Penapis Buah Pinggang Bocor ? Sindrom Nephrotic adalah gangguan buah pinggang yang menyebabkan badan anda untuk mengeluarkan terlalu banyak protein dalam air kencing anda.

Sindrom Nephrotic biasanya disebabkan oleh kerosakan kepada kelompok di salur darah di dalam ginjal bahawa sisa penapis dan air yang berlebihan dari badan anda. sindrom Nephrotic menyebabkan bengkak (edema), terutamanya di kaki dan pergelangan kaki anda, dan meningkatkan risiko masalah kesihatan yang lain.

Rawatan untuk sindrom nefrotik termasuk merawat masalah asas yang menyebabkan ia dan mengambil ubat-ubatan. sindrom Nephrotic boleh meningkatkan risiko jangkitan dan darah beku. Doktor anda mungkin mencadangkan ubat-ubatan dan perubahan diet untuk mengelakkan ini dan komplikasi lain sindrom nefrotik.

info from mayo Clinic

Oleh kerana protin dalam darah membantu tubuh menyimpan cecair dalam salur darah, kekurangannya akan menyebabkan cecair terkeluar dari salur darah dan masuk ke dalam tisu-tisu badan. Ini lah yang menyebabkan tanda-tanda penapis buah pinggang bocor antaranya kejadian sembap.

5 Tanda penapis buah pinggang bocor

  1. Badan lemah dan tak bermaya
  2. Kencing berbuih
  3. Sekitar mata & muka sembap (terutamanya ketika bangun tidur pada waktu pagi)
  4. Kaki sembap (pada waktu petang biasanya banyak berdiri)
  5. Kembung, sakit perut & cirit birit

Antara punca yang menyebabkan penapis buah pinggang bocor

  1. Kanser
  2. Penyakit seperti kencing manis & SLE
  3. Gangguan genetik
  4. Gangguan imun
  5. Jangkitan seperti hepatitis
  6. Kesan penggunaan dadah tertentu
tanda rosak buah pinggang

10 tabiat yang boleh menjadi punca sakit buah pinggang

Tidak minum air yang Cukup

Fungsi paling penting buah pinggang ialah menapis darah dan menyahtoksin serta bahan buangan. Tapi apabila kita tidak minum air kosong yang cukup, toksin dan bahan buangan tu akan mula menimbun dan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan juga organ lain dalam tubuh.

Diet Tinggi Garam ( Sodium)

Tubuh kita memerlukan garam (sodium) untuk berfungsi dengan baik. Tetapi kebanyakan daripada kita mengambil garam yang berlebihan dalam diet yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan memberikan tekanan dan bebanan yang tinggi kepada buah pinggang. AMARAN !!!

Menahan Air Kencing

Ramai diantara kita yang jarang ambil peduli bila rasa nak kencing terutama bila terlalu sibuk atau nak mengelak daripada menggunakan tandas awam (bukan rasa nak terkucil tau… ini memang harus berkejar ke tandas jadinya… hahaha). Kerap menahan kencing akan meningkatkan tekanan urin dan boleh membawa kepada masalah kegagalan buah pinggang dan batu karang. Jadi, bila rasa nak kencing tu tolonglah jangan tangguh-tangguh yer… nampak macam perkara kecil tapi tak berbaloi menahan kencing sebab ia boleh menjadi punca sakit buah pinggang.

Pengambilan Gula Berlebihan

Kajian saintifik menunjukkan bahawa orang yang mengambil 2 atau lebih air bergula setiap hari adalah lebih berisiko untuk mendapat masalah protein dalam air kencing. Protein dalam air kencing adalah tanda awal yang menunjukkan bahawa buah pinggang kita tidak berfungsi seperti yang sepatutnya.

Kekurangan vitamin dan Mineral penting

Mengamalkan diet yang yang mengandungi sayuran segar dan buah-buahan adalah sangat penting kepada kesihatan menyeluruh dan memastikan fungsi buah pinggang yang baik. Kekurangan vitamin dan mineral boleh meningkatkan risiko batu karang dan jadi punca sakit buah pinggang. Vitamin B6 dan magnesiumadalah contoh VITAMIN PENTING untuk mengurangkan risiko batu karang.

Pengambilan Sumber Protein dari Haiwan Secara Berlebihan

Mengambil terlalu banyak protein dari sumber haiwan seperti daging (red meat) akan menambah muatan metabolik pada buah pinggang. Jadi, semakin banyak protein yang diambil maka semakin teruklah buah pinggang terpaksa bekerja dan ini akan membawa kepada masalah kerosakan dan punca sakit buah pinggang atau kegagalan terus.

Tidur Tidak Cukup dan Berkualiti

Semua orang tahu yang tidur yang cukup dan berkualiti pada malam hari adalah sangat penting. Masalah gangguan tidur yang kronik selalu dikaitkan dengan banyak masalah kesihatan termasuklah sakit buah pinggang. Semasa tidur pada waktu malam, tubuh kita ‘memperbaiki’ kerosakan tisu buah pinggang, jadi kita kena berikan masa tubuh kita untuk sembuh (heal) dan repair dengan sendiri tanpa gangguan.Bukan hanya kopi sahaja yang mengandungi kafein, minuman ringan dan teh juga turut mengandungi kafein. Minimakan pengambilan kafein demi kesihatan anda

Suka minum kafein

Seperti garam, kafein juga boleh menjadi punca sakit buah pinggang kerana kafein akan meningkatkan tekanan darah dan menyebabkan tekanan berlebihan kepada buah pinggang. Pengambilan kafein yang berlebihan bagi tempoh yang lama boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang.

Pengambilan pil tahan sakit

Ramai orang yang sakit sikit-sikit pun suka ambil pil tahan sakit sedangkan ada banyak cara lain yang lebih selamat untuk mengatasi kesakitan tersebut. Pengambilan pil tahan sakit yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang yang teruk.

Pengambilan Alkohol

Alkohol digelar sebagai ‘legal toxin’ yang boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan kepada buah pinggang dan hati.

buah pinggang bocor shaklee

Kesan Polifenol Terhadap Pesakit Buah Pinggang Bocor

Kisah yang dikongsikan oleh sepasang suami isteri yang mana si suaminya En Mohd Rosdi Ismail telah berjaya sembuh dari penyakit Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing.

Assalamualaikum, ini kisah bagaimana kami telah jatuh cinta cinta dengan Polifenol V. Nama saya Muhamad Rosdi Ismail,38 tahun. Pada bulan September 2015, saya telah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom iaitu buah pinggang bocor yang menyebabkan protein terkeluar melalui air kencing. Sesuatu yang agak mengejutkan dan merisaukan saya sebenarnya. Siapa tak sayang buah pinggang kan??

Sebenarnya sebelum tu lagi saya perasan air kencing berbuih tetapi saya tak fikir ia sesuatu yang pelik dan tanda penyakit ini. Tetapi bila tangan dan kaki membengkak, barulah saya menyedari ada yang tidak normal. Saya membuat pemeriksaan di Hospital. Dan semasa di hospital doktor menahan saya di wad kecemasan dan membuat pemeriksaan air kencing 24jam, juga pemeriksaan darah. Setelah disahkan mengalami Nephrotic Syndrom doktor memberi “sebeban” ubat yang pada saya sangat banyak untuk ditelan. Dengan ubat surut bengkak, ubat kolesterol, ubat darah tinggi. Ya, penyakit ini turut memberi saya pakej penyakit yang lain yang sebelum ini saya memang tidak pernah menghidapinya.

Doktor turut memberi steroid tetapi menyatakan jika saya bersetuju untuk membuat Biopsi iaitu prosedur mengambil sampel buah pinggang maka saya tak perlu mengambil steroid.

Pulangkan Balik Steroid

Saya berbincang dengan isteri, kami bersetuju untuk memulangkan sebungkus besar Steroid dan memberitahu Doktor kami ingin membuat Biopsi. Hakikat yang sebenarnya kami ingin berikhtiar dengan campuran polifenol terbaik. Kalau sebelum ini saya antara yang culas memakan vitamin tapi dengan jus polifenol ni saya sangat konsisten. Maka saya meneruskan suplemen dan juga ubat doktor kecuali steroid. Saya sangat risau jika buah pinggang saya benar benar rosak maka perlu menjalani dialisis di usia 30an ini. Di saat anak-anak masih kecil ini. Nauzubillah.

Alhamdulillah dengan izin Allah, setelah sebotol bacaan protein di dalam urin menampakkan penurunan. Dan setelah 3botol iaitu lebih kurang 3bulan saya ada temujanji dengan Doktor pakar di Selayang. Dan Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila Doktor mengesahkan air kencing saya tiada lagi protein, tekanan darah normal dan ujian darah semua menunjukkan result yang cantik. Doktor juga stopkan semua ubat dan yang paling best Doktor sendiri yang beritahu TAK PERLU BUAT BIOPSI.

Kalau sebelum ini saya dan isteri merasakan ianya mahal tetapi bila dalam situasi ini barulah kami menyedari duit boleh dicari, namun buah pinggang itu lebih berharga, tiada gantinya. Terima kasih Allah. Terima kasih Shaklee.

Sekiranya anda atau ahli keluarga anda menghidapi penyakit ini atau yang berkaitan. Penyakit kronik lain seperti diabetis, strok, darah tinggi dan kanser. Ikhtiarlah dengan cara yang betul. Saya percaya Allah tak turunkan penyakit tanpa penawarnya. Tugas kita untuk berikhtiar, selebihnya berdoalah dan bertawakal lah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Yang Maha Berkuasa Menyembuhkan. Muhamad Rosdi Ismail.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *