orang eskimo lebih sihat

Orang Eskimo Lebih Sihat ? Penyakit gaya hidup myerang tak kira usia…(BACA DAN SHARE)

Ini antara sbb kena amik omega 3 dlm dose yg cukup setiap hari..(Pastikn amik yg natural dan selamat sbb minyak ikan di cemari mercury dan logam berat..pastikn ia tepati pharmaceautical std triple molecular distillation spt yg d kluarkn oleh syarikat terkemuka di US)

Kajian saintific ke atas masyarakat org eskimo menunjukkn kurang dari 0.4% kena penyakit cadiovascular(berkaitan jantung). Bila di letakkn org eskimo di USA mkn diet spt org Amerika kes jantung meningkat.

Rumusan: Cardiovsacular bkn hanye sekadar warisan dlm genetic tp lebih kpd gaya hidup dan corak pemakanan harian kite.
Diet org eskimo byk mengandungi omega 3 sumber ikan dari perairan sejuk dan dlm.

Ayahanda pastikn dpt 5 bj omega 2x sehari in my diet. HEALTH is REAL WEALTH.

PERATUSAN OMEGA-3 DALAM MINYAK IKAN

Saya ingat lagi tahun lepas, Ainul Fadzilah Mustafa ada ujian untuk meluluskan beliau sebagai certified product trainer. Ye ujian ni dilakukan untuk melayakkan Ainul lulus dan boleh dapat sijil tersebut. Jadi salah satu tugas penting ialah membuat pembentangan produk kepada pakar nutrisi yang ada. Selama 3 minit, boleh tak kita bercakap tentang sesuatu produk.

KELEBIHAN MINYAK IKAN

Saya masih ingat lagi, masa tuh maryam pun tak sampai setahun lagi, jadi sebab saya nak hantar wife saya ke Hotel Subang tuh, kami sempat berbincang, macam mana nak buat yang terbaik, apa kelebihan minyak ikan itu dan ini. Sampai satu masa saya belek nota yang ada, saya terperasan satu data yang menarik, perbandingan minyak ikan yang ada dipasaran. Oh macam mana nak cakap, takkan nak cakap satu-satu, kalau kita baca satu-satu, tentu sekali takyah buat pembentangan, baik suruh penilai tuh baca je apa yang ada kat depan.

KANDUNGAN OMEGA-3

Oh tetiba saya tertengok, dan cuba fahamkan, oh rupanya, minyak ikan dan omega 3 ni ada beza rupanya. Sebenarnya nak ukur kualiti minyak ikan terbaik ialah dengan formula peratusan omega-3 dalam minyak ikan tersebut. Tengok gambar di bawah, siap dengan pengiraan berapa banyak sebenarnya omega-3 yang ada dalam minyak ikan tersebut. Omega 3 ni adalah gabungan EPA dan DHA tersebut. Itulah kandungan sebenar yang berguna kepada kita. Jadi nak mudahkan anda nak tahu, anda boleh buat pengiraan yang mudah.

% Omega 3 = 100% x(EPA+DHA)/(JUMLAH MINYAK IKAN)

Nampak tak formula nih sangat berguna kepada saya. Ada dua kes yang membuatkan saya begitu yakin dengan ilmu ini. Pada satu malam, bila saya nak temankan wife nak cod herbal blend kepada pasangan petronas, saya teruja sebab husband dia nih jaga kesihatan. Jadi saya ni suka kongsi ilmu, saya ambil minyak ikan dia, dan ajar dia buat perkiraan, dan cuba bandingkan dengan produk lain. Alhamdulillah dia pun seronok dengan ilmu baru itu.

Alhamdulillah, bangun pagi jumaat ini macam biasa kita update blog. Cerita dia pagi ini tentu sekali tentang minyak ikan. Biasalah, sekarang ini ramai jual minyak ikan, sampai aku pun tertanya-tanya, ajaib sangat ke minyak ikan ini ? banyak khasiat ke ? aku pun jual jugak. hahhaha. Oklah, nak tahu dia ini power ke tidak, aku listkan beberapa kelebihan yang best tentang minyak ikan.

Mencegah Stroke dan Sakit Jantung

Dalam beberapa kajian yang dibuat, kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan mampu untuk menurunkan paras trigliserida (yang berkaitan dengan kolestrol ). Jadi menurunkan paras kolestrol ini sangat penting untuk mencegah serangan jantung dan stroke.

Kajian awal juga mendapati minyak ikan juga dapat mengurangkan kerosakan sel pada otak, dan kajian ini diharap dapat membantu pesakit stroke yang hanya bergantung pada ubat semata-mata. Baca manfaat minyak ikan kepada pesakit stroke di sini.

Walaubagaimanapun, beberapa kajian juga menunjukkan pengambilan minyak ikan berlebihan sebenarnya boleh membawa risiko strok. 

Untuk Kesihatan Tulang dan Sendi

EPA dan DHA membantu mengurangkan keradangan pada sendi. Ianya membantu mengurangkan simptom seperti kaki kejang di waktu pagi, bengkak sendi atau sakit sendi.

Pengambilan omega-3 membantu mengimbangkan omega-6 dalam badan, yang boleh mengurangkan sakit sendi.

Baca lagi cerita yang menarik tentang pesakit sendi yang mengambil minyak ikan di sini.

Baik Untuk Pengidap Asthma

Pengidap Asthma boleh mengamalkan minyak ikan, di mana, ianya membuatkan paru-paru menjadi sihat, dan memudahkan mereka bernafas. Kajian menunjukan penggunaan minyak ikan membantu pesakit asthma untuk bernafas, dan seterusnya mengurangkan pengambilan ubat yang berkaitan. Cerita menarik tentang merawat asthma boleh dibaca di sini.

Bagus Untuk Ibu Mengandung

Bagusnya omega-3 ini adalah untuk ibu dan anak dalam kandungan. Ibu yang mengambil omega-3 boleh mengurangkan risiko stress. Selain itu ianya dapat mengawal berat badan dan kencing manis

Bagi bayi pula, ianya penting untuk tumbesaran, mengelakkan bayi-pramatang, mengelakkan dari keguguran dan bagus untuk perkembangan otak bayi.

Mengurangkan Berat Badan

Sebelum ini, wife pernah menulis tentang seronoknya berat badan tidak naik mendadak semasa mengandungkan anak kedua. Minyak ikan didapati membantu untuk mengurangkan berat badan.

Kajian menunjukkan minyak ikan mampu untuk menurunkan berat badan. Anda boleh baca 3 cara bagaimana minyak ikan dapat membantu menurunkan berat badan di sini.

Kajian lain juga mendapat, minyak ikan juga bagus untuk kesihatan otot, di mana, otot yang sihat dapat membantu meningkatkan metabolisme, dan seterusnya mampu membakar lemak. Orang Eskimo Lebih Sihat ?

orang eskimo lebih sihat minyak ikan shaklee

Mencegah Penyakit Saluran Darah dan Strok

DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi yang lebih rendah dan kepekatan darah, melicinkan saluran darah dan peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu, ia efektif untuk membantu mengekalkan tekanan darah normal dan ketegangan dileher atau sakit kepala.

Ia juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, membantu mengekalkan
tahap kesihatan trigliserida dan kolesterol LDL, mengawal masalah obesity, mencegah arteriosclerosis, myocardial infarction, dan membantu mengurangkan penyakit jantung.

Membantu Tumbesaran & Perkembangan Otak Janin & Membantu Perkembangan Memori

DHA adalah nutrient utama untuk otak, sistem saraf dan retina. Ia penting terutamanya pada 3 bulan terakhir perkembangan otak janin semasa di dalam kandungan. Susu ibu mengandungi kandungan DHA yang tinggi.

DHA meningkatkan keupayaan ingatan dan pembelajaran, mencegah penyakit alzheimer, memelihara penglihatan dan pendengaran dan mencegah migraine. Satu hidangan Omega Guard membekalkan 990mg asid lemak omega-3 EPA dan DHA.

Meningkatkan Sistem Imun dan Menyihatkan Paru-paru

Omega Guard membantu mengawal sistem imun seperti memperbaiki alahan kulit, psoriasis, demam hay, bronchitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE, dan penyakit buah pinggang.

Menentang Kanser

Kajian telah menunjukkan bahawa omega-3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan membantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif.  Orang Eskimo Lebih Sihat ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *