Netflix Jadi Vegetarian ? DOSA NETFLIX KEPADA AKU – AKU MAKAN SAYUR BANYAK. Masa kami mula subscribe netflix , aku dah mula buka dokumentari yang best. Pagi pagi dah mula lepak depan tv, dengan cinch tea panas, aku layan doku THE GAME CHANGER. Memang best gile bila aku tahu ada atlet yang mula improve performance bila tukar diet ke plant-based.

Masa tuh discover atlet dunia macam Novac Djokovic dan Lewis Hamilton. Memang padu. Lepas tuh tengok pasal what the health. Macam mana nak reverse disease dengan whole food plant based diet.

Lepas dari tuh, terus cakap dengan Ainul Mustafa , kita makan sayur banyak. Cara makan sayur kami nih, seminggu sekali je makan ayam. Ayam tuh pun kalau anak tak habis baru makan. Daging lagilah
special occasion je makan. Ada satu masa tuh memang clean tak makan langsung animal product. Jadinya kena cop kambing dengan bapak sendiri. hahhaa. Makan ulam tuh dah jadi biasa dan sangat enjoy. netflix jadi vegetarian.

Dari segi kesihatan, Alhamdulillah, mudah nak turun berat, nak menten.

Darah tinggi pun makin hari makin ok. Badan pun makin sedap. Alhamdulillah. Sejak itu banyak bacaan,podcast,youtube kami tengok pasal plant based diet. Akhirnya jumpalah kami pasal BLUE ZONE.

Dulu Dan Buertner nih dah kaji pasal blue zone. Lima kawasan yang ada centenarians,orang yang hidup 100 tahun ke atas. Lima kawasan tuh okinawa japan, sardinia italy, icaria greece, costa rica dan Loma linda California. Ini masa dia buat kajian dengan National Geographics. Untuk siri kali ini, beliau kembali ke negera tersebut, dan tambahan pula ada negara keenam. Negara ke-6 itu ialah SINGAPURA. Fuhh, gile.

netflix jadi vegetarian

Singapura Sebagai BLUEZONE 2.0

Kenapa SINGAPURA ? Yang pelik ialah Singapura nih sama je cuaca dengan MALAYSIA. Ada Cina, Melayu ,India. Makanan pun sama je lebih kurang. Hahhaha. Tapi kenapa Dan Buertner nak melencont ke Singapura ? Hahaha yang ni korang kena tengok siri tersebut.

Perjalanan untuk sihat bermula dengan langkah kecil yang konsisten. Sekarang ni banyak cabaran ada. Cabaran makan buah, cabaran jalan kaki, makan sayur. Cabaran kuruskan badan. Bagus sertai cabaran sihat ini. Tapi CABARAN sebenar adalah SELEPAS itu. Menjadikan protokol sebagai lifestyle tuh memang susah.

Sebab itu ,masa aniversary kami ke -14, kami wujudkan group wasap. Sihat Aafiyat Dengan Ilmu Sains ( SADIS) . Tujuan group ni ialah nak wujud satu lifestyle makan sayur banyak. Seronok ahli group share masakan sayur depa. Ada pakar suplemen, pakar kurus, doktor, pegawai farmasi, profesor structure engineer, pakar urut dan ramai lagi.

Alhamdulillah, ramai yang mula suka makan sayur. Ramai yang mula banyakkan sayur dalam masakan. Sebabnya, kami suka cerita berdasarkan kajian saintifik. Lepas itu kita sesuaikan dengan adat dan budaya masyarakat melayu. Nak join group SADIS, link ada di ruangan komen. netflix jadi vegetarian.

the game changer

BOLEH KE HIDUP KALAU TAK MAKAN AYAM DENGAN TELUR ?

Sekarang semua isu pasal kekurangan makanan. Kata ayam nak import, telur orang sorok, lembu kena sakit gile, eh macam macam lagilah. Kalau orang kata , boleh ke hidup tanpa ayam goreng, telur dardar ? Apa kata korang tengok dokumentari netflix kat bawah nih.

Harituh aku bosan yang amat, aku tengok the game changers. Aku tengok cerita pasal atlet, oh rupanya cerita nih pasal plant based diet. Oh kiranya tak ambil daging langsung. Mamat tuh cubalah cari orang yang tak makan daging nih, biasanya atlet yang

hebat. Mamat body builder pun dia jumpa, yang betul betul ikut plant based diet. Yang menariknya dia tanya seorang doktor, betul ke kalau tak makan haiwan protein tak cukup ? pakar cakap sebenarnya lembu pun dapat sumber protein dari tumbuhan yanh dia makan. Haha menarik jugak fakta doktor tuh. Nak tengok lagi, siap buat perbandingan darah lagi. Macam macam lah jugak.

Lagi satu, aku tengok dokumentari what the health.

Dia punya kaji kenapa makan daging nih bahaya. Kenapa orang makan sayur lebih sihat. Lagi best dia cuba selongkar benda tak best. Bayangkan dia kata banyak badan kesihatan dekat USA dapat tajaan dari company yang tak sihat? Sangat kelakar ada satu pertubuhan kanser, dapat sponsor dari KFC . Memang kelakar sungguh penemuan nih. Korang boleh google sendiri, nanti korang nampaklah penipuannya. Lagi satu best, dia cerita doktor biasa tak tahu langsung pasal nutrisi. Ramai tangan tangan ghaib menentang doktor belajar pasal nutrisi . Waktu terakhir tuh, banyak pakar dia kata pesakit mereka makin baik bila tukar ke plant based diet. Hahahha ini memang kelakar sungguh.

Tapi nak sembang, ada juga yang menentang pasal plant based diet, tentang nak jadi vegan, ada jugaklah kena moderate. Jadi terpulanglah kepada korang. Tapi aku pernah eksperimen 2 bulan jadi vegan. Memang boleh bantu untuk kurangkan peratusan lemak, rendahkan darah tinggi. Tapi yang sukar masa tuh, bila kau pergi rumah orang, depa tak hidang sayur, hahhaaha. Apapun bolehlah korang buat pembacaan banyak. Aku rekomen dua dokumentari ni pada penjual, pencinta suplemen, pencinta eat clean, pencinta IF, dan ramai lagilah di sana. Berani nak berubah ? hmmm fikir fikirkan.

Novac Djokovic Masih Top 5 Ranking Dunia Walaupun Umur Cecah 36 Tahun

Dari pengenalan game changer, kita dapat melihat bahawa banyak atlet dunia yang telah mengamalkan pemakanan yang kaya dengan sayur-sayuran sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka. Beberapa contoh atlet hebat yang telah mengambil langkah ini adalah seperti Novak Djokovic dan Lewis Hamilton, di antara yang lain.

Sebelum mengadopsi diet berasaskan tumbuhan, Novak Djokovic pernah menghadapi beberapa masalah kesihatan. Beliau menghadapi alergi serta masalah asma ringan, bahkan sampai pernah menjalani pembedahan hidung dalam usahanya untuk mencapai prestasi terbaik. Namun, prestasinya masih belum mencapai tahap yang diinginkan dan dia merasa tidak puas dengan keadaan kesihatannya. Kemudian, seorang doktor mendekati beliau dan mencadangkan perubahan kepada pemakanan yang lebih berfokus kepada tumbuhan.

Keputusan untuk beralih ke diet berasaskan tumbuhan ini telah membawa kesan positif kepada prestasi Novak Djokovic. Dia terus kekal sebagai salah seorang atlet terbaik di dunia, terbukti dengan kedudukan rankingnya yang berada dalam sepuluh teratas. Apa yang mengagumkan, dia masih kekal kuat dan cergas meskipun usianya sudah melepasi 30 tahun.

Hal ini menunjukkan bahawa diet berorientasikan sayur-sayuran bukan sahaja memberikan manfaat kepada kesihatan, tetapi juga mempunyai kesan positif pada prestasi atlet dalam jangka panjang, dan ini membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang untuk kecergasan dan pencapaian yang tinggi dalam sukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *