masalah kulit
SHAKLEE

Masalah Kulit

Pernah tak dihantui masalah kulit yg memalukan? Diejek kengkawan gara-gara tompok panau di lengan dan dibelakang leher? Ada yg malu nak bercampur masyarakat gara-gara berkudis dan bernanah di kaki? Dengarje dh menggelikan.. takda siapa nak benda mcm ni jadi, tapi jangan bimbang.tiap-tiap penyakit InsyaAllah ada ubatnya.

Jenis Penyakit Kulit

Penyakit kulit ni ada mcm2 jenis.. ada disebabkan jangkitan kuman seperti bakteria , virus dan kulat seperti kudis buta, kudis api, kurap, panau dan campak. Ada disebabkan oleh pengubahsuaian sistem imun badan kita seperti alahan, reaksi hipersensitif, resdung. Ada juga disebabkan masalah dlm darah (ekzema, psoriasis) dan sebagainya. Nak kenal lebih lanjut apa masalah kulit , boleh tengok info kt bawah ni:

1. Kudis

Penyakit kulit gatal yang menular and scabies, biasanya lebih ketara dirasai pada waktu malam. Sering muncul di tempat-tempat lembab pada badan seperti tangan, ketiak, kunci paha dan pada tangan dan kaki.

2. Kurap

Penyakit kulit menular yg disebabkan jangkitan kulat, dimana terdapat bahagian kecil yang kasar pada kulit dan dikelilingi lingkaran merah muda.

3. Panau

Penyakit kulit disebabkan sejenis kulat. Dikesan melalui bercak pada kulit disertai rasa gatal bila berpeluh, biasanya berwarna putih, coklat atau merah bergantung pd warna kulit penghidapnya. Paling banyak terjadi pada remaja usia belasan. Tapi golongan tua pun tak terkecuali ada.

4. Folikutis

Disebabkan serangan bakteria pada folikel rambut sehingga pustul terbentuk. Biasanya berlaku pada lelaki terutama di bahagian kulit berjanggut atau folikel berjanggut. Penderita biasanya rasa gatal-gatal dan pedih, lebih-lebih lagi bila rambut atau janggut dicabut. Sekiranya tak dirawat, folikulitis akar akan jadi kronik dan berlanjutan bertahun-tahun lamanya.

5. Ekzema

Nama lainnya Dermatitis Atopik. Ia disebabkan sentuhan atau alergi dan terjadi pada jenis individu yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan penyakit ni! Bagi ekzema yang serius, kulit jadi kemerah-merahan dan membengkak. Pesakit akan menggaru-garu kulit kerana rasa tersangat gatal sehingga terdapat tanda cakaran. Akhirnya kulit akan merekah.

6. Kudis Buta

Penyakit kulit berjangkit disebabkan tungau betina yg menembusi permukaan bawah kulit dan bertelur di dalamnya. Tungau suka pada bahagian kulit yang lembut seperti selaput antara jari tangan, permukaan sebelah dalam lengan atas, peha, kaki, ketiak, buah dada, punggung dan pusat. Kulit akan rasa sangat gatal dan akan terluka akibat digaru. Patogen lain mungkin akan memasuki kulit melalui bahagian kulit yang terluka itu. Jika tak dirawat, ia boleh berjangkit dan menjangkiti orang lain melalui sentuhan tubuh dengan pengidap kudis buta ataupun dari tempat tidur dan pakaian yang penuh dengan tungau.

sumber: najahbeuatyshoppe

masalah kulit jerawat

Masalah Jerawat Dengan Set Cantik Shaklee

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3. TESTIMONI 36: FARAH WAHIDA. [MASALAH KULIT MUKA YANG BERJERAWAT SELESAI DENGAN SET CANTIK SHAKLEE]

Assalammualaikum. Nama Saya Farah Wahida. Berumur 23 tahun. Saya berasal dari Maran, Terengganu. Tapi menetap di Kemaman, Terengganu.

Masalah saya sebelum dipertemukan dengan Shaklee adalah masalah muka berjerawat, berminyak dan berparut yang sangat teruk. Saya ada masalah ini sejak darjah 6. Saya banyak pakai produk untuk rawat kulit muka saya, tapi semua tak menjadi dan ia makin teruk. Sehingga saya rasa sangat tertekan dan tak mahu merawat lagi.

Saya dipertemukan dengan Shaklee oleh upline saya pada Disember 2016 ketika saya berumur 21 tahun. Dimana beliau beri cadangan kepada saya untuk menggunakan produk ini iaitu GLA Complex, ESP , Vitamin C dan Nutriwhite untuk menstabilkan hormon dan membaiki sel kulit muka saya.

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T dalam masa 4 bulan saya dapat perubahan yang ketara. Kulit tak berminyak, jerawat tak naik dah. Parut dah berkurang. Syukur sangat. Kesan yang sangat-sangat saya tak jangka.

Terima kasih saya ucapkan kepada upline saya dan Team shaklee yang banyak membantu saya. Shaklee Produk No.1 dalam hidup saya.

kulit sensitif

Herbal Blend Untuk Masalah Kulit Sensitif

SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 3, TESTIMONI 37: NADIA EZDANIE (AMNA BT. FIRAS), [KULIT SENSITIF BERANSUR SEMBUH SELEPAS AMALKAN HERBAL BLEND SHAKLEE]

Saya amat teruja untuk berkongsi pengalaman saya bersama Shaklee. Walaupun nampak remeh temeh di mata orang lain tetapi tetap merisaukan hati dan perasaan saya sebagai seorang ibu.

Saya dikurniakan 2 orang cahaya mata, sulung lelaki dan yang kedua perempuan. Di sini saya ingin berkongsi cerita mengenai anak perempuan saya yang bernama Amna Bt. Firas yang berusia 2 tahun.

Dia mempunyai kulit yang sangat sensitif dan dia juga mempunyai hobi yang sangat menarik iaitu mengkopeng/menggaru kudis yang ada di tubuh badannya sampai kudis tersebut luka kembali dan meninggalkan kesan parut yang tidak diigini. Ibu mana tidak runsing, tubuh anak daranya penuh dengan parut dan berbintang timur!!!!

Inilah contoh luka (dalam gambar) yang selalu si Amna menggaru/mengkopeng luka tersebut sehingga berdarah semula. Sebelum saya menggunakan Herbal Blend luka sebegini akan mengambil tempoh yang lama untuk sembuh bagi kulit Amna. Lama-kelamaan luka ini akan meninggalkan parut dan mengambil masa yang lama untuk kulit Amna untuk sembuh sepenuhnya seperti kulit asalnya.

Saya tidak perlu risau lagi dengan keadaan kulit Amna setelah saya mengamalkan Herbal-Blend di kulitnya. Selain dari luka, saya juga akan menyapukan krim Herbal Blend ini kepada Amna sekiranya terdapat gigitan nyamuk atau serangga ataupun gatal pada kulit dan ruam-ruam lampin. Setakat ini masalah saya telah dirungkai. It look simple but it is amazing for me. That is Shaklee.

kulit kronik shaklee

Atasi Masalah Kulit Kronik Dengan Shaklee

NOVEMBER 2015 – TESTIMONI 035: SITI NORIZA SALEH – Bismillahirrohman nirrohim. Shaklee effect saya sebenarnya bermula dengan set penyusuan, tetapi saya nak share salah satu lagi shaklee effect saya yang saya suka sangat!!. Iaitu penyelesaian kulit muka berminyak, berjerawat teruk yang jenis bernanah dan gatal mengenyam…aduhh…datang time gatal tu, macam nak garuk garuk je jerawat tu pakai garfu. sampaikan nak basuh muka pun takut. sebab penah basuh muka, tetapi muka berdarah!!! masalah kulit.

Macam-macam pencuci muka saya guna, malahan sampai saya terlalu terdesak sehinggakan sanggup beli produk kecantikan yang “hari ni guna, 3 hari dah cantik”:”!!…betul, sebab saya terdesak sangat sangat nak dapatkan kulit muka yang bersih. tapi, makin teruk dan makin teruk!!! makin bernanah dan sangat perit..lagi lagi nanah di dahi…bila nak sujud, macam letakkan dahi atas jarum..pedihh…

Padahal, masa ni saya sudah pun gunakan set penyusuan shaklee cuma saya tak kenali produk yang saya ambil tu dengan lebih prihatin dan tidak mengenali kulit wajah saya dengan lebih baik. salah satu produk yang makin buat muka saya bernanah teruk ialah Vitamin E!!! sungguh saya tak sangka yang sebenarnya saya ni jenis muka berminyak.

Set Kulit Shaklee

kalau ambil vitamin E berlebihan, makin teruk jerawat saya ni. sehinggalah, saya berjumpa dengan seorang SID di branch Johor Bahru ( nak keluar rumah pun malu, nak hantar barang customer pun malu, balik rumah jumpa adik beradik pun malu..hu hu hu hu), dia menganalisis kulit muka saya dan mencadangkan produk yang lebih bersesuaian dengan saya iaitu :-

GLA – merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. walaupun ada vitamin E, kandungannya lebih sedikit dari vitamin E complex dan ia membantu penyerapan minyak berlebihan di muka dengan lebih baik. Dan hasilnya, kulit muka saya dah tak berminyak dah..dulu mau baru 10 min pakai bedak, dah jadi compang camping sebab muka dah muka berminyak..adehhh,..pakai bedak salah, tak pakai bedak lagi serba salah. 

ESP – of course ia membantu memperbaiki sel sel kulit mati dan membantu menghilangkan kesan kesan jerawat yang hitam tu. susah tau nak hilangkan bekas bekas jerawat tu., ala ala bekas kudis lak.. malu woooo..

SR VITAMIN C – membantu mengekalkan paras kolagen yang kritikal bagi muka kita. sebab tu, kalau muka nampak tua atau orang kata muka tak sepadan dengan usia, menandakan paras kolagen kita berkurangan. tak mohlah tua sebelum masanya..

Jadi untuk permulaan, saya ambil 3 suplemen ini..dan baru saya top up dengan coqhealth dan caratomax yang membantu elakkan kulit muka saya dari sunbrun. so takdelah ada layer kat muka walaupun bertudung kan?

Selain dari suplement,

saya mengambil set kecantikan enfuselle ( normal to oily skin ) untuk perbaiki dan merawat dahulu kulit muka saya dari luar. selepas jerawat mula surut dan nanah pun hilang, saya bertukar ke set kecantikan nutriwhite.

Inilah salah satu shaklee effect yang sangat ohsem untuk diri saya….dulu kan …..suami nak cium pipi pun macam terpaksa je….sedih….hu hu hu….jadi,kalau anda ada masalah kulit macam saya, jangan bersedih..kenali jenis kulit muka anda sebelum anda membeli sebarang produk kencantikan.

nak lebih selamat, meh pilih produk shaklee…kini, saya bebas jerawat, kalau ada pun 2 3 butir je time nak period.. He he he…dah tak malu dah….saya bebas berjumpa dengan siapa saja untuk berkongsi manfaat shaklee dengan gembira. Anda adalah apa yang anda mahu…saya mahu sihat, mahu cantik dan berkeyakinan dengan produk yang mesra alam, selamat dan berkesan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *