Cinch Shaklee Kawal Buncit ? BMI NORMAL PERUT BUNCIT ? Hahaha akulah tuh, nak adjust benda ni ambil masa, ok tadi baru belajar pasal diet untuk golongan skinny fat nih. 3 faktor yang ambo belajar ialah

1. Kurang protein berkualiti – protein ni kena cukup, baru perut boleh cantik.
2. Makanan Tinggi Glisemik Index – kita ingat makan karbo perut naik, tapi sebenarnya, makan low carb yang tinggi GI lagi teruk, sebab insulin boleh spike dan menyebabkan lemak berkumpul.
3. Kurang testosterone – hahaha ni sesuai lah siapa yanh dah kahwin memanjang. Salah satu cara ialah tingkatkan Zinc dalam diet.

Faktor lain banyak, dari segi senaman tuh banyaklah, antaranya kena buat angkat berat.
Nak shortcut ni ambo ambil Cinch Shake. Protein memang kualiti , memang low gi, dan cukup multivitamin termasuk zinc.

Testimoni ? sebelum ni body fat tingggi, tapi lepas konsisten, body fat dah mula menurun, walaupun berat naik. Tadi pakai tshirt zumba, eh dah mula longgar. Seluar jeans ketat kat paha pun dah longgar. Itu bermakna dah ada inch loss.

Seronok jugak reading berat rendah. tapi nak pergi raya, depa tengok anda kurus je, takde nak tanya berat berapa. Jauh lagi perjalanan nak bodyfat rendah, kena istiqamah. cinch shaklee kawal buncit.

Seluar Jeans Mula Longgar

Bulan puasa punya effect, kalori deficit, tambah plant based diet, shaklee cinch shake, akhirnya rugi 4 kg, dan seluar dah kurang ketat.
Masa BLNC tuh, pakai jugak, ya allah sakit telur aku, paha rasa ketat, sib baik boleh control lagi.
Semalam saje try balik, oklah sikit , adalah ketat, tapi nampak terkawal
Hahahha, bolehlah progress skt, raya nih, confirm tak terkawal nih, hadoi

Berjaya Jumpa Angka 5

2019 – berjaya jumpa angka 5 sebab gile gile punya kerja gile 5 kali puasa dalam seminggu, jogging sebelum berbuka, try jadi vegie masa tuh
Paling ringan pernah dapat 57.9 kg
2020 – pernah jumpa angka 5 sebab rajin puasa masa pkp, buat IF, dan buat workout dekat freeletics. Lepas tuh gatal nak buat muscle, endup pernah overweight, dan muscle gagal, perut je naik
2021 – tak berjaya jumpa angka 5. macam biasa buat IF, main badminton masa pkp, main takraw, masa ramadan hanya berjaya cecah 60. Tahun ni kira gagal nak pergi bawah 60. Masa ni pun makan tak berapa kawal sangat
2022 – akhirnya berjaya bawah 60. Setelah bulan feb tengok dokumentari netflix ” The Game Changer “. Macam mana atlet macam lewis hamilton, novac djokovic, dan ramai lagi mula popularkan plant based diet. Lepas tuh belajar dengan wife, dia makan mee susah nak turun. Makan nasi ok. Ok time ni kami tukar semua benda tak berapa healthy. Tukar jajan kepada buah. Makan nasi dari mee. Makan sayur banyak dari daging, ayam,ikan. Buat IF jugak, minum cinch tea dua kali sehari. Akhirnya berjaya. Ada 3 minggu lagi nih. Boleh turun lagi ke nih ?
Benda paling penting ? Kualiti kalori lebih penting dari Kuantiti !!!

cinch shaklee kawal buncit

BAJU ANAK PUN BOLEH PAKAI

Bapak kau pening kepala , kekadang malas nak cari tshirt, tengok mak dia belikan baju dekat shopee, eh cantik. Kita try, alamak muat pulak.

Hahhaha kelebihan dah kurus nih, jimat belanja, bapak, mak, anak, semua boleh kongsi baju. Esok tah tah arreessa lagi tinggi dari bapak beliau. Sib baik bapak kau tak makeup macam sajat, mampus mak kau marah cantik sangat hahahha

Hahaha muka kepeningan tuh, sebab tinggal kereta kat bengkel, tapi terbawa kunci balik rumah, aduh stress.
Apapun babah dah buktikan, dulu masa kakak lahir, babah memang comel, tapi now hensemlah sikit. Kau pulak kakak jaga makan dari sekarang, zaman kau lagi dasyat dari kobis pun ado. cinch shaklee kawal buncit.

Nak Cantik

Kenapa kak Nor Hasmida cantik je umur 40 an ? Hahaha tak boleh jadi jugak, nak jugak cantik macam beliau.
Dipendekkan cerita, tahun 2019 jugaklah saya dan Ainul Mustafa buat diet betul betul, bermula pada bulan ramadan, bulan untuk kembali kepada fitrah rohani dan jasmani.
Alhamdulillah sejak 2019 sampai sekarang, bolehlah menten kurus, walaupun ada kala terlajak overweight. Cuma perut je ni ada boyot lagi, tahan nafas jawabnya .
Sama sama beringat, biar kaya kerana sihat, makan shaklee betul betul !!!!

DAPAT JUGAK BMI ASIA

BMI Asia mesti bawah 23, bmi antarabangsa 25. Apapun puasa ni lengkap dengan pakej rohani dan jasmani.
Rohani ni kita dapat dengan amalan baca quran, tarawikh, solat malam, sedekah.
Jasmani ni kita kurang beri penekanan. Sebab bab jasmani nih, nampak kejam bila puasa tak minum air.
Tapi korang cer google bab dry fasting. Korang tahu tak dry fasting dah jadi trend dekat amerika sana.
Bila puasa, kita boleh macam macam pasal diet. Bermula dengan sahur, berbuka, banyak ilmu Allah suruh cari gali.
Alhamdullillah, manfaatkan kedua duannya. Ontrack untuk berat bawah 60 kg.

Baju Shaklee Size XS

Baju ATV phuket ni memang muat, walaupun size XS, ni sib baik perut dah kecil sikit. Nak jadi cerita sebenarnya saya hanya request size S, sebab tak tahu bagaimana ukuran sebenar. Tapi bila sampai sana, ada pulak geng ireach nak request tukar dari size XS ke S. Dah takde orang nak reply, saya pun terus reply. Dan pagi sebelum aktiviti ATV , abam tukar baju dengan Fuziah Idris . Hahaha sib baik muat muat. Ini semua hasil kerja keras minum cinch shake shaklee nih.

Sekarang nak melayan balik baju nih, hahaha, adalah ketat sikit. Ok bulan puasa ni bolehlah kejar target idaman. Yehaaa, puasa dengan cinch boleh tahan punya !!!! Bila dah share kebaikan dengan orang lain, boleh jadi income, silap silap jadi macam kami layak dapat free trip dengan shaklee. Best gile !!!!!!!

KELEMAHAN CINCH TEA

Semalam dapat pesanan wasap Aina Mastura , abang pal ajak main badminton. Hahaha , mula tuh rasa berat, sebab kami memang jenis tidur awal. Lepas tarawikh , biasanya terus tidur awal dan bangun awal. Tapi semalam pun seharian kami sibuk, jadi kami pun berbuka dekat rumah abah.

Nak menjadi cerita kami pun minum cinch tea lepas berbuka, wah panas panas pulak sambil melayan hujan lepas maghrib. Malam tuh kami tiba lewat sikit. Tapi apapun terus main, semua orang enjoy. Dahlia pulak penat, terus tidur atas stage , hahaa.

Balik tuh, boleh pulak steady, alamak tak mengantuk pulak. Adoi, memang padu sungguh. Kalau silap minum, tak tidur malam korang. Tidur penting, jangan lewat sangat. Fuhh berdesup cinch tea elderberry nih. Bangun pagi , ok kepala tak tingtong sangat. cinch kawal perut buncit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *