income master coodinator shaklee
SHAKLEE

Orang Berjaya Dalam Shaklee Bonus 6 Angka Sebulan

Orang berjaya dalam SHAKLEE -Ramaikah ? Adake nuffnang kata ada orang cari orang orang berjaya SHAKLEE datang cari blog aku ? Adakah logiknya, yang ni memang  susah nak difikirkan, sebab ramai dah berjaya dalam SHAKLEE ini, tapi tahap kejayaan diorang ni berbeza beza dik, hahaha, jadi sebab dah terjadi macam ini, jomlah kita tengok beberapa insan yang aku rasa betul betul berjaya dalam SHAKLEE ni.

Master Shareeza Hashim @ Kak Cerry Mama Faiz

Yang ni adalah master, moyang kitorang, hahaha, memang superb, caranya yang banyak tekankan amalan rohani, banyakkan share dan sebagainya, katanya keretanya CRV tu dah jual, rasanya nak beli kereta baru, hahaha, tentu power. Tapi dia ni, garang sikit, tapi kelakar.

Master Siti Nurazlina dan Zainul Anuar @ lyna dan wak

Mereka ni, kalau ceritalah, asyik asyik blog diorang je keluar dulu kat google, power power, ada kereta estima yang cun lagi canggih, dan baik hati, terutamanya wak yang sempoi dan senang mesra dengan semua orang.

Master Hadhatina dan Kamarul Baharin @ Hadha dan MKB

RAjin buat video video, sempoi je, cara yang paling rilek dan berkesan, berjaya menawan hati wife aku join SHAKLEE bawah dia, setelah lyna noh tak terjawab panggilan wife aku dulu, hahaha.

orang berjaya dalam shaklee

Ainul Mustafa dan Faiz Saaid

Akan datang, hahaha, yang ni power, sebab asyik masuk majalah, tv, semanis kurma dan sebagainya. Doa anda, kami akan berjaya dalam SHAKLEE seperti masa masa yang akan datang

THE GREATEST WEALTH IS HEALTH

Macam macam qoutes aku dok cari kat internet nak buat tajuk di atas. Oklah aku pilih yang nih. Sebab apa ? sebab kesihatan memang segalanya.

Bila buat bisnes, dalam team kami, ada yang datang, ada yang pergi, ada yang happy, yang down pun ramai. Sebab mereka down, biasanya sales takde, itu takde, banjirlah, anak sekolahlah dan macam macam lagi alasan.End up tiada motivasi lagi.

Bagi kami tiada yang lebih menggembirakan bila kami makin sihat dengan SHAKLEE. 10 tahun perjalanan, turun naik bisnes memang dah lali. Tapi yang lebih penting ialah kami makin sihat, makin ceria, makin kurus dari awal pembabitan dengan bisnes shaklee.

Saya tak pernah bermimpi untuk kurus macam ni sekarang. Dulu saya pernah naik penimbang, menunjukkan berat 81kg, dan masa itu saya rasa tiada harapan lagi, mungkin saya akan terus berkembang dan berkembang.

Tapi semua berubah bila saya jatuh sakit,

kerana darah tinggi, saya pengsan semasa bangun sahur. Alhamdulillah saya masih sedarkan diri. Masa tuh saya sangat stress sebab darah tinggi mencecah 200 lebih. Masa di zon kuning hospital shah alam, saya dah mula tekad untuk kuruskan badan. Bermula semasa puasa 2019, saya boleh turun hampir 20kg dalam masa 4 bulan. Kengkawan tengok macam sakit pun ada. Tapi saya buktikan tak mustahil untuk berubah dengan keazaman yang tinggi.

Masuk tahun pkp, kekadang pernah terlebih bmi 25, tapi berjaya jugaklah menten, tak cecah berat 70kg sampai sekarang. Saya terus belajar dan belajar, walaupun perut tuh naik buncit, kekadang darah tinggi naik, saya terus bersemangat, sebab makin lama belajar tentang kesihatan, kita akan terus bersemangat. Customer kami pun banyak teruja bila tengok kami makin muda, hahaha. Mereka tahu kami dulu pernah gemuk.

Masuk 2022, kami rasa lagi kena semangat untuk terus sihat cantik bertenaga . Musim post covid, long covid, ramai yang tak tahu macam mana nak recover. Boleh dikatakan bulan puasa yang panas, pesakit long covid akan alami pengalaman yang sukar untuk puasa kali ini.

Tambah lagi berita berita tak sedap dari KKM. KJ kata ramai akan sakit kanser menjelang 2030. Harituh dengar 1 dari 2 orang dewasa di Malaysia mengalami obesiti. Tambah lagi sekarang berita banyak yang mati mengejut di usia muda.

Semua orang boleh beli insuran kesihatan,

tapi bila terlantar di hospital kerana sakit memang tidak gembira. Walaupun bil hospital boleh bayar, tapi sakit tetap sakit, sakit memang menyakitkan badan dan emosi kita. Saya pun sakit kepala sikit pun dah tak sedap kerja, itu belum lagi sakit gile masa saya gemuk dulu. Habis semua benda tak jadi.

  • Kalau sihat, boleh kerja kuat cari rezeki untuk anak anak.
  • Kalau sihat boleh berkhidmat untuk masyarakat.
  • Kalau sihat boleh berjihad di jalan Allah.

Sihat itu motivasi sebenar. Barulah sedap bila dapat keuntungungan bila bantu orang lain jadi sihat. Bukan dengan hanya jual produk , rekrut beli stok semata.

Saya akan terus berkongsi cerita kurus saya pada orang lain. Saya selalu cerita apa yang saya belajar dari hari ke hari. Kami berdua sekarang improve diet harian kami. Kami akan terus memberi inspirasi pada orang lain. Itu dakwah yang kami buat untuk orang lain .

Kami akan terus bermotivasi . Bisnes shaklee bermula dengan SIHAT. Bermula dengan HEALTH datangnya WEALTH. Kalau ada yang buat fake happiness pun takkan kekal lama. Jangan buang HEALTH semata mata kerana WEALTH dalam bisnes shaklee. orang berjaya dalam shaklee

“…Barangsiapa memelihara kehidupan seorang manusia, maka seakan-akan dia telah memelihara kehidupan semua manusia…. ” (5:32)

berjaya dalam shaklee bonus  angka

Berapa Boleh Dapat Dalam Shaklee ?

Sebab ramai sangat yang tertanya2 berapa bonus shaklee tuk rank tertinggi lam shaklee ni dan ada jugak y cakap aku tak tau pon shaklee boleh bonus banyak camni, ingatkan ni total sale / ingatkan sikit je!

Meh luang masa jap baca ya!

Gais shaklee dah patent kan income bersama shaklee dibayar tanpa had. Means infinity. Berapa uols nak pon uols boleh dapat. Dan memang ada pon yang dapat income 7-8angka sebulan. Real income yang dapat dalam masa sebulan!

Ni contoh dashboard yang memang update setiap hari berapa jumlah bonus yang kita akan terima pada pertengahan bulan berikutnya. Ni yang update total bonus setakat hari semalam means masih ada 2 hari hari ni dan esok sebelum closing.

Bonus shaklee bukan untung jualan produk!

Bonus shaklee bukan total sale sebulan!

Tapi bonus shaklee ialah jumlah BONUS yang diterima bersih macam gaji bulanan uols terima tu cuma bezanya bonus shaklee ni tak tetap sbb dibayar mengikut total sale yang dibuat sebulan.

Contoh

Total sale 10k lebih kurang uols boleh dapat plus minus rm2k

Begitulah. So kalau dah biasa buat sale 50k-60k-100k korang bayang sendiri la pulak tambahan pulak ada bonus2 lain.

Habis keuntungan macam mana?

Keuntungan tu bilamana uols jual produk dengan harga retail kepada bukan ahli. Dapat la untung!

So best tak buat shaklee?

  • Kita bantu orang tuk sihat – orang tu beli dan register ahli (orang tu pun layak dapat bonus) – kita pun layak dapat bonus
  • Kita bantu orang yang nak bantu orang tuk sama2 sihat dan bantu orang tu tuk jana income – dia dapat bonus – kita jugak dapat bonus
  • Kita dapat bonus lebih kita boleh memberi lebih.

Bestnya sambil kejar dunia kita kejar akhirat sama. Nilah salah 1 cita2 kami

Ada yang nak tanya lagi? Meh tanya jangan malu2. Tak tanya tak tahu kan. Psst doakan kami berjaya lock bonus kedua yang shaklee tawarkan esok! Doakan kami jugak salah sorang yang dapat income 6angka sebulan ameen. orang berjaya dalam shaklee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *