?

Actually banyak lagi tips yang boleh kita gunakan. Tapi untuk entry kali ini, saya berikan 6 tips menggunakan facebook secara berkesan untuk mengembangkan perniagaan.

InsyaAllah, next time saya akan berikan tips lain untuk mengembangkan perniagaan kita menggunakan facebook.

Tanggung Jawab Perniagaan Shaklee

Bila orang kata nak join shaklee sebab nak dapat discount 20-25% barang shaklee, saya kata alhamdulillah.
Tapi bila orang kata nak join sebab nak berniaga, nak cari duit tolong mak ayah, nak ubah hidup, saya goyang.
Sebab tanggungjawab sepenuhnya dekat saya sekarang.
Perniagaan shaklee ni bukan MLM sistem piramid.
Bukan rekrut orang terus dapat duit RM50/kepala, RM100/kepala.
Takde.
Bila orang join team saya, duit tu adalah untuk pendaftaran yang membolehkan seseorang menjadi pengedar yang sah.
Takde istilah goyang kaki duit masuk.
Takde istilah upline semakin kaya.
No.
Kalau saya takde buat sale, saya tak berniaga, saya tak iklan, saya tak cari customer, saya tak promote barang saya, SAYA TAKKAN DAPAT APA2.
Saya cuma dapat TELUR.
Kosong.
Ketahuilah, tanggungjawab seorang pemimpin tu sangat berat.
Semua yang daftar bawah saya adalah amanah saya.
Saya leader.
Saya bukan boss.
Sebagai leader, bila orang tanya saya, saya akan tolong.
Saya bukan boss yang kata “Awak tunggu saya habis meeting”
Saya bukan boss yang kata “Bila nak siap kerja ni?”
Saya bukan boss yang kata “Awak tak faham bahasa ke?”
Saya bukan boss yang kata “Kalau tak suka, awak boleh berhenti”
Setiap kali saya nak daftarkan ahli baru, saya kena tukan butang submit.
Setiap kali nak kena tekan butang ‘submit’, saya goyang.
Sebab saya tak main2 dan saya akan bagi sepenuh perhatian untuk buat sesuatu yang penting.
Semua ahli team saya adalah penting bagi saya.
MY TEAM MY RESPONSIBILITY.
kredit: Faris Aiman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *