Macam Mana Nak Kurus

faiz ainul kurus

Macam Mana Nak Kurus ? KENAPA SEKARANG BARU NAK KURUS? ramai yang tertanya tanya kenapa husband ni baru tahun ni nak kurus. Orang lelaki memang tak kisah bab nak sihat ni. Betul ke? Husband saya bukan jenis buat sesuatu ,makan sesuatu sebab benda tu viral, artis makan , kawan sebelah ambil

Selagi dia TAK FAHAM, TAK KAJI BETUL BETUL jangan harap dia nak buat

Padahal penat bebel, penat suap makan tapi dia tetap dengan pendirian dia
Yelah perempuan lebih menjaga sebab kami memgandung, menyusu, berpantang, datang haid lagi. Kalau tak jaga lain tau rasa badan. Mana nak kejar anak, kena kejar dek suami

Sampai la datang sesuatu “ilham” pada beliau dan dia membaca, kajian kaji punya kaji dan tadaaaa dia BETUL TEKAD & BUAT SAMPAI JADI
Bila dah tekad nak buat tengok la dia sekarang. Jauh bezakan.

Dan korang tanyalah kenapa kena ambil supplement,kenapa ambil cinch
Nanti keluar segala kajian, journal yang dibaca oleh tuan bos Awang Thrasher

Yes dia buat dengan Ilmu bukan hentam ikut orang. Itu bukan dia.
Bukan bab kurus je dia gini. Belajar, business pun sama. Dia memang tak akan buat selagi dia tak faham. Dan bila dia faham dia punya derivation ko nanges dengar. Nilah yang Ainul hadap dari zaman kenal dia 2003 lagi.

DARI XXL KE XS

Orang selalu cakap “eleh makan supplement tipu la bukan boleh kurus”
Betul tu. Sebab korang makan supplement tapi benda WAJIB KONSEP NAK KURUS TAK BUAT
Supplement bukan ubat kurus. Lagi lagi supplement Shaklee.

Tapi bila nak bantu kurus kena ambil supplement sebab salah 1 adalah untuk otot. Sebab inilah kena ambil cinch shakes
Pernah cuba tak ambil cinch. Makan protein ayam ikan je. Beza sangat.
Lagi 1 macam suami perut dulu kemain comel. Patut dah kurus akan menggelebeh kan. Tapi takde tau.

Bab ni korang kena jumpa sendiri Abg Joe nanti bersiap sedia kena dengar dia punya penerangan. Confirm korang kagum punya. Tak caya tanya siapa yang dah dengar.. sebab dia cakap dengan fakta, research, sains.
Dan dia buktikan dari gemuk boleh je kita nak kurus
Kalau dia memang dah kurus korang tak heran la kan

Jadi kami dah buktikannn..
Korang bila lagi?

#jurnalkurusjoelabu

macam mana nak kurus

NAK KURUS PILIH MAKANAN THOYIBAN, AZKA

Baca balik tips dr norman norawi nih bukanlah sukar mana. Tapi kena faham konsep dan disiplin yang betul, baru boleh jadi.

Cuba baca tips no1 sampai no3, ianya lebih kepada mengelak , mengurang, atau buang terus makanan yang diproses, artificial, dan seangkatan dengannya. Dalam surah alkahfi ayat ke 19, ada istilah AZKA, yang lebih suci,pure. Surah ni pun untuk elak fitnah akhir zaman. Jadi salah satu nak survive akhir zaman ialah pilih makanan yang lebih natural , lebih pure, kurang diproses.

Tips selanjutnya pun mudah, pilih makanan yang THOYIBAN. Makanan thoyiban pun dari tanah, tentunya natural , yang Allah buat. Lagi satu makanan thoyiban pun ada ciri ciri therapuetic, boleh menyembuhkan dan menyihatkan badan.

Abam ada masalah harituh, berat susah nak turun. Harituh tersekat dekat 64kg.

Sebelum nih makan main bedal je. Makan je kuih muih waktu petang, bedal makanan proses macam mee, roti, biskut jajan semua. Lepas tuh abam tengok dokumentari netflix ” The Game Changer”, terus rasa nak tukar ke plant based diet dan cuba buang makanan proses kuih muih . Lepas tuh banyak makan buah waktu snacking. Macam biasa abam pengamal IF sekian lama sampai sekarang.

Bila mula kurangkan ayam,daging,ikan,telur, kuih,biskut,jajan,roti,mee, baru berjaya pecah berat statik 64. Perut rasa lebih senang membuang . Memang nak target sebelum raya dapat cecah berat bawah 60kg, bmi bawah 23 level asian. Badan akan terkejut sekejap, tapi lama lama rasa enjoy. Takdelah masak clean sangat, tapi makin lama makin ok.

Apapun ingat dua ni, THOYIBAN dan AZKA. Nanti ada progress lain, abam share. Bolehlah cari baju raya slim fit kalau perut dan mengempis. macam mana nak kurus.

#jurnalkurusjoelabu

UMUR BUKAN PENGHALANG

Kami kenal kat Universiti.Berkawan,bercinta dan akhirnya ke jinjang pelamin. Macam kisah biasa ramai orang kan. Jodoh jumpa kat U.

Kami sama juga macam pasangan lain. Bila dah kawen happy gembira bahagia, gaduh ,merajuk.
Kami juga macam pasangan lain yang makin lama kawen makin berat badan bertambah, usia juga bertambah.

Lagi bila dua dua dah makin menghampiri usia 40an. Anak anak dah besar. Dah tak kalut bab nak bangun malam menyusu, kena dukung kanan kiri, bawa stroller. Nikmat betul sekarang bila anak anak dah besar.

Dua dua menghampiri zaman dikatakan “ala kita dah dekat 40an”Makan sikit pun berat cepat je naik. Jeragat ,kedutan dah macam best friend nak datang.

Penyakit macam macam dah tengok menjenguk jeeee nak bagi salam. Huhu serammm !!
Tapi kami ambil cabaran nak jadikan umur bukan penghalang untuk kita lebih sihat. Bukan sekadar nampak cantik sebab tepek make up tebal. Tapi nak luaran sihat sebab dalam sihat.

Bukan isteri je nak cantik awet muda tapi suami nampak pun berat mata memandang. Begitu juga suami maintain smart tp isteri bagi alasan ” i mengandung banyak sbb tu susah nak kurus “
Kami berdua sama sama buat, cabar diri untuk bantu kawan kawan yang sebaya kami untuk tampil yakin lebih muda,lebih sihat.kita jadikan diri kita makin berusia tanpa penyakit. Zaman skrg 20an pun dah macam penyakit ada tau.

Nak cantik kulit flawless boleh guna filter. Tapi badan sihat belum ada filter lagi boleh buat. Jadi jom jadikan sihat benda wajib kena capai 2022 ni. macam mana nak kurus ?

#couplegoals
#husbandandwife
#marriage
#13thnkahwin

Macam mana Nak Kurus Dengan Set Kurus Shaklee ?

1. Lecithin – Lemak Sihat yang Awak perlukan

Ianya sangat terkenal sebagai “fat emulsifier”, iaitu menguraikan lemak menjadi molekul-molekul kecil untuk penghadaman. Lecithin banyak digunakan dalam diet yang sihat untuk menggalakkan pengurangan berat badan. 

Ia membantu dalam mempercepatkan pemecahan lemak, membantu keseluruhan proses dan seterusnya meningkatkan metabolisme badan. Lechitin ditukarkan menjadi asetilkolina yang diperlukan untuk mengekalkan tubuh yang sihat dan menggalakkan penggunaan lemak sebagai tenaga. 

2. Omega Guard

Kajian menunjukkan bahawa Omega-3 membantu dalam mancapai tahap lemak badan yang sihat dengan meningkatkan kadar metabolisme – kadar kalori yang dibakar oleh badan dalam sehari. 

Omega 3 juga meningkatkan kadar proses pembakaran lemak, memperbaiki peredaran darah ke otot badan semasa bersenam dan meningkatkan lagi keupayaan badan untuk membakar lebih banyak lemak. Plus, Omega-3 mengawal tahap lemak terkumpul yang sihat daripada makanan yang kita makan setiap hari. 

2 hormon utama yang bertanggungjawab memberi rasa kenyang dan lapar; ghrelin dan leptin. Dengan mengamalkan diet yang sihat dan pengambilan Omega-3 secukupnya dikatakan dapat mengawal dua hormon ini dan meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama selepas makan. 

3. Cinch Mixed Soy Protein Shake 

Cinch Mixed Soy Protein Shake adalah minuman yang sangat sedap, mudah dan berkhasiat untuk awak. Ia membekalkan nutrien ibarat awak makan satu hidangan lengkap! Ia kaya dengan protein dan kalsium, mengandungi serat yang tinggi, iaitu 6g dalam setiap sajian untuk meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama, tanpa kolesterol dan diperkaya dengan leusin. 

Antara manfaat Leusin yang telah dibuktikan dalam kajian adalah:

  • Menggalakkan pengeluaran otot
  • Menyokong pertumbuhan otot tanpa lemak
  • Menyokong pemulihan otot 
  • Mengurangkan keletihan otot selepas bersenam

Leusin sangat-sangat diperlukan untuk awak yang nak mengawal berat badan, mengekalkan otot tanpa lemak, dan yang nak ambil makanan dengan cepat dan berkhasiat selepas melakukan senaman. 

4. Herblax

Campuran proprietari Herblax termasuk daun senna, yang banyak digunakan secara tradisional sebagai laksatif semulajadi. Herblax membantu melegakan sembelit yang dihadapi semasa melakukan Intermittent Fasting yang disebabkan oleh kekurangan pengambilan cecair dan serat.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *