SHAKLEE

Kajol Makin Cantik Bintang Diwale Berusaha Untuk Kurus Semula

BINTANG Bollywood, Kajol, nyata memiliki aura dan pesonanya sendiri sehingga mampu mencuri perhatian ramai dengan penampilannya yang semakin menawan. Kemunculan Kajol menerusi filem Diwale bersama gandingan serasinya sejak dua dekad lalu, Shah Rukh Khan, pula berjaya mencetuskan fenomena apabila judul arahan Rohit Shetty terbabit meledak di pawagam. Betul ke Kajol makin cantik sekarang ? jom baca lagi artikel di bawah

Kajol Makin Cantik ?

Bukan sekadar terhibur dengan gandingan hebat kedua-duanya, malah penonton terkesima menyaksikan rupa paras mereka yang bagaikan tidak dimamah usia. Kajol sendiri tampak lebih kurus berbanding kemunculannya di layar perak sebelum ini. Selain susuk tubuh, kulit isteri kepada pelakon Ajay Devgan itu juga menjadi bualan hangat kerana kelihatan cerah dan berseri-seri.

Difahamkan, ibu kepada dua cahaya mata itu begitu berdisiplin melakukan senaman dan mengikuti diet sihat bagi mendapatkan bentuk tubuh yang mempesonakan. Beliau turut berjaya menurunkan berat badan sebanyak 18 kilogram selepas melahirkan anak kedua. Menurut Stylecraze.com, aktres yang mula meledak dengan filem Yeh Dillagi (1994) ini menggunakan khidmat jurulatih, Shereveer Vakil, yang juga bertanggungjawab melatih suaminya bagi mendapatkan bentuk badan yang cantik. Beliau mengamalkan senaman setiap hari di gimnasium rumahnya bagi memperbaiki stamina, meningkatkan metabolisme dan mengekalkan berat ideal dengan bentuk tubuhnya.

Selain mengamalkan senaman secara disiplin, Kajol juga menitik beratkan pola pemakanan dan tidak menyentuh makanan segera atau kudapan yang tidak menyihatkan. Beliau percaya, pengambilan makanan berkhasiat dapat membekalkan tenaga berpanjangan kepada tubuh badan.

Bintang Kabhi Khushi Kabhie Gham itu mengutamakan ikan, telur, kekacang, ayam dan susu dalam diet sehariannya. Selain itu, Kajol sentiasa memastikan badannya mendapat air yang cukup dan mengambil buah-buahan, sayuran dan minuman berkhasiat bagi mengelakkan rasa lapar. Sebab itulah kajol makin cantik sekarang

Kulit cerah kerana elak cahaya matahari

Melihat pada kulit wajahnya yang makin cerah dalam filem Diwale, ramai yang mendakwa aktres ini melakukan pembedahan melanin atau skin melanin surgery namun ia disangkal. Ujar Kajol, tona kulitnya makin cerah berbanding dahulu kerana dia mengelak dari terkena sinaran matahari. “10 tahun saya bekerja berlakon di bawah terik mentari membuatkan kulit saya gelap. Kini saya tak lagi bekerja begitu, sebaliknya lebih banyak berada di rumah jadi kulit saya makin putih. Ia bukan kerana pembedahan,” ujarnya dalam Flimibeat.

Cukup tidur, rahsia kekal muda dan segar

Untuk kelihatan segar seperti gadis remaja ujar Kajol dia memastikan mendapat cukup tidur antara lapan hingga 10 jam sehari. “Saya tidurkan anak pada jam 9.30 malam dan saya sendiri akan lena selepas mereka melelapkan mata. Saya tidak berjaga lewat malam dan tidak menghadiri parti. Jika ada kerja malam, sebaik selesai saya akan terus pulang. Satu lagi saya juga minum cukup air antara 9 hingga 10 gelas sehari,”jelasnya.

Senaman ketat kembalikan bentuk badan

Selepas melahirkan anak, tak dapat dinafikan tubuhnya berisi, namun dia punya keazaman yang kuat untuk kurus. Oleh itu dia melakukan regim senaman yang ketat untuk mengembalikan bentuk tubuh yang asal. Kajol menghabiskan masa satu setengah jam hingga dua jam setiap hari untuk melakukan senaman. Selain itu kelas menari juga banyak membantunya mengekalkan bentuk tubuh. Ringkas saja tip yang dikongsi Kajol. Tak dapat cantik macam Kajol, nampak cerah dan segar pun jadilah

sumber: karangkraf,  beritaharian

Khasiat Semula Jadi Ciptaan Allah swt

Jom kita baca baca sikit khasiat semulajadi ciptaan Alla swt. Mana tahu boleh apply dan amalkan, bersama suplemen, barulah seimbang.

1. Lemon

Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Sapu rata pada permukaan kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan. Gosok rata dengan gerakan membulat dan biarkan ia selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan remedi ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit bersih berseri.

2. Madu

Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah. Biarkan ia mengering sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak dalam memberikan kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semulajadi pada wajah anda.

3. Kunyit

Gaul satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Oles pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia mengering sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulangi remedi dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan kesan tompok hitam dan parut pada wajah.

4. Serbuk penaik

Adun rata dua sudu teh serbuk penaik dengan satu sudu teh air atau air perahan jus lemon sehingga menjadi pes. Cuci kulit wajah anda dan sapukan pes secara menyeluruh pada kulit. Akhir sekali bilas wajah anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala. Amalkan cara mudah ini di rumah dua atau tiga kali seminggu.

5. Timun

Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan setiap hari sebelum tidur. kajol makin cantik

bibir cantik kajol makin cantik

Tips Bibir Menawan

Salam sejahtera semua, korang nak tips bibir menawan ke ? hahaha, ini ada saya tengok akacan sekarang dah lawo dah, dulu dia pakai spek mata, macam makcik tua, hahaha, nak tengok gaya tahun ni, dah cantik bibir menawan. Kalau nak tahu, dia makan apa ? dia makan vitamin terbaik. Sekarang dia dah dapat baby putri irene. Bak kata Farah Wahida, orang makan produk organik semulajadi ni, makin lama makin muda, oh tidak. hahaha.

Oklah, harini ,nak cerita pasal bibir je, tapi sebab nak cepat punya tips, saya ada cedok sikit beberapa tips dari blog lain. Memang sangat bagus tips dia, korang boleh baca blog kesihatan ni, memang banyak info menarik.

1. Minum Banyak Air

Dehidrasi adalah salah satu penyebab di balik bibir kering dan pecah-pecah. Minum banyak air untuk tetap terhidrasi dan menjaga kulit tetap lembap.

2. Madu

Selain membuat bibir anda menjadi merah, madu juga bermanfaat untuk menyembuhkan bibir yang mengalami kekeringan. Caranya adalah dengan mengoleskan sedikit madu sampai merata pada permukaan bibir yang kering.

3. Hindari menjilati bibir

Jangan sering menjilat bibir. Kebiasaan itu akan memberi efek buruk pada bibir Anda. Air liur manusia mengandung amilase dan maltase yang dapat membuat bibir jadi kering

4. Wortel

Wortel bisa anda manfaatkan untuk bibir yang kering dengan 2 cara. anda dapat mengolah wortel menjadi jus dan meminumnya sebagai obat dalam, atau anda dapat memarutnya dampai halus dan memanfaatkannya sebagai masker pada bibir anda.

5. Oleskan minyak zaitun

Minyak zaitun adalah salah satu bahan alami yang dapat digunakan untuk merawat bibir kering. Oleskan sedikit minyak zaitun pada bibir dan pijat bibir secara perlahan. Lakukan perawatan ini setiap hari.

6. Tomato

Pijat bibir Anda dengan sepotong irisan tomat. Tomat dapat menyembuhkan masalah bibir kering secara alami. Anda juga dapat menambahkan beberapa titis madu pada irisan tomat tersebut sebelum mengoleskannya pada bibir.

7. Hati-Hati Memilih Lipstik

Beberapa wanita memiliki bibir yang lebih sensitif. Kadang pemilihan lipstik yang tidak cocok akan membuat bibir cepat kering dan mudah pecah-pecah. Pastikan Anda memakai lipstik yang memiliki izin terdaftar. Jika bibir terasa panas atau perih ketika memakai lipstik, hapus dan hentikan pemakaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *