Hilangkan Ruam Lampin Anak

Hilangkan ruam lampin Anak. Ruam lampin anak Teruk Sampai Berdarah. Bila anak lahir semuanya bersih, comel. Kulit baby yang baru lahir juga gebu, lembut dan memang geram dengan kelembutan kulit mereka. Oleh kerana itu, kulit baby sangat sensitif terutama pada penggunaan lampin pakai buang yang terlalu lama atau tidak sesuai

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.

Apa yang menyebabkan Ruam Lampin?

Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:
Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.
Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).

Macam mana mahu tahu bayi terkena Ruam Lampin?

Antara gejala-gejala yang boleh dilihat dengan mata kasar ialah:
Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.
Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.

APAKAH CARA HILANGKAN RUAM LAMPIN BAYI?

Petua penjagaan bayi yang terkena Ruam Lampin adaalah seperti berikut:

1. Pastikan bayi dalam keadaan kering

Dedahkan kawasan ruam kepada udara dengan menanggalkan lampin dari bayi sekerap yang mungkin terutamanya jika ruam bertambah teruk.

2. Tukar lampin dengan kerap

Apabila anda dapati lampin telah basah atau kotor tukarkannya dengan segera .

3. Cuci dengan air

Basuh punggung bayi setiap kali anda menukar lampin untuk membersihkan sisa air kencing atau lembapan dengan air suam atau krim sorbolone yang telah dibancuh dengan air (dapatkan nasihat dari pegawai farmasi).

4. Guna ubat saranan doktor

Sapu krim pelindung setiap kali anda menukar lampin (krim akuas, minyak mineral atau losyen lemak ‘wool’, zink dan krim minyak kastor).

5. Kurangkan penggunaan sabun

Jangan mencuci kawasan ruam dengan sabun terlalu kerap; 1-2 kali seminggu sudah mencukupi.

6. Elakkan bedak talkum

Jangan menggunakan talkum/bedak bayi atau seluar plastik. Ini kerana bedak talkum merbahaya pada paru-paru dan boleh mengganggu pernafasan bayi. Kalau mahu guna juga, gunakan bedak talkum yang diperbuat dari ‘cornstarch’. Biarkan kawasan tersebut kering sentiasa.

7. Longgarkan lampin

Pastikan bayi dalam keadaan selesa. Jangan pakaikan lampin ketat-ketat. Gunakan pelapik lampin yang lembut untuk melindungi kulit bayi yang sensitif.

8. Jangan basuh ‘cloth diaper’ dengan sabun pencuci

Ini untuk pengguna ‘cloth diaper’ sahaja. Elakkan guna sabun yang berbau wangi dan juga pelembut pakaian. Ini kerana bahan kimia akan bertindak dengan kulit bayi yang sensitif. Basuh sahaja dengan air panas dan bilas banyak kali. Pastikan ia dibilas dengan teliti setiap kali dicuci.

9. Minta probiotik atas saranan doktor

Apabila anak anda tidak perlu mengambil antibiotik, tanya doktor tentang memberi beliau probiotik juga. Probiotik menggalakkan pertumbuhan bakteria sihat dalam usus, yang boleh mengurangkan peluang anak anda mendapat ruam lampin.

10. ‘Breastfeeding’ / Susukan bayi

‘Breastfeeding’? Nampak tidak relevan bukan? Jangan salah faham. Menyusu anak anda selama yang anda boleh. Penyusuan susu ibu meningkatkan ketahanan anak anda terhadap jangkitan secara umum dan menjadikan dia kurang mungkin memerlukan antibiotik, yang boleh menyumbang kepada ruam lampin.

Krim bebas bahan kimia yang membantu menghilangkan ruam lampin anak

Krim herbal blend yang dihasilkan dari tumbuhan tumbuhan yang membantu hilangkan ruam bayi, tidak memedihkan, selamat digunakan. Dapatkan krim ini sekarang jika tidak sanggup melihat anak kecil kita merengek, menangis kerana pedih, sakit. Hilangkan Ruam Lampin Anak

mungkin ini yang anda cari untuk menyelesaikan masalah anda hilangkan ruam lampin anak

  • ruam lampin
  • ruam bayi
  • ubat ruam lampin
  • petua hilangkan ruam lampin bayi
  • petua hilangkan ruam lampin
  • ruam lampin yang teruk
  • petua hilangkan ruam bayi
  • ubat ruam bayi
  • cara hilangkan ruam lampin bayi
  • cara hilangkan ruam lampin

Herbal Blend Multi-Purpose Cream

Krim yang melegakan dan diuji secara klinikal ini berkesan untuk melembutkan kulit anda, termasuk kulit yang kasar dan keras pada lutut, siku dan kaki, dengan kesejukan mentol dan tidak melekit, dan dirumus daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary

Kandungan Utama Herbal Blend

  1. Yarrow – dipercayai sejak dari turun-terumun boleh memberhentikan luka dan merawat luka kecil. Sifatnya juga seolah-olah antiseptik yang boleh bertindak untuk menghalangjangkitan kuman dan radang. 
  2. Daud sage – menghalang dan merawat jangkitan kuman. Mengandungi asid rosmarinic, phenolic yang memang terkenal sebagai anti radang yang kuat dengan membantu mempercepatkan pengecutan tisu-tisu yang bengkak, melegakan radang dan merawat luka. Sage juga sangat dikenali dengan sifatnya yang antikulat. 
  3. Horse Chestnut Seed – mengandungi sebatian aescin yang bertindak sebagai anti radang dan mengurangkan edema. Edema ialah bengkak ataupun bengkak berair yang terjadi akibat trauma kesan dari kecederaan pada tisu badan. Horse Chestnut ini sangat popular di eropah dan digunakan secara meluas oleh atlet-atlet semasa temasya sukan. 
  4. Daun rosemary – memang terkenal kan biasanya dalam masakan-masakan cara barat? Tahukah kita bahawa daun rosemary ini sebenarnya antiseptik yang kuat dan bertindak sebagai anti radang yang kuat. la juga antikulat dan boleh menyingkirkan jangkitan dan toksin. Rosemary juga boleh membantu perjalanan darah yang baik dan antiseptik yang baik untuk membalk pulih luka dan kulit. 

Manfaat Herbal Blend

  1. Merawat ekzema dan gatal-gatal digigit serangga
  2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah
  3. Ubat luka / lecur – Boleh guna untuk gantikan minyak gamat. Terhiris pisau? Kena cakar kucing? Terkena minyak panas? Semua pun boleh sapu Herbal Blend.. InsyaAllah luka cepat sembuh..
  4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu – Bagi ibu yang sedang menyusukan anak, Herbal blend ni sangat natural, jadi jangan risau.. Tiada bahan sintetik dan dijamin selamat.
  5. Menghilangkan parut – Kalau ada parut chicken pox yg dah kering, terkena lecuran minyak atau air panas Insyallah dapat diatasi dengan sapuan Herbal Blend Cream ni.
  6. Ruam pada baby – Baby sememangnya mudahhhhh sangat terkena ruam, lebih-lebih lagi ruam lampin. Sapukan jer Herbal Blend. Herbal Blend nih akan melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam. Jangan sapukan krim steroid tau! Kesian kat baby nanti.. Kalau terkena krim steroid yang tak sesuai, melarat pulak ruam tu.
  7. Digunakan sebagai daily lotion – Supaya kulit sentiasa lembut.. Herbal blend ni tak berminyak, sangatlah selesa bila digunakan. 
  8. Selain tu turut boleh digunakan sewaktu anak-anak demam, sapu diseluruh badan untuk menurunkan suhu.

sumber: mommahusna, vitaminkita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *