Ketulan Pada Payudara Yang Wanita Wajib Ambil Tahu ? Adakah semua ketumbuhan di payudara itu kanser? Wanita dinasihatkan untuk memeriksa payudara sendiri sesudah sahaja habis kitaran haid pada setiap bulan.
Dengan cara ini, sebarang kejanggalan pada payudara dapat dikenalpasti. Tidak semua benjolan di payudara itu adalah kanser. Ada banyak sebab atau punca benjolan atau ketumbuhan di payudara.
5 ketulan Pada Payudara Yang WAJIB Semua Wanita Tahu
1. Kanser payudara
benjolan selalunya tidak disertai dengan kesakitan di payudara. Sesetengah pesakit mempunyai perubahan pada kulit seperti kemerahan (erythematous), kulit tegang, atau tertarik kelihatan seperti lesung pipit (dimpling). Benjolan keras yang kekal atau membesar tidak berkaitan dengan putaran haid atau dikalangan wanita menopause.
2. Fibroadenosis
Ini adalah satu ketumbuhan bukan kanser (benign). Benjolan selalunya berbiji-biji, kadangkala beserta dengan sakit dan saiz akan berubah-ubah mengikut kitaran haid.
3. Galactocele
(bengkak susu) : Benjolan yang terjadi di kalangan ibu-ibu yang sedang menyusukan anak.
4. Breast cyst
benjolan yang lembut. Boleh diketemui di kalangan semua umur pesakit.
5. Fibroadenoma
ketumbuhan yang sering berlaku dikalangan wanita berusia kurang dari 30 tahun. Biasanya tidak mendatangkan kesakitan dan pesakit akan merasa seperti biji guli di payudara.
Suami Perokok Punca Payudara Isteri Bengkak Dan Bernanah
Payudara bengkak dan bernanah biasa terjadi akibat dari pada kanser payudara. Namun tahukah anda bahwa wanita yang memiliki suami perokok akan cenderung mengalami istilah payudara bengkak dan bernanah.
MASTITIS : BENJOLAN PAYUDARA
Hal ini biasa di sebut sebagai mastitis,mastitis adalah penyakit yan memiliki bermacam macam gejala termasuk adanya benjolan dan pembengkakan pada payudara.ini di akibatkan oleh adanya kuman dari suami yang gemar menghisap rokok dan tidak peduli dengan kebersihannya hal ini juga bisa terjadi akibat disebabkan oleh adanya kuman yang masuk ke saluran susu melalui perantaraan mulut ataupun hidung bayi ketika menyusui.
Bila keadaan payudara sudah membengkak seterusnya ia akan mengeluarkan cairan menyerupai nanah kuning busuk dari puting.
Berlainan dari pada kanser payudara yang mengeluarkan cairan merah kecoklat coklatan seperti darah kotor.
KUMAN MENYERANG PAYUDARA
Menurut kajian penyakit mastitis bukanlah penyakit yang dipengaruhi faktor keturunan melainkan ia adalah terbentuk dari kuman pathogen yang berbahaya yang di bentuk dari beberapa rangkaian seperti kuman dari mulut suami perokok dan tangan suami ketika meransang isteri di ranjang.
Kajian itu juga menyebut ketika payudara dalam keadaan menegang pori pori kulit akan mengembang dan saat itulah kuman bisa masuk kedam kulit payudara.jadi pastikan tangan dan mulut anda bebas kuman sebelum meransang isteri.
Kuman yang masuk dalam kulit payudara ia akan berkembang menjadi sekumpulan nanah dalam rongga kelenjar payudara dan sel darah putih akan menahan serangan dari kuman sehingga muncul nanah busuk,bahayanya nanah ini akan merebak kebagian tubuh lainnya hingga menyebabkan daya tahan tubuh lemah.
LANGKAH PENCEGAHAN MASTITIS
Bila anda menemukan tanda tanda seperti benjolan di payudara dan berdenyut seperti bisul maka segeralah berjumpa doktor.
Perlu diketahui untuk menghilangkan jaringan payudara yang rosak akibat mastitsi hanya bisa dibuang dengan cara pembedahan,dan pembedahan ini memiliki waktu yang khusus,jika keadaan penderita lemah ia tidak boleh dilakukan.
Pembedahan mastitis hanya dilakukan apabila keadaan sipenderita kuat dan keadaan nanah yang harus matang.
Salah seorang doktor pakar bedah Amsterdam yang pernah menangani kes mastitis ini berkata,kuman yang mengorogoti payudara berasal dari pada sentuhan langsung antara mulut si suami perokok yang tidak menjaga kebersihan ketika mengadakan hubungan seks.
sumber: blogmazeer
Apa itu kanser payudara?
Kanser payudara merupakan sejenis penyakit di mana terdapatnya sel-sel kanser (malignant) dalam tisu-tisu payudara. Ia merupakan antara penyebab utama kematian di kalangan wanita seluruh Malaysia. Hampir 3, 500 kes kanser payudara dikesan setiap tahun.
Kanser payudara tidak hanya tertumpu kepada bahagian payudara malah ia juga merebak ke bahagian limfa melalui saluran darah dan kemudian tersebar ke seluruh badan terutamanya ke bahagian tulang, hati, paru-paru, kelenjar adrenal dan ovary.
Dianggarkan lebih 35% dari kanser payudara mungkin telahpun merebak atau mengalami metastasis sewaktu ia dikesan. Metastasis adalah satu proses di mana sel-sel kanser telah merebak ke bahagian-bahagian lain di seluruh tubuh badan.
Kanser payudara merupakan penyebab utama kematian kanser di kalangan wanita Malaysia.
Pengesanan di peringkat awal perlu dilakukan agar rawatan yang sewajarnya dan berkesan dapat diberikan.
Ia boleh dilakukan melalui kesedaran wanita itu sendiri dengan melakukan pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan terutama di kalangan mereka yang berumur 20 tahun ke atas.
Wanita yang telah berumur 30 tahun ke atas patut menjalani pemeriksaan dengan doktor atau kakitangan perubatan berkelayakan.
Pemeriksaan yang berkala dapat mengesan kejadian kanser payu dara di peringkat awal dan memudahkan rawatan yang lebih berkesan.
Tanda-tanda awal kanser payudara
Berikut merupakan antara faktor meningkatkan risiko berlakunya kanser payudara.
- Haid yang datang pada usia muda (sebelum 12 tahun).
- Lewat putus haid (58 tahun ke atas).
- Tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama pada usia 30 tahun ke atas.
- Sejarah keluarga, mempunyai ahli keluarga terdekat yang menghidapi kanser payudara seperti ibu atau adik-beradik perempuan.
- Mengamalkan pemakanan tinggi lemak.
- Menghidapi ‘atypical hyperplasia.
Simptom kanser payudara
- Ketulan atau ketebalan pada bahagian payudara yang dirasakan berbeza dengan bahagian lain.
- Cecair seperti darah keluar daripada puting payudara.
- Perubahan saiz atau bentuk payudara.
- Perubahan pada kulit sekeliling payudara seperti lekuk.
- Puting payudara masuk ke dalam.
- Kulit atau bahagian puting mengelupas atau bersisik.
- Kulit payudara kemerah-merahan atau berlekuk-lekuk seperti kulit buah oren.
Siapakah yang berisiko tinggi untuk mendapat barah payu dara?
1. Wanita mempunyai risiko 100 kali ganda lebih tinggi daripada lelaki.
Risiko ini menjadi lebih tinggi pada era sebelum putus haid. Orang lelaki juga boleh mendapat penyakit barah payu dara.
2. Sejarah keluarga
Risiko barah payu dara bagi seseorang wanita berganda dua tiga kali jika terdapat sejarah penyakit payu dara pada keluarga terdekat (first degree relatives) seperti ibu, kakak, adik atau emak saudara.
3. Sejarah barah
apabila seseorang wanita telah menghidap barah payu dara, risiko untuknya berulang lagi meninggi empat kali ganda. Ada kajian yang menyatakan bahawa ketulan atau penyakit payu dara yang bukan daripada jenis barah juga boleh meninggikan risiko untuk barah payu dara.
Kajian juga menunjukkan bahawa risiko untuk barah payu dara juga meninggi jika terdapat sejarah barah ovari, melanomas (barah kulit), usus dan rahim.
4. Sejarah haid dan pembiakan
wanita yang mempunyai masa yang lama dalam era reproduktif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah payu dara. Ini bermakna wanita itu didatangi haid yang pertama pada umur yang agak awal (9 tahun) dan mencapai alam putus haid pada umur yang agak lewat (55 tahun ke atas). Melahirkan anak merendahkan risiko barah ini terutamanya jika kelahiran anak yang pertama berlaku sebelum ibu mencapai umur 30 tahun.
5. Pemakanan
pengambilan lemak secara berlebihan meninggikan risiko barah ini. Oleh itu wanita digalakkan untuk mengambil banyak sayur-sayuran dan mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam makanan.
6. Pengambilan hormon
kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang sudah putus haid dan mengguna hormon gantian (HRT- hormone replacement therapy) didapati mempunyai risiko barah payu dara yang lebih tinggi. Risiko ini meninggi hanya setelah lima tahun penggunaan hormon secara berterusan.
7. Obesiti
wanita yang mempunyai berat badan yang berlebihan juga mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk barah ini.
Rawatan Alternatif kanser Payudara yang Terbukti Berjaya?
Menurut laporan kajian yang dibuat oleh Department of Biochemistry and Molecular Biology, New York Medical College, resveratrol menjadikan proses proliferation dalam kanser payudara menjadi kurang aktif.
Jom Order Rawatan Terbaik Ketulan Pada Payudara
Sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi tentang set mana yang paling tepat untuk anda, tips dan cara pengambilan yang betul apabila membuat pembelian daripada saya. Sekiranya anda berada di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar . Saya merupakan pengedar Shaklee sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Klang, Subang Jaya, Bangsar.
Ainul Mustafa
Email: ainulfadzilah@gmail.com
Call/SMS/WhatsApp: 013-3612717
www.wasap.my/60133612717